Friday, October 28, 2011

TS Rahim Noor bakal hantui Pakatan Rakyat


Hebat sungguh penangan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor. Terbaru, Rahim Noor secara terang membantai gerakan komunis hinggakan ahli DAP Tony Pua si gigi arnab perlu menjawab di Malaysiakini.

Tan Sri Rahim Noor seorang yang somebody. Kita pun tahu. Hanya dia sahaja yang berani bagi penumbuk pada mata Anwar Ibrahim yang gila sakan nak jadi PM.

Kepada Tan Sri Rahim Noor, teruskan usaha membongkar gerakan halus komunis.

Thursday, October 27, 2011

Ibu bapa di kampung menangis bangga bila lihat gambar anak mereka ini



Kepada budak-budak ini, kami nak ucapkan tahniah. Mak bapak anda di kampung mesti bangga nak mampus. Tak sia-sia mak bapak hantar hangpa belajar hingga ke menara gading. Dapat jugak hanga praktis upacara nyalaan lilin.

Muka hangpa semua terpampang dalam media. Oh anak kebanggaan keluarga ! Hebat wehhh.

Budak-budak ni, kecik kecik tak nak mampus, besar-besar menyusahkan orang.

Sedikit info mengenai upacara nyalaan lilin atau Candlelight Vigil-

(Upacara) Candlelight Vigil merupakan satu perhimpunan terbuka di mana pesertanya membawa lilin, yang dinyalakan selepas matahari terbenam. Biasanya ia dianjurkan sebagai satu protes bagi mewakili kesengsaraan kelompok2 tertentu yang tertindas dalam masyarakat; ataupun sebagai suatu peringatan kepada mereka yang terkorban akibat wabak penyakit, bencana, huru hara, atau tragedi tertentu.

Upacara seumpama itu juga mungkin ada tujuan keagamaan. Di malam Krismas , banyak gereja yang mengadakan upacara bertafakur sambil memegang lilin.

Wednesday, October 26, 2011

Tahniah Zul Noordin, PERKASA makin mantap


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pada Rabu dilantik sebagai Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang baru.

Zulkifli dilantik menerusi satu usul tergempar yang dikemukakan ahli dewan tertinggi Perkasa, Muhammad Zahid Md Arip pada sesi perbahasan persidangan Agung Perkasa Kedua di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini.

Usul tersebut diluluskan sebulat suara. - Mstar

Tuesday, October 25, 2011

Pengakuan berani mati : Saya yang bunuh Gaddafi !!

Bongkak..inilah pemuda bernama Sanad Al-Sadek

Seorang pemberontak muda Libya dengan bongkaknya mengaku dalam video yang disiarkan di internet bahawa dialah orang yang melepaskan peluru sehingga membunuh Muammar Gaddafi.

Sanad Al-Sadek Al-Ureibi, 22 berkata "Kami mengheret Gaddadi dan saya memukul mukanya. Ada pemberontak lain yang mahu membawa Gaddafi pergi. Kemudian saya melepaskan dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di bawah bahu."

"Gaddafi tidak mati serta merta, mungkin setengah jam selepas itu."



Adakah Sanad Al-Sadek ini seorang hero atau seorang lelaki bodoh yang mengaku melakukan pembunuhan?

Apapun, pemuda ini baru sahaja 'menjemput' keluarga Gaddafi mencari dan membunuh diri dia sendiri.

Hitler marah FAM jual tiket final RM50

Monday, October 24, 2011

Tiket final RM50 - Terima kasih FAM. Jasamu dikenang.


Tiket final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu berharga RM50 bagi setiap tempat duduk.

Jika anda ada 5 ahli keluarga yang mahu menonton bola di stadium, kena sediakan RM250.
Itu belum kira kos petrol, tol dan makan minum. Kalau yang duduk jauh seperti di Kuala Terengganu, cuba bayangkan berapa banyak kos kena tanggung.

Nampaknya, hanya orang-orang kaya boleh ke stadium.
Hebat sungguh final bola sepak Malaysia. Mujurlah hanya ada SATU FINAL, bukan dua atau tiga.

Terima kasih FAM. Jasamu dikenang.

Penonton MotoGP di Sepang tiada disiplin?

Lihat apa yang berlaku apabila penganjur mengumumkan pembatalan perlumbaan MotoGP ekoran kemalangan yang meragut nyawa Marco Simoncelli.

Sampah sarap dilontar ke dalam trek !




Siapa punya angkara? Penonton Malaysia sendiri atau penonton luar negara?
Apapun insiden ini telah mencemarkan nama Malaysia di mata dunia.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apabila topi keledar tertanggal,itu bukan petanda yg baik - Casey Stoner

Memilukan..motorsikal milik Marco Simoncelli di garaj Honda



Tragedi malang....Simoncelli terlentang di atas litar tanpa topi keledar selepas berlanggar dengan Colin Edward dan Valentino Rossi.



Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad. Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh.Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang. Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.

Saturday, October 22, 2011

£300 juta pound kos buru dan bunuh Gaddafi.


1. Bagaimana lokasi Gaddafi boleh dikesan? Ada pihak mendakwa, Gaddafi telah menggunakan telefon satelit dari tempat persembunyia beliau dan pasukan risikan NATO dapat menjejak signal berkenaan.

2. Menurut sumber yang diperolehi daripada pemimpin sementara Libya, Gaddafi akan dikebumikan mengikut kemuliaan dan tradisi agama Islam. Tetapi ia akan dilakukan secara rahsia, jauh di padang pasir.

3. NATO mengisytihar misi selama 6 bulan di Libya telah tamat dan menelan kos
sebanyak £300 juta pound.

Friday, October 21, 2011

Saat-saat kematian Muammar Gaddafi ...


Dengan kepala yang berlumuran darah akibat dipukul, Gaddafi bertanya kepada salah seorang pemberontak yang menangkap beliau "Apa yang telah saya buat kepada kamu?"

Tanpa belas kasihan, Gaddafi telah ditarik keluar dari paip saliran untuk dihumban ke dalam trak.. Ketika diseret dalam keadaan kesakitan melalui jalan-jalan yang berdebu, pemberontak sempat merakam video.

Ketika darah makin mencurah keluar, Gaddafi merayu untuk terus hidup.

Pemberontak yang memakai topi besbol New York Yankees dan bukan topi keledar tentera, dapat mendengar dengan jelas Gaddai berkata "Tolong jangan tembak, tolong jangan tembak".

Gaddafi terus dikelilingi sambil pemberontak melaungkan "Tuhan Maha Besar".

Ketika itu, ada kedengaran seorang lelaki menjerit "Kami mahu dia terus hidup, kami mahu dia terus hidup!"

Malangnya, rayuan Gaddafi tidak dilayan. Sebutir peluru menembusi kepala kirinya.

Penghinaan ke atas Gaddafi tidak berakhir begitu saja. Mereka yang marah menanggalkan kasut masing-masing dan menampar muka Gaddafi - suatu penghinaan yang amat dasyat.

Gaddafi kemudian dimuatkan di dalam ambulan untuk dibawa ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia.

Jelajah Muhyiddin Yassin : Selangor Bangkit


Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merentasi beberapa daerah di Selangor esok untuk bertemu rakyat.

Bermula dengan Sarapan Pagi 1Malaysia dan menyampaikan sumbangan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.Seterusnya ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat untuk bertemu warga guru agama dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz.

Tengah hari, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional (BN) Selangor di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sterusnya ke Kajang untuk menghadiri Perjumpaan 1Malaysia anjuran MCA dan penyampaian bantuan Deepavali di SJKC Sungai Chua.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual menziarahi rumah Ketua Masyarakat dan Veteran UMNO di Kampung Pasir Puchong, sebelum mengakhiri lawatan di Selangor dengan Perjumpaan 1Malaysia dan penyampaian bantuan Deepavali di SJK Tamil Batu 14, Puchong. - Utusan

Wednesday, October 19, 2011

Ketua Pemuda PAS akan sertai Perhimpunan Anti Murtad ??

PAS mengeluarkan kenyataan "TAK AKAN SERTAI PERHIMPUNAN ANTI MURTAD".

Tetapi, apabila dirujuk ke laman web HIMPUN (klik SINI), nama Pemuda PAS telah disenaraikan sebagai penyokong perhimpunan anti murtad ini. Malah Pemuda UMNO juga turut tersenarai bersama-sama Wanita UMNO.


Ketua Pemuda PAS iaitu Nasrudin Hasan juga telah mengeluarkan kenyataan dalam laman FBnya bahawa dia akan hadir.



Jika kepimpinan tertinggi PAS tidak bersetuju dengan perhimpunan anti murtad ini, mereka patut aju soalan kepada Saudara Nasrudin.

Mengapa Pemuda PAS turut tersenarai di laman web HIMPUN? Adakah Pemuda PAS telah derhaka dan tidak patuh kepada arahan kepimpinan tertinggi supaya tidak menyertai perhimpunan ini?

YA untuk Ambiga, TIDAK kepada Himpunan Sejuta Umat


Perhimpunan Anti-Murtad - PAS tak mahu sertai.
Perhimpunan BERSIH bersama Ambiga - PAS sertai. Anytime..anywhere.

Yes for Ambiga. No for Anti-Murtad.

Tuesday, October 18, 2011

Farhah Fakhira seorang gadis mulia

Seorang bapa bertindak mendermakan injap jantung, hati dan buah pinggang anak perempuannya demi memenuhi hasrat arwah untuk memberikan organnya kepada mereka yang memerlukan.

Meskipun sedih, namun Azli Mohamed, 47, bersyukur kerana hasrat terakhir Farhah Fakhira, 17, berjaya dimakbulkan.

Menurut Azli, anak gadisnya itu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pasir Gudang dekat sini Julai lalu.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu melahirkan hasrat untuk menderma organ awal tahun lalu ketika berbual dengan ibunya, Raja Fauziah Raja Yaacob, 46 tahun.

"Dia ada tanya kepada ibunya macam mana nak derma organ dan isteri saya beritahu salah satunya membabitkan pendermaan organ daripada individu yang mati otak. Anak saya kemudian melahirkan hasrat untuk mendermakan organnya," katanya semasa berkongsi cerita pada Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat negeri di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di sini hari ini.

Tuesday, October 11, 2011

Perhatian kepada Ultras Malaya : Anda wajib tengok video ini



Gempak giler beb!
Amacam Ultras Malaya?
Next time boleh buat macam ni kat Bukit Jalil... hehe

Video rusuhan agama Mesir antara kristian, polis dan islam

Pada Ahad, pertempuran meletus antara puak Kristian dan askar Mesir selepas berlaku protes di Kaherah terhadap serangan ke atas sebuah gereja di wilayah Aswan minggu lepas.

Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera dalam insiden itu.

Berikutan itu, pemerintah tentera Mesir mengenakan perintah berkurung di Medan Tahrir dan bandar Kaherah dari 2 pagi hingga 7 pagi waktu tempatan pada Isnin.


Monday, October 10, 2011

Sedutan ceramah DS Najib. Memang terbaik!



Minit 0:58
"Pemimpin belah sana tu amalkan demokrasi ke? Betul ke? Ada pulak jawatan ketua umum. Ohh..dah ada presiden ada pulak ketua umum. Serba boleh."

Minit 2:10
"Ada pulak penasihat seumur hidup. Lebih berkuasa daripada setiausaha agung. Dah la setiausaha agung tu anak dia. Dia penasihat seumur hidup. Di parlimen diluar cakap pasal demokrasi tapi tak dipilih..letak pula anak sbg setiausaha agung."

Minit 4:17
"Buat bajet, bajet shadow bajet bayangan tapi bayangan takde. Ilek..sampai sekarang takde. Sebab apa? Takut...takut Haji Hadi nak bagi apa jawatan? Cuba kita bayangkan Haji Hadi nak letak mana? Menteri jawatan apa?"

Minit 6:26
"Saya dah 3 kali bersumpah. 3 kali bersumpah. Dalam masjid dalam dewan ini pun dah bersumpah."

Sunday, October 9, 2011

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 : Bajet paling GILA pernah dibentangkan !!


Gila ! Memang gila ! Banyak benda gila telah dibentangkan oleh DS Najib dalam Belanjawan 2012.

Barangkali pembangkang turut sama terkejut dan melopong. Mungkin ada yang demam 3 hari 3 malam. Macam tak percaya dengan 'durian-durian-durian-durian runtuh' yang diumumkan oleh kerajaan.


Gila 1
- Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah! Kalau ada 5 orang anak, dapat RM500.


Gila 2
- Pertama kali dalam sejarah, yuran sekolah dihapuskan ! Dengan kata lain, rakyat dapat pendidikan secara percuma di sekolah.


Gila 3
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah! Rezeki untuk rakyat bawahan. Alhamdulillah.


Gila 4
- Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam! Maknanya tahun ni dapat satu bulan bonus. Memang terbaik.


Gila 5
- Pesara dapat Rm500 ! Hah..ko ado?


Ada banyak lagi perkara gila yang ada dalam belanjawan. Anda boleh baca teks penuh
DISINI.

Wow!! Gilerlah !!


DS Najib "Pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 kerajaan".

Syukur pada Yang Maha Berkuasa


"Sebagai warganegara, kita punya sebab untuk melahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa".
Itu kata-kata DS Najib sebelum memulakan pembentangan Belanjawan 2012.


Tapi Anwar boleh berjoget


Pakar bedah orthopaedik, Dr Thomas Hoogland berkata 'mustahil' Anwar Ibrahim meliwat kerana keadaannya. Pertama, usia Anwar dan kedua keputusan imbasan MRI(Pengimejan Resonans Magnetik).

Soalan kami, adakah tulang belakang Anwar betul-betul sakit? Untuk rekod, Anwar pernah 'dirakam' ketika sedang asyik berjoget di Ijok. Malah boleh terkinja-kinja keriangan.



Kalaulah petang ni TIADA BERITA BAIK buat penjawat awam...


Ya kami faham. Harapan yang diletakkan oleh penjawat awam cukup tinggi. Masing-masing menunggu berita baik dari DS Najib.

Tapi bagaimana jika dalam belanjawan hari ini, TIADA kenaikan gaji atau bonus akan diterima oleh penjawat awam. Apa akan berlaku?

Adakah anda akan memaki hamun dan mencaci kerajaan? Baring atas jalan?

Kepada penjawat awam sekalian, kami dapat dengar debaran jantung anda. Sila tarik nafas dalam-dalam. Bersedialah atas segala kemungkinan.

Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, bersabarlah.

Segalanya akan diketahui petang ini. Jeng ! Jeng ! Jeng !

Thursday, October 6, 2011

Ubat Batuk Sebabkan Ibrahim Ali Tertidur Di Dewan Rakyat


Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada Khamis menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.

"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.

"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan Perkasa (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya pada persidangan dewan itu pada Khamis. - Mstar

Kah Kah Kah BerSHIT nak guna video youtube sebagai saksi !!


Apabila tiada anggota polis akan didakwa atas 'kekasaran' yang berlaku semasa perhimpunan haram Bersih 2.0 kerana tiada saksi, maka bertempiklah monyet-monyet mencaci Peguam Negara dan PDRM.

Mereka mendakwa mempunyai bukti yang 'jelas' menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh polis. Ironinya, mereka merujuk kepada video-video perhimpunan yang telah diupload di dalam You Tube.


kah kah kah..bukti video?
kah kah kah..video apa?

Tu la..banyak sangat tadah air kencing Al-Juburi, kan dah jadi pelupa. Tak kan kamu dah lupa apa yang dikatakan oleh Haji Hadi.

Apa Haji Hadi sebut pasal video?
Video itu besi !
Besi tak boleh jadi saksi!
Tiada mata dan telinga!

kah kah kah..kan dah kena sebijik!

Wednesday, October 5, 2011

Sorakan bodoh penyokong bolasepak Arsenal




Bajet PR : Bajet 'air ketum'?


Pemimpin Pakatan Rakyat berkata bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh DS Najib adalah 'bajet morfin'. Ini gara-gara khabar angin mengatakan penjawat awam bakal terima kenaikan gaji 40%. Pakatan Rakyat memang cukup gelabah dan takut jika ianya jadi kenyataan.

Semalam Anwar Ibrahim bentangkan Bajet 2012 Alternatif Pakatan Rakyat. Macam-macam yang dijanjikan. Memang syok. Betul kata Tun Dr Mahathir. Janji oleh orang yang tidak berwang memang mudah. "Kita boleh buat apapun seperti janji mahu bagi royalti minyak 20% . Memang boleh janji sebab belum jadi kerajaan. Janjilah asalkan memang pilihanraya."

Adakah kita lupa,janji-janji Anwar kepada penduduk Kg Buah Pala. Sekarang apa sudah jadi? Janji tinggal janji. Anwar oh Anwar, sebelum menang, semua yes belaka.

Senang cerita, bajet Alternatif Pakatan Rakyat sama macam 'bajet air ketum'. Boleh buat orang 'stim' buat sementara waktu saja. Segalanya demi 'perjalanan ke sebuah tempat bernama Putrajaya'.

'Jelitawan' pun boleh jadi isu? #Bengong


"Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina." Baca SINI.


Malaysiakini oh Malaysiakini...tiada isu di cari isu. Tak jumpa isu, cipta isu.

Amoi yang cantik pun boleh jadi isu. Oh haru biru.


Malaysiakini dah menopous beb!


Tuesday, October 4, 2011

Pembangkang tak suka penjawat awam naik gaji 40% dan dapat bonus?

Gambar hiasan


Apabila telah tersebar khabar angin bahawa DS Najib akan naikkan gaji penjawat awam 40% dalam pembentangan bajet 2012 pada Jumaat ini, kita semua patut menyambutnya dengan doa dan harapan. Moga-moga khabar angin itu menjadi kenyataan.

Tapi, ada pihak dah pening kepala. Mereka kata 'kenaikan gaji 40% adalah bajet morfin'. 'Bajet untuk pilihanraya'. Macam-macam lgi.

Kami nak tanya puak berkenaan. Kenapa kamu bising tak tentu pasal? Tak suka penjawat awam naik gaji?

Janganlah rasa tertekan bila dengar cerita macam ni. Adakah anda lagi suka jika penjawat awam tak dapat naik gaji dan tak dapat bonus? Maka, makin senang kerja anda nak menanam api kebencian kepada penjawat awam agar menentang kerajaan dalam pilihanraya akan datang?

Monday, October 3, 2011

Penjawat awam bakal naik gaji 40% ?

Gambar hiasan


Menjelang pembentangan belanjawan oleh PM pada hari Jumaat ini, ada satu khabar angin bertiup kencang di kalangan penjawat awam.

Dipercayai bahawa kerajaan akan perkenalkan sistem saraan baru sektom awam yang mana akan membawa kepada
kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Ini melibatkan penyusunan semula skim dan gred.

Walaubagaimanapun, sehingga kini belum ada pihak yang berani membuat pengesahan. Adakah benar ataupun hanya cakap-cakap politik. Kita tunggu dan lihat.

Filem Nasi Basi hanyak layak ditayang di jamban saja?

Nasi lemak yang di atas ni juga lah paling sedap.


Kami memang tabik dengan tulisan Siti Jarum dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam pasal budak nama Namewee ni.

Kisah seorang budak Cina

BEBERAPA orang kawan Siti orang Cina berasa segan dan malu kepada Siti. Mereka semua Siti kelaskan sebagai kawan yang baik, berhemah dan pekerti mulia. Kebaikan yang ditunjukkan bukan dibuat-buat. Tapi mereka malu dengan angkara seorang budak Cina.

Siti kata kepada mereka, walaupun sepohon nangka dari benih yang baik tapi ada juga buah yang busuk dan berulat. Siti sama sekali tak melihat perangai seorang budak Cina sebagai cermin kepada orang Cina seluruhnya. Siti juga kata kepada mereka, budak Cina yang seorang itu adalah buah nangka busuk dan berulat. Memang tidak berguna. Ulang lagi, memang tak berguna.

Budak Cina ini kalau dilahirkan sebagai Melayu atau India pun dia akan buat perangai yang sama. Perangai tak sedar diri dan maki hamun orang tak tentu pasal. Dia pernah berkata dalam klip videonya bahawa Melayu ini keturunan Sakai. Bagi Siti, yang jadi masalah bukan keturunan tapi perangai.

Tengoklah, dia anggap Melayu keturunan Sakai. Kononnya orang Melayu ini hina dan tak bertamadun. Kalau tengok perangai dia pula, bagi Siti, orang Sakai jauh lebih bertamadun. Orang Sakai sedar diri, tapi budak Cina yang seorang ini tak sedar diri. Kalau nak suburkan budaya maki hamun, negara ini bukanlah tempatnya. Dengan kata yang lebih manis, boleh berambuslah, negara ini tak rugi setengah sen pun. Pergilah ke Taiwan atau Macau, kalau takut ke China. Kalau di China, orang perangai macam ini memang tak lama.

Dia pernah berdosa kepada negara ini, dia derhaka apabila lagu kebangsaan dicerca. Kalau di negara lain, budak ini telah dikenakan hukuman berat. Tapi entah mana silapnya, budak ini jangan kata nak dicubit, dicuit pun tidak. Biarpun dia kata Melayu keturunan Sakai, tapi dia bebas. Kalau orang Melayu gila macam dia, tentu teruk budak Cina ini dikerjakan. Tapi Melayu tak begitu. Buktinya budak Cina yang sangat biadab ini bergerak bebas malah boleh buat filem, bebas masuk Parlimen dan macam-macam lagilah.

Bila dia buat filem, ambil pelakon Melayu juga. Masalahnya pelakon Melayu itu pun tak sedar diri, suruh pula orang memaafkan budak Cina ini. Siti fikir kalau tak berlakon filem nasi basi itu pun pelakon-pelakon Melayu itu tak mati kebulur. Siti ada tengok filem dia, tapi tak usah cakaplah. Filem itu elok tayang dalam jamban saja.

Siti harap kawan-kawan Siti kalangan orang Cina jangan segan dengan Siti. Budak nangka busuk dan berulat ini tak mewakili keturunannya. Tengoklah, orang Cina pun malu dengan kelakuan budak nangka busuk ini. Tapi biasalah, kerana ada “hal-hal” lain, nangka busuk ini dapat kelebihan. Biar pun mencerca lagu Negaraku, dia tidak diapa-apakan. Ini salah orang kita juga yang takut sangat harga saham politik merudum hingga membiarkan orang pijak kepala. Kononnya budak Cina ini ada nilai saham politik. Sebab itu tak ada siapa yang ambil tindakan. Peliknya yang ada kuasa tak berani guna kuasa, takut dan menggigil kerana nak jaga periuk nasi politik. Demikianlah secebis kisah dari bercebis-cebis yang membuatkan Siti sangat marah.

SITI JARUM: Jahit mulut siapa yang celupar.