Friday, December 30, 2011
Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat'
Apapun para penjenayah tegar - tak kira pembunuh, perompak, penyangak, perogol, peliwat atau perasuah - sila ambil ingatan jangan teragak-agak tiru macam Anwar buat roadshow untuk kasi ge mpak dan pertikaikan mahkamah ikut suka hati,jika ditakdirkan pakatan pembangkang tawan Putrajaya nanti.
Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.
Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.
Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.
Di celah-celah kekalutan Anwar dan gengnya itu mengelupur nak hadapi penentuan 9 Januari, di kalangan bekas panglima perang Anwar semasa reformasi kes liwat pertama tahun 1998 dulu tertawa melihat gelagat ini kerana sudah dapat baca gerak langkah mereka.
Antaranya Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan. Beliau menduga Anwar akan ‘all out’ untuk meracuni fikiran rakyat bagi bersimpati terhadap beliau dalam menjelang keputusan kes liwat ini.
Beliau tidak hairan jika roadshow itu disertai oleh isteri dan anak-anaknya yang menampilkan wajah sedih di seluruh negara bagi meracuni fikiran rakyat.
Katanya nanti ramailah khususnya 'pendatang baru' dalam PKR yang hendak menonjol diri jadi tukang memekak dengan nawaitu untuk jual nama nak jadi calon PKR dalam pilihanraya.
"Saya tahu kebanyakan yang buat kerja ni nanti budak-budak baru.Ini semua kerja bodoh kami sudah buat masa kes liwat pertama dulu jadi macai Anwar.
"Budak-budak baru ni semua tahu apa cerita pasal Anwar kecuali jadi kuda dia untuk selamatkan diri. Nak buat macam mana ramai yang suka diperbodohkan,"katanya.
Zahid sendiri tidak fikir kerajaan dan kehakiman gentar dengan perang saraf mereka nak mengugut cara begini.
"Negara kita ada undang-undang.Kalau setakat nak tuduh konspirasi siapa pun boleh tuduh.Pokok pangkalnya kamu liwat atau tidak Saiful. Keputusan itu ditentukan oleh mahkamah berasaskan hujah kes dan bukti yang ada," ujarnya.
"Apa mereka fikir mereka boleh huru harakan negara kalau Anwar didapati bersalah...kita sama-sama tengoklah nanti," tambahnya.
Zahid tersenyum bila berkata modus operandi Anwar dan gengnya sama saja sejak dulu.
Beliau tertawa dengan gelagat Anwar dan pasukan peguamnya lambat siang nak tuduh orang hina mahkamah kalau cakap tentang kes liwatnya."Ini nak buat roadshow..nak jelajah bukan cakap pasal kesnnya...bukan hina mahkamah ke...inilah bapak hipokrit besa,"tegasnya.
Zahid juga menduga nanti akan ada 'lakonan-lakonan' semasa roadshow atau demonstrasi." Apabila polis bertindak lebih sikit mulanya bising sedangkan mereka sendiri yang langgar undang-undang dan engkar arahan polis supaya bersurai.
"You berani buat salah berhimpun secara haram segala macam ...you tanggunglah sendiri.Ini nak merengek dan nak mengadu pada NGO antarabangsa bila kena gas pemedih mata...ini lawak macam pondan,"katanya.
Sementara itu, bekas ketua PKR Pematang Pauh, Anuar Shaari pula berkongsi cerita menarik mengenai Anwar.
Katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada tahun 1998 itu, bekas bosnya itu bukan tabah sangat ketika dipenjara kali pertama pada tahun 1999 sehingga 2004.
“Pada satu peringkat, beliau merayu-rayu kepada ramai sahabatnya di luar untuk berusaha bebaskan dia dari penjara. Anwar kata dia dah tidak tahan duduk dalam penjara,”cerita beliau.
Menurut Anuar, antara yang ‘dirayu’ sampai hampir-hampir menangis adalah Ezam Mohd Nor yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan baru bebas dari Penjara Kajang.
“Ezam pernah cerita pada saya, Anwar terdesak untuk keluar penjara dan mahukan dia lakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut,”kata beliau.
Kerana itu menurut Anuar, penasihat PKR pasti tidak akan sanggup dipenjara lagi kali ini.
“Dia akan cuba sedaya upaya untuk bangkitkan rakyat, guna mahasiswa, guna pekerja, road show seluruh negara, tetapi pada akhirnya, jika semua itu tidak sampai objektif yang dikehendaki, Anwar mungkin akan lari,” ramal beliau.
“Perkara ini akan semakin jelas seminggu sebelum 9 Januari, kita bakal saksikan bagaimana Anwar akan sehabis tenaga untuk memastikan jalan raya dipenuhi penyokongnya ketika keputusan dibacakan.
“Tapi jika tak jadi macam dia rancang, dia mungkin lari dan untuk mengelakkan diri digelar penakut, dia akan beritahu penyokongnya, melarikan diri itu sebahagian dari strategi jangka masa panjang… itu telahan saya berdasarkan pengalaman bersama Anwar,” katanya.- Agenda Daily
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Rakyat mahu Selangor 'dibersihkan' segera
1. Rakyat Selangor mahu isu sampah yang menyebabkan negeri itu dilihat semakin kotor akibat kegagalan kontraktor melaksanakan tugas dengan berkesan diselesaikan segera secara profesional tanpa dipolitikkan.
2. Ramai sudah bosan dengan sikap menuding jari antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor mengenai masalah tersebut.
3. Rakyat mahu kerajaan negeri mengutamakan hak mereka kerana pengguna telah membayar perkhidmatan itu.
4. Kerajaan Negeri Selangor seharusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik selepas menamatkan kontrak Alam Flora yang dikatakan gagal melaksanakan tugas.5. Tetapi apa yang berlaku keadaan semakin teruk. Mungkin kontraktor yang dilantik tidak mempunyai pengalaman melakukan kerja-kerja ini.
6. Jadual memungut sampah yang disediakan semakin menyukarkan penduduk.
7. Beberapa aduan dibuat kerana mereka memungut sampah pada awal subuh hingga tidak sempat membuang sampah, akhirnya sampah terpaksa disimpan dua hingga tiga hari sebelum tiba giliran memungut seterusnya.
8. Lori yang digunakan kontraktor baru agak daif dan tidak bersesuaian. Mereka hanya menggunakan lori kecil tiga tan dan selalu meninggalkan sisa sampah bertaburan di jalan raya.
Tuesday, December 27, 2011
16 jam untuk 16 jam kredit...hahaha
Sekumpulan mahasiswa mengambil satu subjek yang memerlukan mereka berhimpun selama 16 jam. Bermula 9.00 malam hingga 1 petang keesokannya.
Kenapa 16 jam?
Kerana subjek berkenaan memberikan 16 jam kredit. Banyak tu. Kalau dapat score, untung-untung boleh capai 3.5 and above. Maklumlah, sebelum ni asyik dapat 2.0 below je. Memang low class!
Rancangan Bebas Anwar 901 ?
Kami menjangkakan ada pihak merancang untuk 'melakukan sesuatu' pada tarikh berkenaan. Lihat poster di bawah.
Ada pihak dilihat terdesak untuk menarik rakyat turun ke jalan raya dan memberi tekanan kepada kehakiman negara.
Kami mendapati promosi perhimpunan ini disebarkan secara meluas melalui FB, blog dan twitter.
Pada 21 Disember lalu, satu akaun khas twitter dibuka menggunakan nama @BebasAnwar901.
Tweet pertama bertulis "Ayuh semua rakyat kita bangkit. Kezaliman wajib ditentang. Keadilan perlu ditegakkan. 9 Januari 2012. Kita tamatkan zaman edan di Malaysia".
Akaun twitter ini turut disebarkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan.
Selain itu, kami juga mendapati ada dua hashtag(simbol #) diwujudkan dalam twitter bagi mempromosikan perhimpunan 9 Januari 2012.
Hashtag 1 : #BebasAnwar901
Hashtag 2 : #Mobilisasi901
Mesej kami kepada pihak berkuasa, anda harus memantau setiap gerakan ini bagi membendung kejadian yang tidak dijangka pada 9 Januari kelak. Semoga Kuala Lumpur sentiasa aman dan tidak tercetus huru hara.
Demi rakyat atau demi anak beranak?
Dalam poster kat atas tu ada gambar bapak, bini dan anak.
Bapak lantik diri sendiri jadi penasihat.
Bini pulak menang tanpa bertanding kerusi presiden. Tak siapa yang berani lawan. Peranan-jadi boneka kepada penasihat. Apa penasihat kata, angguk je. Kalau geleng, nanti dicop derhaka kat suami. Kan naya.
Anak dia pula jadi naib presiden. Tipulah kalau dia menang bukan atas sebab pengaruh si bapak.
Inilah contoh Parti Anak Beranak. Atau bahasa jawanya dipanggil kronisme.
Tapi penganutnya buat-buat bodoh je. Itu yang pelik. Anda berjuang demi rakyat atau demi anak beranak?
Cuba kalau benda ni terjadi dalam UMNO. DS Najib sebagai Presiden, DS Rosmah sebagai Timbalan Presiden, anak lelaki jadi Ketua Pemuda, anak perempuan pulak jadi Ketua Puteri. Sudah pasti ada orang yang melenting dan kutuk belakang.
Monday, December 26, 2011
Saturday, December 24, 2011
EMAIL PANAS DARI PENGGUNA MELAYU
mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.
Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda denganmengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan denganmencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.
Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:
Komen di FB
Friday, December 23, 2011
Malam tadi ada majlis dialog Anwar Ibrahim dan mahasiswa
Malam tadi berlangsung dialog antara Anwar Ibrahim dan sekelompok mahasiswa. Lokasinya adalah di kediaman Anwar sendiri.
Wan Azizah juga kelihatan memberikan kata-kata aluan dalam dialog berkenaan.
Nurul Izzah turut sama ambil bahagian dalam dialog ini.
Soalan kami, apakah sebenarnya agenda antara Anwar Ibrahim dan sekelompok mahasiswa malam tadi. Apa yang dibincangkan? Jeng jeng jeng!
Khir Toyo Bersalah. Apa kata penyokong Pakatan?
Mahkamah dapati Dr Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.
Sekarang Hakim sedang dengar rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
Itu sudah takdir. Khir Toyo perlu redha.
Kes ini membuktikan bahawa mahkamah bukan perkakas atau alat Umno seperti yang digemburkan oleh pembangkang. Tiada siapa yang lebih tinggi dari undang-undang. Sama ada dia UMNO, PAS, DAP atau PKR, hukuman tetap dijatuhkan bila sudah terbukti bersalah.
Tapi lain pula kata pembangkang. Mereka kata mahkamah main sandiwara, tunggu skrip atasan. Macam-macam lagi. Anda boleh baca di ruang komen berita Malaysiakini. Klik SINI.
Mentaliti pembangkang dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Macam tu jugak. Bila kena pada pemimpin mereka, "oohh..mahkamah tak adil, ini mahkamah kangaroo, macam-macam lagi". Tapi bila kena pada pemimpin UMNO, "oohh..mahkamah hanya bersandiwara, modal politik, bla bla bla"..
9 Januari nanti giliran Anwar pula. Kita tunggu apa respon mereka.
Thursday, December 22, 2011
Tangguh SBPA: Tunggu kenyataan rasmi dari PM
Tapi, Presiden Ceupacs iaitu Omar Osman sudah buat pendedahan kepada media. Apa cerita ni beb? Dia tak patut mendahului PM atau JPA dalam mengeluarkan kenyataan sebegini.
Kepada penjawat awam, anda patut tunggu kenyataan rasmi daripada PM atau JPA terlebih dahulu sebelum ambil tindakan selanjutnya.
Penceramah yang mewakili puak anti-Lynas minta maaf
Saya ingin berkongsi pengalaman ketika hadir pada majlis makan malam anjuran bersama Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari pada Jumaat, 16 Disember lepas bertempat di Kelab Diraja Selangor (RSC), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Saya ingin memuji pihak penganjur kerana menjemput seorang penceramah ke majlis makan malam tersebut, untuk bercakap mengenai projek Lynas - projek pemprosesan logam tanah jarang bernilai RM2.3 bilion - yang mendapat bantahan daripada segelintir penduduk Kuantan, Pahang.
Bagi diri saya sendiri, saya membuat keputusan untuk hadir pada majlis tersebut semata-mata untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu berkenaan, dengan cuba mendapat maklumat secara langsung daripada pakar-pakar.
Pada majlis makan malam itu, penceramah jemputan berkenaan yang didakwa sebagai pakar mewakili puak anti-Lynas, telah bercakap tentang berbahayanya kilang tersebut - Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Menurutnya, ia bakal menyebabkan pendedahan radiasi di sana.
Dengan menggunakan klip video yang memaparkan kesan buruk daripada peristiwa kebocoran reaktor nuklear Chernobyl di Rusia, penceramah berkenaan telah menyatakan dengan yakin betapa radiasi pada tahap mana sekalipun masih berbahaya. Menurutnya, radiasi akan menyebabkan barah. Justeru katanya, projek Lynas adalah memudaratkan.
Penceramah itu juga mendakwa bahawa Lynas telahpun diberikan lesen pra-operasi dan betapa projek seumpama itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada negara. Beliau juga mendakwa, projek itu hanya memfokuskan kepada keuntungan tanpa mengambil peduli tentang keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang terlibat.
Kepada dakwaan-dakwaan tersebut, hati saya berkata-kata betapa penceramah itu cuba menimbulkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan mereka yang hadir, dengan mengemukakan maklumat yang tidak menyeluruh dan tidak benar. Tetapi, saya bukanlah pakar untuk membantah atau menyanggahnya.
Namun, pada sesi soal-jawab kemudian, seorang profesor yang memperkenalkan dirinya sebagai Penasihat Keselamatan Radiologi di Lynas Malaysia Sdn. Bhd., telah membetulkan dakwaan-dakwaan liar tersebut.
Profesor ini telah menerangkan bahawa Lynas Malaysia Sdn. Bhd. setakat ini, belum lagi menerima lesen pra-operasi daripada Kerajaan Persekutuan sepertimana dakwaan penceramah itu .
Profesor ini juga menjelaskan, apa yang dipaparkan dalam klip video tentang peristiwa Chernobyl itu adalah tidak lengkap dan pula dilapor luar daripada perspektif yang sebenar. Tambahan pula katanya, peristiwa di Chernobyl (sebuah reaktor nuklear) tiada kaitan langsung dengan projek Lynas (sebuah kilang pemprosesan logam tanah jarang).
Alangkah terkejutnya saya kerana setelah mendengar penjelasan professor tersebut, penceramah tadi memohon maaf kepada yang hadir kerana telah mengelirukan mereka dengan kenyataan yang tidak benar dalam persembahannya tadi.
Sebaliknya, ramai dalam kalangan yang hadir telah terpesona dengan fakta-fakta dan penerangan yang telah diberikan oleh profesor berkenaan.
Ditambah pula dengan beberapa soalan dalam kalangan yang hadir yang tidak dapat dijawab oleh penceramah tersebut, makan malam itu telah menyedarkan mereka yang hadir betapa selama ini mereka tidak mendapat fakta-fakta betul dan gambaran menyeluruh dan sebenar mengenai projek Lynas ini. Saya ialah seorang daripadanya!
Saya simpulkan bahawa memang terdapat banyak dakwaan yang dihasilkan daripada maklumat-maklumat tidak lengkap dan diselewengkan. Dakwaan-dakwaan ini kemudian digunakan untuk mempengaruhi pihak-pihak yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya tentang Lynas, bagi membolehkan mereka membuat pandangan seimbang mengenainya.
Saya sekali lagi menyatakan penghargaan kepada Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari, yang telah melakukan tugas yang baik dengan penganjuran makan malam ini. Sesungguhnya, orang awam tidak boleh dikelirukan oleh pihak-pihak yang sengaja hendak menanam perasaan takut dan tidak selesa terhadap projek Lynas ini.
Wednesday, December 21, 2011
Hassan Ali vs PAS : Hanya drama yang penuh kepalsuan?
Anak buah bergaduh bagai nak rak. Tapi sehingga sekarang, tiada suara Nik Aziz dan Hadi Awang. Senyap. Kelu. Mana pergi suara seorang Musyidul Am? Mana arahan dari seorang Presiden?
Bila pemimpin PAS senyap, maka timbul rasa curiga. Adakah ini hanya drama yang penuh kepalsuan? Atau strategi untuk menarik kembali pengundi Melayu/Islam yang semakin menjauhi PAS?
Thursday, December 15, 2011
Macam-macam hal lah mahasiswa sekarang.
Pehimpunan menuntut kebebasan akademik? Apahal? Puluhan tahun sebelum ni akademik tak pernah bebas ke?
Kamu dakwa akademik dikekang kerajaan. Tetapi di luar sana sudah beratus ribu mahasiswa yang berjaya bergelar graduan dan dapat kerja bagus, gaji besar, rumah pun besar. Jadi, apa yang tak bebas?
Adakah kerana kebebasan politik yang kamu dahagakan sangat?
Kami nasihatkan kamu habiskan dulu study tu. Lepas dah dapat ijazah, maka berpolitiklah kamu sehingga ke liang lahad. Tiada siapa pun akan melarang.
Nak baring atas jalan seperti lembu pun boleh. Dipersilakan.
Wednesday, December 14, 2011
DIALOG mengenai SBPA malam ini di TV1
Tajuk perbincangan ialah SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM .
Rancangan ini akan disiarkan secara langsung di TV1 dari jam 10 hingga 11 malam.
"Saya orang Kedah yang sedar segala penipuan, tidak mungkin saya akan mengundi calon Pas di PRU ke-13 nanti"
Dahulu semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas Kedah berjanji pelbagai perkara dalam manifesto mereka. Orang tua, orang muda, petani, tok imam, bilal masjid, peniaga dan nelayan akan terbela di bawah tema 'Kedah Sejahtera'. Itulah ceritanya.
Lain pula jadinya selepas berkuasa. Kononnya hampir 82 peratus janji-janji dalam Manifesto 2008 sudah ditunai. Ingat orang Kedah ni bodoh sangatkah hendak ditipu sedemikian rupa?
Saya terpanggil untuk menyenaraikan beberapa perkara untuk menunjukkan betapa 'kemerehnya' kerajaan Pas Kedah yang cakap tak serupa bikin ini. Pelbagai janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya belum ditunai. Antaranya:
* Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.
* Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh.
* Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi.
* Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut.
* Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech.
* Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri.
* Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina.
* Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah.
* Janji henda beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita.
Kalau hendak disenaraikan semua janji, memang banyak lagi. Realitinya, banyak sangat janji yang tidak ditunaikan. 'Kemereh' sungguh kerajaan Pas Kedah!
Yang bertambah di Kedah hanyalah pub, rumah urut, kedai nombor ekor, mesin slot dan pusat karaoke. Balak sebesar betis pun ditebang demi untuk menjana pendapatan kerajaan negeri. Madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun pun hendak diroboh demi hendak membina pusat beli belah.
Saya orang Kedah yang sedar segala penipuan ini, tidak mungkin saya akan mengundi calon-calon Pas di PRU ke-13 nanti.
Budak Taman Ria, Sungai Petani, Kedah
Tuesday, December 13, 2011
"Anwar gagal", kata pihak Pendakwa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk mempertikaikan kesaksian penuduh beliau dalam perbicaraan Sodomi II, dan penafianpemimpin PKR itu adalah tidak mencukupi, tegas pihak pendakwaan.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata bahawa kenyataan Anwar yang menafikan mengenai kes liwat berkenaan dari kandang tertuduh gagal untuk menangkis testimoni Saiful Bukhari Azlan.
Pendakwa turut memberitahu, Anwar tidak mencabar kesahihan rakaman CCTV di Desa Damansara, yang mencatatkan kehadiran beliau di lokasi berkenaan pada 26 Jun.
Tun Dr M : Anwar adalah Ejen US
Pemimpin pembangkang utama, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar telah mendapat sokongan dari Washington melalui rangkaian pro-Zionis bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk oleh neoconservatives Amerika untuk menghapuskan kerajaan yang unfriendly.
Dr Mahathir menyatakan persahabatan rapat Anwar dengan tokoh terkemuka di neoconservative Paul Wolfowitz sebagai bukti, sambil menambah bahawa ahli-ahli Majlis Peguam juga telah terlibat dalam konspirasi yang dikatakan.
"Anwar sentiasa bertemu dengan mereka dan berkata bahawa apabila beliau menjadi perdana menteri, beliau akan menghapuskan itu dan ini ... akan memberi kebebasan kepada rakyat."
"Beliau mempunyai sokongan mereka, sama ada dari segi wang atau sesuatu yang lain. Dia dan beberapa orang yang lain, termasuk peguam, mendapat sokongan dari sebuah organisasi yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) khusus untuk menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka. "
Dr Mahathir berkata beliau yakin Putrajaya akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat sebaik sahaja kerajaan mendapat bukti yang cukup tentang salah laku.
"Tanpa bukti, kita tidak boleh hanya bertindak atau menggunakan kuasa untuk menangkap orang. Setelah terdapat bukti yang jelas, saya pasti kerajaan akan bertindak, "katanya.
Dr Mahathir telah banyak kali dituduh oleh orang-orang Yahudi yang amat cemburu dengan kemajuan Malaysia. Malah mereka cuba untuk melemahkan negara, walaupun sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir paling terkenal mengatakan bahawa krisis kewangan Asia 1997 adalah konspirasi Yahudi di seluruh dunia, beliau berhujah: "Kami adalah orang-orang Islam, dan orang-orang Yahudi tidak senang hati melihat umat Islam maju".
Terjemahan daripada Berita Yahoo News Malaysia
Dr M Claims Anwar, Bar Council Are US Agents