Wednesday, November 30, 2011

DAP ganti PAS

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan PAS.

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Kata beliau: "Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

"Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera."

1 comment:

Mohd said...

Orang Melayu di Malaysia ini sangatlah buta sejarah! Dan tak mahu belajar dpd apa yg telah berlaku sbg pengajaran yg amat berguna.
DAP ini adalah jelmaan PAP dari Singapura.
Lihat sahaja apa yg telah berlaku di Singapura :-
1. PAP dgn licik telah membawa masuk orang Cina beramai2 dpd tanah besar Cina dan Taiwan utk menjadi penduduk tetap Singapura dgn memberi kerayatan kpd mereka. Cina2 ini pula telah ditempatkan di penempatan2 orang Melayu utk mencairkan kekuatan politik orang Melayu.
2. Orang Melayu Singapura pada masa itu telah percaya penuh kpd Lee Kuan Yew. Manalah tak percaya - bila berjumpa dgn orang2 Melayu dia akan bersongkok.
3. Presiden Singapura yg pertama ialah Yusof Ishak, seorang Melayu yg berasal dpd Trong, Taiping. Apa lagi pada mulanya orang Melayu sangatlah gembira dan berpuas hati. Sampai sekarang itu orang Melayu yg telah menjadi Presiden Singapura yg pertama dan terakhir.
4. Serupa jugalah apa yg berlaku di Penang. Orang Melayu dan India dihalau keluar dgn cara mengambil tanah perkampongan mereka dan membina kondominium2 yg mahal2 yg hanya mampu dibeli oleh orang2 Cina yg kaya2 sahaja.
5. Lihat shj apa yg telah berlaku di Perak apabila Pakatan Rakyat memerintah selama 11 bulan. Menteri Besarnya adalah orang PAS. Yang memerintah negeri adalah DAP Cina komunis yg telah menyapu bersih kawasan2 balak. Sehingga tanah2 kaum Cina hendak diberikan pajakan 999.
tahun.
6. PAS dan PKR hanya boleh tunggu dan lihat sahaja.

Melayu bodoh mudah lupa ?????????