Friday, September 25, 2009

SELCAT : "And the Oscar goes to..."

Sekali lagi sebuah drama seakan-akan sinetron Indonesia mewarnai kancah politik Selangor.

Dalam drama musim pertama dulu, kita dipertontonkan dengan aksi bergaduh antara Hassan Ali dengan Ronnie Liu mengenai isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam.

(Klik sini).

Surat khabar dan tv pun turut ambil tempat. Beri publisiti meluas dan secara tak langsung telah meningkatkan rating atau populariti drama ni.
Klimaksnya sebijik macam jalan cerita sinetron, kedua-dua aktor akhirnya bersalaman dan berpelukan walaupun muka malu-malu kucing.

Dalam drama musim kedua, Hassan Ali sekali lagi memainkan watak utama. Beliau mengkritik perjalanan SELCAT - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan. (Klik sini) .
Akibatnya, beliau berhadapan dengan kritikan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau itu (klik sini).

Dan buat kesekian kalinya, drama ini turut mendapat publisiti dalam media elektronik dan media cetak. Ringkasnya, mereka menjadi popular dengan drama sebegini!

Adakah drama ini betul-betul atau tipu-tipu?

Kalau direnungkan balik, macam ada yang tak kena. Semacam ada kebetulan.

Drama penjualan arak timbul ketika menjelangnya pilihanraya kecil di Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009.

Drama isu SELCAT pulak timbul ketika menjelangnya pilihanraya kecil di Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober 2009.

Adakah drama yang terjadi ini sememangnya dirancang apabila timbulnya pilihanraya kecil? Kita melihat ia seolah-olah suatu taktil awal bagi mendapatkan simpati pengundi melalui 'isu ciptaan' mereka sendiri. Tepuk dada tanya selera.


"And the Oscar goes to..."


4 comments:

Anakbukitgantang said...

tentulah oskar tu gi kat DAP for being the biggest pak karut, as for PAS the biggest loser and for PKR the biggest joker.....

pakngah santan said...

selagi pas berada di dalam pr, saya anggap ini semua 'auta pedukang salam'. masa prk ptg pasir, hassan ali timbulkan isu arak. tak lama lagi prk bagan pinang. dia timbulkan isu selcat pula. boleh buat modal kempen untuk ambil hati orang melayu.

and the oscar for best actor goes to .... hassan ali.

Anonymous said...

hasan ali gagal meraih "oscar" dek kerana lakonan yg dianggap "stereotype" ,,,kakakakekekekikikikokokokukuku.....hasan ali berjaya meloyakan dan melugaikan juri2 ,,,

Nasionalis1982 said...

Hassan Ali bikin ribut dalam kerajaan PR Selangor tapi percayalah dia akan terselamat sekali lagi daripada sebarang tindakan.

"And the Oscar goes to..."