Wednesday, January 12, 2011

Siapa yang 'liwat' pasaran minyak masak?

Mula-mula kecoh pasal harga minyak petrol, kemudian harga minyak masak pula. Lepas ni minyak apa pulak..minyak rambut mungkin.

Saya nak ulas sikit pasal minyak masak. Kononnya berlaku insiden 'liwat-meliwat' terhadap stok minyak masak di semenanjung Malaysia. Pengilang kata minyak masak yang dikeluarkan dalam pasaran adalah mencukupi. Output tetap maintain. Tak pernah kurang dari volum sebelum ini.


Tapi peruncit dan pengguna satu Malaysia merungut. Bekalan tidak mencukupi. Apa kejadahnya 'keliwatan' ini berlaku. Semua orang bertanya, siapakah 'peliwat' minyak masak itu? Adakah si A, si B atau si C?


Kalau difikirkan secara logik, benda ni nampak mudah. Pengilang adalah pihak pertama dan pengguna adalah pengguna akhir. Jadi siapakah di tengah-tengah rantai tersebut? Adakah pembekal atau pemborong? Jadi, mungkin soalan mengenai ketidakcukupan stok minyak masak diajukan kepada pihak tersebut.

Tapi kenapa pula tiada siapa yang nak buka mulut bertanya dan bertindak? Nak harapkan KPDNHEP? Tak boleh. Mereka 'banyak kerja' lagi nak buat.
Ini ada satu cadangan yang molek dan bernas. Mungkin pihak KPDNHEP boleh ikut formula ni, itupun kalau mereka ada masa dan tak rasa malu nak belajar.

Petikan dari Forum Utusan Malaysia

Formula mudah ke mana minyak masak hilang


SAYA tertarik dengan isu kekurangan minyak masak. Aneh negara pengeluar minyak masak terbesar di dunia mengalami kekurangan bekalan di dalam negara sendiri.

Namun isu yang lebih menarik ialah apabila kerajaan mengatakan bahawa bekalan dari pengilang mencukupi, tetapi di pasaran bekalan tiada. Mengapa kerajaan tidak mencari dalangnya?

Congak mudah saya ialah KPDNHEP boleh semak dengan pengilang berapa pengeluarannya dan kepada pemborong ke mana dibekalkan. Selepas itu, semak pula dengan pemborong kepada pembekal mana dan kuantiti yang mereka bekalkan, semaklah sehingga kepada peruncit.

Dengan ini, kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku, benarkah bekalan mencukupi atau ada pihak yang merancangkan kehilangan minyak masak di pasaran?

Mudah saja saya rasa. Maaflah kerana saya memikirkan perkara ini mudah untuk dicari puncanya.

TOK TANJONG, Tunjang, Kedah


Ooo..patutlah minyak masak habis di pasaran. Rupanya dibuat minyak pelincir kereta. Haha.
(Sekadar gambar hiasan)

No comments: