Tuesday, September 1, 2009

Harga Minyak : Sukarnya menjadi pembuat keputusan..

Penulis agak lewat (kurang 48 jam) dalam memberikan maklumbalas berhubung dengan penetapan harga minyak yang baru oleh kerajaan. Rasanya masih sempat untuk penulis memberi sedikit komen berhubung dengan perkara ini.

Penulis ambil beberapa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan penetapan harga baru petrol antaranya adalah....


''Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009"

''Dengan jangkaan jualan RON95 sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan jualan petrol di Malaysia, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan untuk rakyat negara ini manakala subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON97 ialah 42.72 sen seliter''

Komen penulis..

Bagi sesetengah rakyat, adakah mereka peduli akan punca sebenar kerajaan menetapkan harga baru bagi petrol? Adakah mereka akan mendengar penjelasan yang diberikan oleh kerajaan? Adakah mereka tahu bahawa keputusan kerajaan itu berpandukan kepada persekitaran global?

Rakyat tak peduli apa yang dijelaskan oleh kerajaan. Mereka akan tetap mengatakan kerajaan tak menjaga kebajikan rakyat..kerajaan pentingkan laba..kerajaan itu..kerajaan ini...bla bla bla

Dalam hal ini, penulis cuba meletakkan diri penulis sebagai kerajaan. Penulis cuba mendalami tentang dilema yang dihadapi oleh kerajaan sebagai badan pembuat keputusan. Ini bukan dilema biasa. Ini adalah dilema yang mampu merencanakan survivaliti sesebuah kerajaan.

Wujud persoalan..sejauh mana kesukaran sesebuah kerajaan itu membuat keputusan supaya wujud situasi menang-menang (win win situation) antara rakyat dan juga bagi pihak kerajaan?


Terasa insaf bila dapat menyelami erti betapa besarnya dilema yang dihadapi oleh kerajaan dalam membuat keputusan bagi memuaskan hati semua pihak, malah tanpa mengguris serta menyakitkan sekelumit hati pun rakyat di negara ini.

No comments: