Friday, January 28, 2011

DUN Tenang Menjerit : Biarlah gambar ini berbicara


PAS mendoakan supaya UMNO dihancurkan. PAS melabel UMNO itu sebagai tentera ahzab kuffar. Nauzubillah...siapalah PAS untuk berkata begitu. PAS hanyalah sebuah parti politik yang pandai berlagak sebagai primadona. Pandai berlakon di sebalik nama Islam yang sememangnya terpelihara.





PAS telah mendoakan kehancuran saudara sesama Islam. Sesungguhnya Islam melarang perbuatan ini.





Thursday, January 27, 2011

Nik Aziz sain autograf atas bendera DAP

MBNikAziz arrvs @ LabisTengah ceramah and signs on DAP flag w/ DrBooChengHau & ErTeckHwa- Klik SINI

Tuesday, January 25, 2011

Ada orang pertikai kenapa Mantan NC UITM berkempen di Tenang

Bila tak paham Bahasa Malaysia, macam ni la jadinya. Tembak tak tentu hala. Akhirnya memalukan diri sendiri. Pada 22 Jan 2011 lalu, seorang mantan Naib Canselor UITM datang beri ceramah politik di DUN Tenang. Seorang YB dari Pakatan menulis di dalam twitternya sebagai respon kepada kehadiran tokoh tersebut ke DUN Tenang. Klik sini.
What is d brown-nosing UITM VC doing kempening 4 BN in Tenang? Thot academics x supp 2 involv in politics?
Saya tak nak cakap YB tu bodoh. Cuma kurang pandai saja. Tak apa. Saya boleh ajar. Wahai YB, mantan itu bermaksud ex. Dan Prof Tan Sri Ibrahim Abu Shah adalah bekas Naib Canselor UITM. Dia sudah bersara dan bebas untuk menyokong parti mana sekalipun waima parti Pakatan sekalipun. Ada paham?


Hormati 'Seciput' Suara Rakyat

Lokasi : Stadium MBPJ
Acara : Perhimpunan Hormati Suara Rakyat

Teresa Kok upload gambar diatas dalam blog beliau. Katanya, 500 orang hadir walaupun dalam keadaan hujan lebat dan ribut. Memang ramai..berduyunnnn tiba.


Pakatan Rakyat banyak buat drama di Selangor

Dah tahu bahawa akan akan gagal dalam meminda undang-undang tubuh negeri, kenapa masih terhegeh-hegeh nak bawa masuk dalam sidang DUN tergempar?

Itulah soalan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Buang masa dan tenaga. Banyak membazir.

Isunya kecil saja. Pasal perlantikan SUK Negeri. Tapi puak Pakatan meroyan macam ayam berak kapur. Hai..hebat sungguh Khusrin. Takut sungguh Pakatan dengan dia.

Rakyat makin letih dengan politik. Kebajikan rakyat tak diberi keutamaan. Jalan makin banyak berlubang di Shah Alam. Landskap dah terurus. Sakit mata melihat.

Pakatan Rakyat banyak sangat bikin drama. Selepas isu air, timbul isu arak, kemudian SUK pula.

Lepas ni apa pulak ya...

Friday, January 21, 2011

Bila DS Anwar nak buka topik #tanyaanwar?


Seminggu dua ini kita dengar ada orang ajak DS Najib berdebat. Tidak lain dan tidak bukan orang itu adalah DS Anwar Ibrahim. Saya tak nak sentuh isu debat. Biarlah...biarlah orang itu terus meroyan. Lagipun saya tak nak sangat memikirkan hal debat ni, takut nanti saya pun boleh demam.

Saya cuma nak bagi cadangan pada DS Anwar. Sebelum beliau beria-ria sangat nak berdebat, apa kata biar dia 'berdebat' dengan rakyat terlebih dahulu. Opss...bukan berdebat. Tapi menjawab soalan daripada rakyat. Apa kata DS Anwar buka satu topik di FB atauTwitter iaitu #tanyaanwar?


Untuk makluman, DS Najib sudah membuka topik #tanyanajib pada 13 Januari hari lalu di FB dan Twitter beliau. Banyak soalan yang diterima dan DS Najib seronok dengan soalan yang ditanya walaupun ia agak sensitif dan bersifat peribadi. Sebagai jawapan, DS Najib telah menyiarkan video melalui laman YouTube sebagai respon kepada soalan-soalan yang dibangkitkan. Klik sini.


Jika DS Anwar membuka topik #tanyaanwar, saya percaya banyak soalan yang akan ditanya oleh rakyat. Saya jamin, DS Anwar pun akan rasa seronok. Lebih-lebih lagi mengenai isu peribadinya.

Apa macam bro? Ada berani?

#tanyaanwar !!
#tanyaanwar !!
#tanyaanwar !!
#tanyaanwar !!


Friday, January 14, 2011

Nasionalis1982 di dalam Utusan Malaysia hari ini.

Terima kasih Utusan Malaysia kerana menyiarkan ulasan saya mengenai INTERLOK-O-PHOBIA. Walaupun ulasan saya pendek, diharap ia memberi sedikit kefahaman setiap pembaca.

Interlok, interlok-o-phobia dan sauberung sastera

SEJAK pertama kali dicetuskan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengenai novel Interlok, nampaknya isu novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu semakin membara sehinggakan ada yang sanggup membakar buku teks komponen sastera tingkatan lima itu serta poster pengarangnya.

Namun banyak pihak yang melihat isu konon adanya penghinaan terhadap kaum-kaum tertentu di dalam novel tersebut sengaja dipolitikkan demi kepentingan individu atau kaum tertentu tanpa melihatnya dalam skop dan persepektif yang lebih luas.

Dr. Ismail Ibrahim (profismail.blogspot.com) berkata, sastera adalah wadah penting untuk mempelajarai sejarah, cita rasa, sosiologi, psikologi dan perasaan sesuatu bangsa dalam sebuah negara dan sastera boleh memupuk kecintaan pelajar terhadap negara.

"Novel ini (Interlok) cuba mengetengahkan tentang asal usul mereka sebagai satu maklumat penting untuk memahami situasi dan kehidupan mereka sekarang.

"Tidak semestinya apa-apa yang diragukan oleh orang dewasa, tambahan pula yang tidak begitu memahami fungsi sastera, karya fiksyen, atau yang hanya segelintir sahaja, mesti menjadi isu sehingga sesuatu dasar dan pertimbangan kerajaan itu seharusnya di kesampingkan," katanya.

Jelas beliau, tindakan emosi berdasarkan perasaan seharusnya dijauhkan kerana ia boleh memaksa rasa emosi dan pemikiran yang tidak rasional terhadap masyarakat, terutama mereka yang tidak pernah membaca karya sastera apa lagi menganalisis dengan adil karyanya.

"Isu Interlok bukanlah isu politik sempit yang membawa kepada demonstrasi jalanan, membakar bahan yang tidak berdosa, membangkitkan sentimen yang melulu, tetapi isu ini adalah isu pendidikan universal.

A. Kadir Jasin (kadirjasin.blogspot.com) pula berkata, kumpulan masyarakat yang menentang dan membakar novel Interlok sebagai kelompok manusia yang mahu melaksanakan sauberung (bahasa Jerman bermaksud pembersihan) kesusasteraan.

Katanya, novel tersebut menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India beragama Hindu pada halaman 211 dan 220 novel tersebut yang antaranya mengandungi perkataan "paria", iaitu kasta paling rendah dalam masyarakat Hindu.

"Kalau penunjuk perasaan itu hendak Interlok disauberungkan kerana kononnya menyinggung orang India (Hindu), maka mereka kenalah juga membakar novel "Adventure of Huckleberry Finn" karangan Mark Twain kerana ia juga menggunakan istilah yang sama (pariah).

"Kalau para pembakar buku mahu istilah itu diharamkan penggunaannya maka eloklah dimulakan dengan menghapuskan dari muka bumi ini sistem kasta yang mempopularkan istilah paria itu," kata beliau.

Namun, katanya, di India sendiri kerajaannya telah secara rasmi mendokumentasikan kasta dan subkasta dengan tujuan memastikan siapa yang berhak didiskriminasikan secara positif dalam bidang-bidang asas seperti pendidikan dan pekerjaan.

"Lagi pun, latar cerita kedatangan orang India ke Malaysia dalam novel Abdullah itu adalah pada tahun 1910. Abdullah cuba menceritakan situasi yang wujud pada waktu.

"Jadi, sebelum sesiapa pun melakukan sauberung ke atas Interlok atau mana-mana hasil kesusasteraan, eloklah difahami kandungannya," katanya.

Blog Mummy Rokiah (mummyrokiah.blogspot.com) berkata, novel tersebut menceritakan tentang tiga watak utama iaitu Seman, Chin Huat dan Maniam yang mewakili tiga kaum terbesar di Malaysia dan ia digarap melalui pengalaman mereka bertiga dalam memakmurkan negara ini.

"Mereka bercampur gaul atau "berinterlok" tanpa perkauman dan pergaduhan menepati tajuk sebenar novel ini," katanya.

Justeru, kata blog ini, novel Interlok seharusnya dibaca oleh semua kaum di negara ini dan bukannya diharamkan atau dipolitikkan oleh golongan yang sempit fikiran.

Blog Nasionalis 1982 (nasionalis1982.blogspot.com) berkata, beliau hairan mengapa golongan terbabit mempersoalkan kandungan novel tersebut selepas 40 tahun ia diterbitkan sehinggakan mereka sanggup membakarnya seolah-olah ia baru diterbitkan semalam.

"Saya bukan kasihan pada novel yang kena bakar, tapi kasihan pada orang yang membakarnya. Amat naif dan daif sekali. Paling sadis, ada pulak wakil rakyat yang turut sama berdemo. Mereka macam budak-budak.

"Kepada mereka yang berkenaan, kembalilah ke landasan yang benar. Berfikirlah seperti orang yang waras. Jadilah orang yang berani menerima realiti sejarah. Jangan jadikan Interlok sebagai mangsa kepada prasangka liar. Jangan jadi mangsa sindrom interlok-o-phobia," katanya.

Dalam entri terbaru, penulis blog ini berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bersusah payah mencari individu yang sepatutnya berdialog dengan Kementerian Pelajaran mengenai novel ini kerana calonnya sudah ada iaitu ahli politik yang mencipta polemik dan menimbulkan isu Interlok ini.

"Beliau yang saya maksudkan adalah T. Murugiah. Seorang bijak pandai yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hebat sekali. Tapi sayang. Beliau terlalu cepat melatah. Melatah hingga diketawakan oleh rakyat," katanya.

Nada lebih keras disuarakan oleh blog Mesin Taip Buruk (mesintaipburuk.blogspot.com) yang mahukan Murugiah memohon maaf kepada Abdullah dan seluruh rakyat Malaysia kerana menghina sasterawan tersebut sedangkan beliau sendiri diyakini tidak membaca keseluruhan novel berkenaan.

Malah blog ini mahukan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melepaskan jawatannya kerana telah menghina dan memperkecilkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran apabila beliau mengarahkan penarikan balik Interlok sebagai buku teks sastera Komsas tingkatan lima itu sedangkan ia bukan di bawah portfolio beliau.

"Secara tidak langsung (beliau juga telah) mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang kaum India terhadap penulis Interlok sehinggakan ada yang berdemonstrasi dan membakar novel tersebut serta potret penulisnya," katanya.

Kelolaan LUKMAN ISMAIL

Thursday, January 13, 2011

INTERLOK-O-PHOBIA : Jemput mereka ini untuk berdebat dengan Kementerian Pelajaran



Semalam saya ada memberi sedikit ulasan mengenai INTERLOK-O-PHOBIA iaitu ketidakfahaman secara langsung mengenai isi kandungan novel Interlok yang sudah diterbitkan lebih 40 tahun lalu. Bukan baru terbit semalam. Baca sini.

Novel ini telah mendapat protes daripada pihak-pihak tertentu sehingga ia sanggup dibakar hingga menjadi abu di Klang.

Hari ini DS Najib telah mengambil langkah yang sepatutnya. Beliau akan memanggil beberapa wakil dari masyarakat India untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran bagi membincangkan kandungan novel Interlok yang dikatakan mempunyai elemen 'rasis'.

DS Najib tak perlu susah-susah nak cari individu yang sepatutnya berdialog dengan Kementerian Pelajaran. Calonnya sudah ada. Malah beliaulah orang yang mula mencipta polemik dan menimbulkan isu Interlok ini. Baca sini.

Beliau yang saya maksudkan adalah T. Murugiah. Seorang bijak pandai yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hebat sekali. Tapi sayang. Beliau terlalu cepat melatah. Melatah hingga diketawakan oleh rakyat.

Selain T. Murugiah, Kementerian Pelajaran boleh jemput sekali parti dan pertubuhan berikut. Mereka ini pun ada sindrom INTERLOK-O-PHOBIA iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia.

Sebelum berdialog, minta mereka khatam dulu novel Interlok. Jangan jadi tong kosong.

Aku Yang Gambi telah meninggalkan kita


Salam takziah dari saya Nasionalis1982 kepada keluarga Yang Gambi(klik sini) di atas pemergian beliau kepada Yang Maha Esa Allah SWT.

Semoga Yang Gambi akan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman hendakNYA.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jualah kita kembali. Al-Fatihah.


Wednesday, January 12, 2011

Usah jadi mangsa sindrom INTERLOK-O-PHOBIA




Kali ini saya ingin mengulas sedikit mengenai keributan yang melanda kepala otak sesetengah golongan di Malaysia dek hanya kerana buku sastera agung yang berjudul Interlok.


Saya pelik dan hairan, mengapa golongan terbabit melalak tak tentu pasal hanya setelah 40 tahun buku ini diterbitkan. Dah 40 tahun beb !! 40 tahun tuuuu. Tapi bila kita melihat cara mereka memprotes, seolah-olah buku tersebut baru diterbitkan semalam.


Sanggup pula novel tersebut dibakar hingga rentung...kasihan sungguh. Saya bukan kasihan pada novel yang kena bakar, tapi kasihan pada orang yang membakar tu. Amat naif dan daif sekali.
Paling sadis, ada pulak wakil rakyat yang turut sama berdemo. Mereka macam budak-budak, kata Timbalan Menteri Pendidikan Puad Zarkashi.

Kepada mereka yang berkenaan, kembalilah ke landasan yang benar. Berfikirlah seperti orang yang waras. Jadilah orang yang berani
menerima realiti sejarah. Jangan jadikan Interlok sebagai mangsa kepada prasangka liar.

Jangan jadi mangsa sindrom INTERLOK-O-PHOBIA.


Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini, seorang pembaca bernama Thamilselvi a/p Arumugam telah memberikan ulasan yang baik mengenai novel Interlok. Jom baca...


Hanya yang buta sastera bantah Interlok

Saya berasa terharu dan rasa bersalah menatap muka hadapan Utusan Malaysia semalam (11 Januari 2011) bertajuk "Air Mata Sasterawan".

Saya telah membaca novel Interlok pada tahun 1988 sewaktu saya berumur 14 tahun. Novel Interlok masih segar dalam fikiran saya dan menjadi koleksi peribadi yang bermakna kerana saya menangis sewaktu menghabiskan novel tersebut. Saya juga pernah membuka kamus mencari makna tajuk novel ini. Novel Interlok boleh dikatakan sebagai novel pertama yang menyemai semangat cinta akan negara dalam diri saya dan saya sedar tentang kepentingan perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum di negara kita dalam usia muda itu.

Novel ini telah lebih 40 tahun berada bersama-sama kita. Tiada sesiapa yang mempedulikannya. Ironinya, polemik tiba-tiba timbul setelah novel ini dijadikan teks KOMSAS Tingkatan 5 pada 2011. Gesaan Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) supaya menarik balik novel ini adalah tidak berasas. Tindakan 100 penduduk India berdemonstrasi dan membakar novel tersebut sungguh tidak bertamadun.

Banyak lagi perkara berfaedah lain yang boleh dilakukan untuk membangunkan masyarakat India di negara ini. Usahlah membuang masa dengan mempolitikkan sebuah novel yang bertemakan perpaduan. Saya sifatkan semua orang yang terlibat membantah novel Interlok sebagai orang yang buta sastera dan buta novel. Mereka tidak memahami pemikiran Datuk Abdullah Hussain, mereka juga tidak menghayati keindahan bahasa yang bersahaja dalam novel itu, malah tidak langsung memahami mesej murni yang ingin disampaikan.

Thamilselvi a/p Arumugam, Beruas, Perak.

Siapa yang 'liwat' pasaran minyak masak?

Mula-mula kecoh pasal harga minyak petrol, kemudian harga minyak masak pula. Lepas ni minyak apa pulak..minyak rambut mungkin.

Saya nak ulas sikit pasal minyak masak. Kononnya berlaku insiden 'liwat-meliwat' terhadap stok minyak masak di semenanjung Malaysia. Pengilang kata minyak masak yang dikeluarkan dalam pasaran adalah mencukupi. Output tetap maintain. Tak pernah kurang dari volum sebelum ini.


Tapi peruncit dan pengguna satu Malaysia merungut. Bekalan tidak mencukupi. Apa kejadahnya 'keliwatan' ini berlaku. Semua orang bertanya, siapakah 'peliwat' minyak masak itu? Adakah si A, si B atau si C?


Kalau difikirkan secara logik, benda ni nampak mudah. Pengilang adalah pihak pertama dan pengguna adalah pengguna akhir. Jadi siapakah di tengah-tengah rantai tersebut? Adakah pembekal atau pemborong? Jadi, mungkin soalan mengenai ketidakcukupan stok minyak masak diajukan kepada pihak tersebut.

Tapi kenapa pula tiada siapa yang nak buka mulut bertanya dan bertindak? Nak harapkan KPDNHEP? Tak boleh. Mereka 'banyak kerja' lagi nak buat.
Ini ada satu cadangan yang molek dan bernas. Mungkin pihak KPDNHEP boleh ikut formula ni, itupun kalau mereka ada masa dan tak rasa malu nak belajar.

Petikan dari Forum Utusan Malaysia

Formula mudah ke mana minyak masak hilang


SAYA tertarik dengan isu kekurangan minyak masak. Aneh negara pengeluar minyak masak terbesar di dunia mengalami kekurangan bekalan di dalam negara sendiri.

Namun isu yang lebih menarik ialah apabila kerajaan mengatakan bahawa bekalan dari pengilang mencukupi, tetapi di pasaran bekalan tiada. Mengapa kerajaan tidak mencari dalangnya?

Congak mudah saya ialah KPDNHEP boleh semak dengan pengilang berapa pengeluarannya dan kepada pemborong ke mana dibekalkan. Selepas itu, semak pula dengan pemborong kepada pembekal mana dan kuantiti yang mereka bekalkan, semaklah sehingga kepada peruncit.

Dengan ini, kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku, benarkah bekalan mencukupi atau ada pihak yang merancangkan kehilangan minyak masak di pasaran?

Mudah saja saya rasa. Maaflah kerana saya memikirkan perkara ini mudah untuk dicari puncanya.

TOK TANJONG, Tunjang, Kedah


Ooo..patutlah minyak masak habis di pasaran. Rupanya dibuat minyak pelincir kereta. Haha.
(Sekadar gambar hiasan)

Tuesday, January 11, 2011

Mesej KJ kepada Anwar - "Just you and me !!"

Keh..keh..keh...sekarang siapa yang terjerat? Anwar terhegeh-hegeh ajak DS Najib berdebat. DS Najib boo layan.

Muncul pula Khairy Jamaluddin ambil alih. Ajak pulak Anwar berdebat. Apa macam Anwar? Are you ready to rumble?






Gol terbaik 2010 - Hamit Altintop

Millions of football fans from all over the world voted from the shortlist containing wondergoals from Hamit Altintop, Matthew Burrows, Linus Hallenius, Lionel Messi, Samir Nasri, Neymar, Arjen Robben, Siphiwe Tshabalala, Giovanni van Bronckhorst and Kumi Yokoyama for the FIFA Puskas Award 2010.

However, the 'most beautiful goal of the year' as voted for on FIFA.com by over one million fans went to Turkey’s Altintop for his fantastic goal in the UEFA EURO 2012 qualifying match between Kazakhstan and Turkey played in Astana on 3 September 2010. Altintop received the FIFA Puskás Award trophy at the FIFA Ballon d'Or Gala on Monday 10 January 2010, with his name engraved upon it.

The prize was created in honour and in memory of Ferenc Puskás, the captain and star of the Hungarian national team during the 1950s. - FIFA.com

Friday, January 7, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara


Bila time nak puasa dan nak raya, beliaulah orang yang kita sangat nanti-nantikan di kaca televisyen. Budak-budak pun tak sabar nak tunggu pengumuman beliau. Ramai berdoa "minta-minta lah esok diumumkan raya". Rupa-rupanya, sudah 22 tahun beliau berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Dan hari ini, beliau akan bersara.

Engku Ibrahim, jasa anda tidak akan kami lupakan. Suara anda, baju melayu anda yang cantik dan pelbagai warna bila keluar di kaca televisyen akan sentiasa kami ingati.

Terima kasih Engku dan selamat bersara.

Mstar Online - Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Thursday, January 6, 2011

Orang lain menang bola sepak majikan pula dihukum’


Dipetik daripada
Rencana Utusan Malaysia.

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 3 Januari lalu menyiarkan sebuah artikel mengenai majikan yang terpaksa menanggung kerugian ekoran kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada 29 Disember lalu.

Artikel bertajuk ‘Orang lain menang bola sepak majikan pula dihukum’ itu tersiar halaman A11 akhbar berkenaan.

Penulisnya yang juga seorang pengkritik isu-isu semasa, Wong Zi mempersoalkan rasionalnya kerajaan mengisytiharkan Jumaat lalu sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan pasukan bola sepak berkenaan.

Beliau berpendapat, luahan rasa gembira dengan kemenangan itu sama ada untuk tempoh semalaman, beberapa hari atau sebulan sudah memadai tanpa perlu adanya cuti umum. ‘‘Adakah kerana mahu bergembira sehinggakan seluruh negara tidak boleh bekerja?’’ soalnya.

Wong Zi berhujah, keputusan itu tidak wajar dibuat kerana ia bukannya menjadi amalan negara sebelum ini termasuk ketika pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei menduduki ranking tertinggi dunia dan ketika Datuk Nicol David diangkat sebagai pemain skuasy nombor satu dunia sebanyak beberapa kali.

‘‘Setiap kali mereka mencapai kejayaan ini, bukankah rakyat di negara kita turut sama bergembira? Bukankah kegembiraan ini sudah cukup memadai,’’ katanya.

Tegas beliau, rakyat di negara ini tidak langsung mengharapkan cuti umum kerana Malaysia memang sudah kaya dengan cuti-cuti bagi meraikan perayaan tiga kaum utama dan empat agama besar.

Beliau juga berpendapat cuti umum tambahan tidak diperlukan memandangkan produktiviti kakitangan kerajaan dan pekerja swasta sekarang yang rendah dan lembap serta daya saing mereka yang lemah.

‘‘Hanya kerana menang satu perlawanan bola sepak, produktiviti seluruh negara terhenti, pembaziran kerajaan ditanggung oleh rakyat, kos pihak swasta siapa yang bayar dan tanggung? Tidak dapat hantar barangan di hujung tahun, tidak dapat kemas kini akaun, rakyat kena mengadu dengan siapa?’’ soalnya.

Ujarnya, ada orang yang suka menyepak bola, ada orang yang suka menonton bola, ada orang suka berjudi perlawanan bola sepak. Ini semua kegemaran masing-masing, tetapi majikan yang menanggung kos dan dianggap menjadi pesalah jika tidak memberikan cuti umum kepada pekerja. ‘‘Adakah kita mentadbir negara ini hanya kerana untuk suka-suka sahaja?’’ soalnya lagi.

Nasionalis1982 - Rupanya ada juga orang yang mengkritik keputusan kerajaan yang menghadiahkan cuti umum apabila pasukan bola kita menang bola. Bagi saya mudah saja. Kalau tak nak cuti sudah. Datang saja kerja macam biasa. Sama juga orang yang mengkritik bila dapat bonus sikit. Mereka kata, cukup untuk beli tisu tandas sahaja. Kalau begitu tak payah ambil bonus walau sesen pun. Cakap macam orang berprinsip tapi berprinsipnya sekerat-sekerat. Cuti disapu..bonus pun disapu.

Berbalik kepada isu cuti menang bola atau cuti peristiwa, ini bukanlah kali pertama. Kenapa pula nak rasa terkejut? Sebelum ni pun ada jugak cuti diberikan oleh kerajaan negeri bila ada pilihanraya kecil. Ada juga cuti diberikan atas sebab kematian.

Ada yang bertanya, kenapa bila Lee Chong Wei menang All England tiada pula cuti diberikan? Begitu juga apabila Nicol Ann David pula jadi juara dunia. Kenapa kerajaan tak bagi cuti? Jawapannya mudah saja. Sukan berkenaan tak macam bola sepak. Bola sepak adalah sukan paling atas rankingnya. Jadi juara AFF 2010 dah rasa macam menang Piala Dunia. Setiap rakyat berhak merai dan menikmatinya. Terima kasih kerajaan atas cuti yang diberikan.

Kereta Singapura isi minyak RON95. Mana penguatkuasaan?

Kisah dibawah saya petik daripada Forum Utusan Malaysia. Anda bacalah dahulu.

SAYA nampak banyak kereta berdaftar Singapura yang terang-terang mengisi minyak RON95 di bandar Johor Bahru. Malah ada yang berkeras memaksa hendak mengisi minyak ini.

Kejadian saya perhatikan di stesen-stesen minyak di Jalan Lingkaran, Jalan Yahya Awal, malahan di tempat-tempat lain juga.

Konon cerita pelanggan tetap dari Singapura diberi keistimewaan oleh pemilik stesyen, malah ada yang mendakwa stesen disogok untuk membenarkan pemandu Singapura ini mengisi RON95.

Pokoknya pemilik stesen serta pekerja tidak pedulikan amaran kerajaan kerana tiada penguatkuasaan.

JYusoff, Johor Bahru

Menteri bila nak buat peraturan memang nampak pandai. Lebih-lebih lagi sejurus mengumumkan kenaikan harga minyak RON95. Dan dan pula keluarkan peraturan yang menetapkan kereta yang mempunyi pendaftaran asing tidak dibenarkan sama sekali membeli RON95. Mereka hanya layak menggunakan RON97.

Rakyat di luar hanya tersengih-sengih dngar cakap menteri ni. Tak apa..kita tunggu. Sekarang..tak sampai 3 bulan, penjualan RON95 dah bocor. Bocor kepada kereta-kereta asing. Apa cerita ni?

Penguatkuasaan tak payah cakap lah. Memang hancur. Setakat tampal pemberitahuan larangan penjualan RONN97 di mesin pam, sapa-sapa pun boleh buat.

Wednesday, January 5, 2011

Rais Yatim menjawab tuduhan !!

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah perkosaan pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya akhir-akhir ini adalah fitnah dan pendustaan yang dahsyat.

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. - Utusan

Harga RON97 makin naik, naik dan naik !!


Ish ish ish..ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba naik pula harga petrol RON97 mulai tengah malam tadi.

Ceritanya begini. Pada 1 November 2010 yang lalu, harga petrol Ron97 naik kepada RM2.15. Sebulan selepas itu, naik lagi 15 sen kepada RM2.30. Dan malam tadi, naik lagi 10 sen kepada RM2.40. Alasan pihak berkenaan macam biasa...mengikut harga minyak mentah pasaran dunia.

Cuma saya agak ralat. Dua tiga hari ini diberitakan bahawa ekonomi kita makin lama makin baik. Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaik. Indeks Komposit Kuala Lumpur melonjak hingga 12% atau 18.47 mata kepada 1,551.89 mata. Tertinggi dalam sejarah !!

Sejajar dengan itu juga, Ringgit ditutup kukuh berbanding Dollar AS iaitu pada kadar RM3.0630. Maknanya, harga barang import lebih murah.

Jadi, soalan saya...kenapa dua perkara ini iaitu harga minyak RON97 dan pengukuhan Ringgit tidak selari. Ringgit makin kukuh tetapi harga minyak RON97 naik pula.

Kerajaan please...jangan buat rakyat urut kepala dan dada. Apa guna ekonomi makin baik, Ringgit makin mengukuh, tapi faedah kepada rakyat langsung tiada.

Tuesday, January 4, 2011

Kenapa nama Harimau Malaya pun nak dijadikan isu??


Wahai menteri ku sayang..kenapa engkau terlalu sibuk nak mengkaji penggunaan nama Harimau Malaya. Adakah engkau ada banyak masa terluang dan masa lapang sehingga perlu membuat kajian?

Wahai NGO dari Sabah...kenapa sekarang baru engkau ambil kisah mengenai Harimau Malaya? Kenapa engkau tidak melalak ketika kita dibelasah teruk masa kejohanan Piala Asia di Kuala Lumpur? Kenapa tidak ketika kita layak ke Olimpik Moscow? Kenapa hanya baru sekarang baru sibuk nak suruh tukar nama??? Kenapa ?????

Kepada pihak berkenaan...jika nama Malaya pun jadi isu kerana tidak mencerminkan 1 Malaysia, maka saya cabar anda sekalian untuk menukar nama Universiti MALAYA kepada Universiti MALAYSIA !! Univerisiti itu pun guna nama Malaya jugak kan.

Apa macam..ada berani?

Baca boleh..tapi percaya jangan.




Saya dah cakap..nak baca berita kat atas tu boleh. Tapi jangan percaya 100%. Takut pula kita 'ditipu' buat kali kedua.