Tuesday, November 29, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011 : Kami ucapkan selamat bersidang



Mulai hari ini sehingga Sabtu, akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011. Seluruh ahli UMNO dari pelbagai cawangan, bandar, pekan, kampung atau FELDA, akan bertemu di berhimpun di dewan keramat PWTC. Sepanjang tempoh ini, kita akan melihat kekuatan orang Melayu bersatu di bawah satu payung bernama UMNO.

Percaya atau tidak, perhimpunan Agung UMNO amat dinantikan-nantikan oleh rakyat di luar sana. Mereka akan mengikuti dan memerhati dengan penuh minat ucapan dan perbahasan ahli-ahli UMNO.


Kami mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan serta pemerhati yang akan hadir.
Teruskan tradisi membela rakyat.

No comments: