Wednesday, September 30, 2009

Mooooh mooohh bunyi lembu..


Binatang ape yang layak menerima anugerah binatang popular di Selangor?

Binatang ape?

Binatang ape?

Binatang ape?

Binatang ape?

Binatang ape?

Binatang ape?

Binatang ape?

Binatang ape?

Binatang ape?

(Inilah akibatnya bila sudah terpengaruh dengan iklan raya kat tv..
Burung ape? burung murai..burung ape? burung murai..burung ape?
burung punai laaaa )



Jawapannya dah tentu la lembu yang menang anugerah binatang paling popular di Selangor.
Ini bukan kali pertama. Sudah kali kedua lembu 'diangkat' sebegini rupa.

Masakan kita lupa majlis rombongan membawa kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 28 Ogos 2009. Bukan 10 kepala, 20 kepala atau 50 kepala tapi cuma satu kepala lembu sahaja yang dibawa.



Selepas peristiwa tersebut...6 lelaki didakwa insiden kepala lembu (klik sini). Lagi...polis tahan 4 daripada 12 peserta demo kepala lembu, kesemua mereka akan didakwa (klik sini)


Selepas sebulan, lembu buat trip kali kedua ke tempat yang sama. Kali ni bukan setakat kepala lembu yang datang, tapi hati, daging, limpa lembu turut ambil bahagian. Sama- sama buat rombongan ke komplek pentadbiran kerajaan negeri Selangor.



Sekor...dua ekor...tiga ekor...empat ekor...lima ekor...enam ekor...tujuh...zzzzz.........


Rupa-rupanya bukan sekor, tapi banyak ekor. Bukan setakat lembu, susu lembu pun di bawa bersama. (klik sini)


Selepas peristiwa kedua ini, belum ada individu yang didakwa. Lagi...polis tahan 0 daripada 75 peserta demo tersebut.


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ni ada satu soalan...bukan saya tanya aaaa...tapi orang tanya...


"Orang berhimpun bawa kepala lembu cepat didakwa di mahkamah. Kini orang bawa lembu-lembunya sekali, apa tindakan Peguam Negara?"

Saya sudah cakap, bukan saya yang tanya..tapi orang lain yang tanya itu soalan...saya cuma tolong sampaikan je kat sini..




Friday, September 25, 2009

SELCAT : "And the Oscar goes to..."

Sekali lagi sebuah drama seakan-akan sinetron Indonesia mewarnai kancah politik Selangor.

Dalam drama musim pertama dulu, kita dipertontonkan dengan aksi bergaduh antara Hassan Ali dengan Ronnie Liu mengenai isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam.

(Klik sini).

Surat khabar dan tv pun turut ambil tempat. Beri publisiti meluas dan secara tak langsung telah meningkatkan rating atau populariti drama ni.
Klimaksnya sebijik macam jalan cerita sinetron, kedua-dua aktor akhirnya bersalaman dan berpelukan walaupun muka malu-malu kucing.

Dalam drama musim kedua, Hassan Ali sekali lagi memainkan watak utama. Beliau mengkritik perjalanan SELCAT - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan. (Klik sini) .
Akibatnya, beliau berhadapan dengan kritikan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau itu (klik sini).

Dan buat kesekian kalinya, drama ini turut mendapat publisiti dalam media elektronik dan media cetak. Ringkasnya, mereka menjadi popular dengan drama sebegini!

Adakah drama ini betul-betul atau tipu-tipu?

Kalau direnungkan balik, macam ada yang tak kena. Semacam ada kebetulan.

Drama penjualan arak timbul ketika menjelangnya pilihanraya kecil di Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009.

Drama isu SELCAT pulak timbul ketika menjelangnya pilihanraya kecil di Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober 2009.

Adakah drama yang terjadi ini sememangnya dirancang apabila timbulnya pilihanraya kecil? Kita melihat ia seolah-olah suatu taktil awal bagi mendapatkan simpati pengundi melalui 'isu ciptaan' mereka sendiri. Tepuk dada tanya selera.


"And the Oscar goes to..."


Saturday, September 19, 2009

:: Salam Aidilfitri ::

Ya Allah...
" Bulan Ramadhan yang mulia ini akan meninggalkan kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami, terimalah doa kami,
ibadah puasa kami, sedekah kami dan
amalan yang telah kami lakukan.
Dan berilah kami kesempatan untuk
menyambut nikmat Ramadhan uang akan datang".

Selamat Hari Raya
Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
1430H
Tulus Ikhlas Daripada,
~My Longest Yard~

Wednesday, September 16, 2009

Riang Ria 16 September

Soalan Objektif

1) Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 6 (klu : PM Mat Jenin)

a) Najib Tun Razak

b) Abdullah Ahmad Badawi

c) Anwar Ibrahim

d) Hadi Awang


2) Pada tarikh apakah Perdana Menteri Malaysia ke 6 dilantik (klu : PM Mat Jenin)

a) 31 Ogos 2009

b) 3 April 2009

c) 16 September 2008

d) 14 Februari 2007


3) Pada 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 di hadapan...

a) Potret Yang Dipertuan Agong

b) Tuanku Karpal Singh (Singh is King)

c) Cermin

d) Bukan dihadapan, tapi 'dibelakang'.


4) Pada tahun 2008 Parlimen Malaysia menyaksikan perubahan kuasa setelah ketua pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi dari

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional

b) Ikea

c) Kedai Perabot Kayu Jati

d) Dewan Undangan Negeri Perak


5) Pada 12 September 2008 Ahli Parlimen YB Tian Chua telah ke Taiwan bersama rombongan beberapa ahli politik dari Pakatan Rakyat untuk?

a) Belajar mengenai penanaman Dragon Fruit

b) Mengambil kursus pendek pertanian

c) Berkaraoke bersama ahli parlimen BN

d) Mengajak mereka untuk melompat parti


6) Gerakan popular rakyat yang dipelopori oleh aktivis kaum India yang memberi kesan dalam keputusan pilihanraya ke 12 dikenali sebagai

a) Makkal Sakhti

b) Makkal Ossai

c) Muthel (Telur) Tosai

d) Rawa Tosai


7) Siapakah di antara berikut merupakan pemimpin kanan dalam gerakan aktivis Hindu yang dekenali sebagai Hindraf?

a) Vellupillai Prabakharan

b) P Uthayakumar

c) P Ramlee

d) Sivaji The Boss


8) Bilakah perdana Menteri Malaysia ke 7 akan dilantik

a) 16 September 2009

b) 16 September 2012

c) 16 September 2020

d) Sebelum Kiamat



Ujian Minda (nak test kaler otak korang)


Pada pagi 16 September,sepasang suami isteri yang sedang berehat-rehat di dapur sambil menikmati kopi mula hangat. Sambil bersarapan si isteri menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pergolakan politik yg berlaku di dalam negara. Lalu si suami pun mencelah dengan berkata,memang susah kalau satu kapal ada 2 nakhoda,lebih baik kalau 2 kapal dgn satu nakhoda.


"Lain macam je bunyinya tu bang" sahut si isteri.



Lagu Suasana 16 September

(perlu dinyanyikan mengikut melodi Lagu Suasana Hari Raye - Anuar Zain & Elina)

Berlalulah sudah 16 September 2008

Setahun sudah rakyat menunggu

Tibanya 16 September 2009

Dengan rasa kecewa

DSAI frust gile

Terasa malu tak terhingge

Termasuklah juge penyokongnye

Tapi kami bersyukur dan ketawa tak terhingge..muahahaha

korang boleh sambung lirik seterusnya..kalau sudah yakin, sila jerit "saya kunci lirik ini'!!!!






Saturday, September 12, 2009

Anwar : Tuntutan keadilan untuk semua rakyat Malaysia?


Manusia yang bernama Anwar ni memang pelik. Begitu mudah beliau mengeluarkan kenyataan atau kata-kata indah dari mulut. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mulalah konar sana, konar sini. Walhal dirinya sendiri tidak sanggup memikul beban. Paling teruk, boleh pulak melenting marah bila ada orang menegur.

Bukankah itu sikap hipokrit?

Manusia yang digelar hipokrit ini selalu saja mencari dan mencipta alasan palsu untuk tidak turut serta bersusah payah memperjuangkan keadilan untuk semua orang. Walhal insan yang mengadu masih mengharapkan keadilan di tanah airnya sendiri. Insan tersebut tidak lain dan tidak bukan Saudara Saiful Bukhari Azlan. Beliau menulis dalam blognya bahawa keadilan yang diharapkan masih belum kunjung tiba. Masih bertangguh (Klik
sini).

Penulis bersetuju benar dengan tulisan Awang Selamat berkenaan isu keadilan untuk Saiful. Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Seterusnya, penulis memetik satu artikel bertarikh 27hb Julai 2009 di dalam blog Anwar Ibrahim yang bertajuk :

Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia (klik sini)
Cantik sungguh tajuk tersebut. Dalam artikel itu, Anwar membangkitkan isu Teoh Beng Hock. Seterusnya beliau menyebut "Melihat amarah rakyat mulai marak, serta penyertaan beberapa pimpinan BN ke dalam PKR, mereka berusaha mengaburi rakyat dari isu sebenar; iaitu Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia"!!!

(sekadar gambar hiasan)

Wainaa...lawak sungguh la..lawak tak? Suka tak? Tutup mata..tutup mata...suprise!!!!!!!!

Anwar menyebut Tuntutan Keadilan Untuk Semua Rakyat Malaysia? Come on lah..
Habis tu kes Saiful Bukhari macam mana? Anwar pandang Saiful sebagai rakyat negara mana?Beliau tu kan rakyat Malaysia. Maka beliau juga berhak mendapat keadilan yang sewajarnya atas tiket rakyat Malaysia (seperti tajuk artikel tersebut). Sila baca luahan hati Saiful dalam blognya (klik
sini , sini dan sini).

Penulis terfikir, apa makna jika Anwar tidak mengotakan kata-katanya seperti mana ditulis dalam artikel tersebut. Bukankah itu hipokrit dan double standard namanya! Macam biasalah..berlagak macam primadona. Cakap dia saja yang betul.

Nampaknya, senario ini semakin berkembang dan menular. Sekiranya ada segolongan minoriti yang ikhlas tampil untuk membantu Saiful, mereka pula akan diejek dan dicemuh. Penulis tidak menolak akan kemungkinan, seluruh jentera mereka bakal dikerahkan untuk memutarkan propaganda yang tidak beretika .

Pedas posting kali ini? Biarlah, kehidupan realiti pun tidak selalunya manis. Sekali-sekala kepedasan cili perlu dalam masakan kita supaya dapat menimbulkan kesedaran dengan segera pada si pemakannya.

“Berbuat adillah kerana keadilan itu lebih dekat pada ketakwaan”
(al-Ma’idah ayat 8)

Thursday, September 10, 2009

Remember..remember..11th of September

Hari ni wa ingat mau buat satu artikel yang berbeza dari biasa. Wa tak spesifik pada satu topik.

Semua cerita wa akan masukkan dalam artikel ni. Tapi nama Anwar Ibrahim tetap terselit dalam artikel ni. Sori la Bro Anwar, wa kan AIDCclub a.k.a Kelab Anti Anwar. Namamu teratas! Tatap!


Wa mau membawa berita yang berlaku pada setiap tarikh 11 September setiap tahun bermula tahun 1998 hingga tahun 2008. Dengan cara ini ia dapat membawa kita pada tarikh tersebut. Di mana kita berada dan apa yang kita buat ketika itu.


Wa cuma attach satu berita saja bagi setiap tarikh 11 September. Wa pilih artikel yang dianggap 'menarik' untuk dikongsi oleh semua. Menarik untuk wa mungkin. Untuk lu orang, wa tak pasti.



11 September 1998 : Permintaan adakan solat hajat disokong (Klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Menteri Besar dan pemimpin UMNO menerima baik permintaan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad agar semua ahli UMNO mengadakan sembahyang hajat bagi menunjukkan kebenaran tindakan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kabinet dan UMNO. Sehubungan itu, mereka bersetuju mengadakan sembahyang hajat secara beramai-ramai di kawasan masing-masing.


Komen wa - Bulan September 2008 memang kecoh. Sebab, pada 2 Sep Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Masa ni rakyat pun pening dan terkejut. Sehingga mencapai satu tahap Tun Dr M minta semua buat solat hajat. Bukan untuk menentukan sama ada beliau akan menang atau Anwar kalah, tetapi supaya kebenaran akhirnya menjadi kenyataan. keikhlasannya dalam mencari kebenaran berhubung isu tersebut dan tidak ada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.


11 September 1999 : Rafidah persoal Anwar keracunan serentak APEC (klik sini)


AUCKLAND 11 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz mempersoalkan sama ada para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat semasa membuat dakwaan beliau diracun di saat para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) memulakan mesyuarat di sini. Katanya, beliau hairan kenapa kejadian yang diketahui pada 26 Ogos itu, hanya diberi perhatian sekarang.


Komen wa : Bila jenguk balik berita pada tahun 1999 ni, wa tak terkejut. Anwar memang primadona dulu, kini dan selamanya...



11 September 2000 : Dr. M sahkan akan temui Suqiu (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan akan menemui Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina (Suqiu) untuk mendengar penjelasan mereka berkaitan tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.
Perdana Menteri berkata: ''Saya akan berjumpa dengan mereka, mereka minta untuk berjumpa dengan saya untuk menerangkan apa maksud mereka dan saya akan berjumpa dengan mereka.''


Komen wa : Mula-mula baca nama geng ni kat paper, wa konpius mau sebut macam mana. 1st time sebut macam keluar nama pelakon Transpoter - Shu Qi. Seingat wa, kumpulan ni tuntut supaya dimansuhkan perbezaan status bumiputera dan bukan bumiputera dalam semua bidang. Yang pasti, kumpulan ni terus senyap lepas diadakan perjumpaan dengan Tun Dr M. Agak-agak korang apa la yang ayat keramat yang diucapkan oleh beliau?



11 September 2001 : Amerika Syarikat diserang - Dua Menara Kembar Pusat Dagangan Dunia di New York ranap dirempuh dua pesawat (klik sini)


NEW YORK 11 Sept. - Dua buah Menara Kembar Pusat Dagangan Dunia di sini yang setiap satunya setinggi 110 tingkat menyembah bumi dirempuh sebuah pesawat penumpang Boeing 767 yang dirampas serta sebuah pesawat lain dalam satu serangan berani mati - yang kemudiannya turut melibatkan serangan di beberapa lokasi strategik Amerika yang lain.

Serentak dengan serangan pada pukul 9 pagi itu, Pantagon (Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat) turut dirempuh dengan sebuah pesawat ala kamikazi - separuh bangunannya runtuh, kemudian bangunan dewan perwakilannya, Capitol Hill diikuti dengan Jabatan Negara.


Komen wa : Masa tengok aksi kapal terbang langgar bangunan tu terasa macam tak percaya. Macam dalam filem Hollywood. Mula-mula ada yang bersorak bila dapat tahu Amerika Syarikat diserang, namun sorakan tu bertukar dengan perasaan simpati. Hampir 3000 orang mati. Yang pasti, serangan tersebut dieksploitasi dan dijadikan alasan oleh AS untuk serang Afghanistan dan Iraq. Akibatnya, lagi ramai yang mati daaaa....



11 September 2002 : Ketiadaan pendatang jejas jualan Maggie, Milo (klik sini)


PETALING JAYA 11 Sept. - Penghantaran pulang pekerja asing tanpa izin ke negara masing-masing telah memberi `kesan mengejut' terhadap jualan produk Nestle seperti mi Maggie dan Milo pada separuh pertama tahun ini.

Pengarah Urusan Nestle (M) Bhd. (Nestle Malaysia), Jose Lopez berkata, pihaknya mendapati rangkaian bekalan produknya tidak bergerak secara konsisten sejak proses penghantaran pulang pendatang asing dilakukan.


Komen wa : Aiseh...sampai begitu sekali kesannya. Nampak sangat geng-geng PATI ni kuat makan megi. Wa mau tanya, kalau semua student IPTA dan IPTS bercuti semester, ada effect macam ni jugak ka pada pasaran megi?



11 September 2003 : Pelbagai pihak kecam sikap Business Week (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pelbagai pihak hari ini mengecam majalah antarabangsa Business Week yang bersikap biadap dan angkuh dengan mengugut untuk menulis laporan memburuk-burukkan Malaysia dan kepimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad selepas Perdana Menteri enggan ditemu bual oleh mereka.

Menurut mereka, ancaman seperti itu merupakan sebahagian daripada amalan budaya pengganas dan majalah berkenaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia.


Komen wa : Langsung tak terkejut dengan berita ni. Memang begitu layanan media antarabangsa pada pemimpin Malaysia terutamanya Tun Dr M. Lainlah kalau Anwar Ibrahim. Anwar mendapat publisiti yang sangat positif daripada media antarabangsa, sebaliknya menulis perkara buruk mengenai dirinya (Dr. Mahathir). Bukankah itu tidak adil?



11 September 2004 : Pemuda UMNO tolak Anwar (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO menolak sebarang usaha atau rancangan oleh mana-mana pihak untuk membawa kembali Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Penolong setiausaha pergerakan itu, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, sebagai sebuah parti Melayu teras yang memperjuangkan agenda besar bangsa dan negara, UMNO seharusnya bebas daripada dianggotai oleh pemimpin yang pernah menggerakkan usaha untuk `menjatuhkan kerajaan yang sah'.


Komen wa : Wa setuju. Jangan terima musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging. Reject!



11 September 2005 : Pas tidak setuju tindakan DAP iktiraf PKM (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pas tidak bersetuju dengan tindakan DAP mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PKM mengambil pendekatan keganasan dan mempunyai agenda untuk mengundang penjajahan baru komunisme di tanah air ketika itu.


Komen wa : PAS dah berubah. Dulu lain, sekarang lain. DAP dipeluk erat. Semua boleh belaka demi kuasa dan jawatan. Tengoklah apa yang PAS dah buat di Perak dan Selangor tu...



11 September 2006 : Tiada peraturan jawatan PM, MB kekal sepanjang hayat – Najib (klik sini)


BENTONG 11 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada peraturan dalam mana-mana parti yang menetapkan bahawa seseorang yang menjawat jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh mengekalkannya sepanjang hayat.

Komen wa : Teringat seorang MB di Kelantan. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih...


11 September 2007 : Lucut kerakyatan perusuh bakar Jalur Gemilang (klik sini)

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mahu perusuh yang membakar Jalur Gemilang semasa rusuhan di Jalan Sultan Mahmoud, Kuala Terengganu kelmarin dilucutkan kerakyatannya.Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) menegaskan Jalur Gemilang adalah maruah negara dan tindakan membakar bendera itu merupakan satu penghinaan terhadap Malaysia.

Komen wa : Setuju! Tapi kalau mamat tu dilucutkan kerakyatan, dia nak jadi rakyat negara mana? :) Benderaku dan Negaraku, kalau tidak menghormati kedua- dua simbol negara ini mereka boleh berambus dari Malaysia.


11 September 2008 : Teresa ditahan di bawah ISA (klik sini)

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pukul 11.20 malam ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan itu di bawah Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Komen wa : "It's seems like dog food"

Itulah sedikit kisah 11 September. Lain tahun lain ceritanya. Apa pulak cerita menarik 11 September 2009? Kita nantikan...

p/s : Tahniah kepada kakitangan awam kumpulan sokongan yang menerima sumbangan duit raya daripada kerajaan. Lepas ni anda perlulah tingatkan produktiviti, elakkan kontroversi dan kurangkan melayari facebook di office :)

Monday, September 7, 2009

Menjelang 16 Sept : Rakyat tak pernah lupa !

Pada tahun 2008, 31 Ogos pun boleh tenggelam. Ini semua 16 September punya pasal. Mana-mana tempat atau ceruk kampung, kedai kopi, pasar tani malah kat lobi hotel pun orang duk sibuk cerita pasal 16 September.

Orang cakap pada tarikh tersebut,kemungkinan berlaku satu kejutan dalam dunia politik negara. Kejutan macam mana? Bagi mereka yang angau, 16 Sept tu seolah-olah macam satu ’penawar yang menceriakan’.

Sekarang,sesiapun tak pernah lupa. Tanya la kawan, jiran,atau member sepejabat pasal 16 Sept 2008, pasti mereka akan cakap "kami tak pernah lupa!"

Kenapa 16 Sept 2008 menjadi tumpuan?

Kerana pada tarikh itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kurang daripada sebulan selepas pilihan raya umum, mendakwa beliau mempunyai sejumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi mahu melompat parti menyertai pakatan pembangkang yang dianggotai Pas, DAP dan PKR yang menamakan gabungan parti sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Untuk makluman, pembangkang hanya memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi bagi "menumbangkan" kerajaan BN dan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Anwar juga penuh yakin menyatakan bahawa pakatan pembangkang akan "mengambil alih" pusat pentadbiran Putrajaya pada 16 September semasa bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu, dengan slogannya "Dari Permatang Pauh ke Putrajaya".

Beliau menguatkan lagi ramalan berkenaan selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.
"Ya. Kami mempunyai angka yang mencukupi, terutama daripada UMNO (parti yang menjadi tunjang BN). Saya akan mengumumkannya (lompat parti) selepas saya kembali ke Parlimen," kata bekas Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara berkenaan waktu itu.

Rakyat tak pernah lupa kata-kata Anwar. ”We have the number”. Menjelang 16 Sep 2008, kata-kata tersebut masih diucap berulang kali. ”We have the number, we have the number”.

Anwar kembali ke Parlimen pada 28 Ogos 2008, dua hari selepas beliau memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi masih tetap enggan memberitahu apa yang dikatakan "pembelotan" dan hanya menyatakan, beliau masih di landasan yang betul bagi mencapai impiannya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

"Saya akan hanya menamakan mereka pada masa yang sesuai. Inilah yang telah dipersetujui... perjanjian dengan rakan-rakan saya (Ahli Parlimen BN berkaitan)," kata Anwar pada 6 September di Jakarta, teguh dengan cita-citanya membentuk Kerajaan Malaysia yang baru pada 16 September dan beliau yakin tidak menghadapi masalah untuk merealisasikan impiannya itu.

Sejurus selepas mengumumkan beliau mempunyai Ahli Parlimen BN, Anwar yang dipecat daripada kerajaan pada 1998 ekoran tuduhan liwat dan menyalahgunakan kuasa, mendakwa kebanyakan Ahli Parlimen yang akan berpaling tadah adalah dari Sabah dan Sarawak.

Namun, semakin tarikh 16 September menjelang tiba, beliau berkata, pucuk pimpinan kerajaan pasti terkejut kerana Ahli Parlimen yang "bertukar kapal" kebanyakannya adalah daripada UMNO atau parti komponen BN yang bertapak di Semenanjung.

Inilah fantasia bulan madu 16 September ciptaan Anwar. Tiada nama dan tiada senarai mengenai mana-mana Ahli Parlimen yang akan melompat parti. Walaupun hampir setahun berlalu, sampai sekarang senarai tersebut masih tersorok. Tiada siapa yang tahu. Bila berucap depan rakyat, macam nak runtuh pentas ceramah tapi tiada apa. Kosong belaka! Sekadar gembar-gembur bahawa Anwar akan membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri ke enam Malaysia.

Moralnya, tembelang serta kepura-puraan beliau ditelanjangkan. Ini kerana tiada lagi alasan dan hujah peristiwa 16 September tidak berlaku. Pada waktu tersebut, sudah semestinya pelbagai alasan akan keluar. Itu tak betul, itu salah bla bla bla...

Dulu, Anwar selalu cakap ”We have the number”. Ya betul, memang Anwar ada nombornya...

3 Adun Pakatan Rakyat di Perak isytihar keluar parti (klik sini)

1 Adun UMNO masuk PKR di Perak tapi bertindak keluar dan masuk kembali ke dalam UMNO (klik sini)

1 Adun PKR di Kedah keluar parti (klik sini)

Dan apabila 16 September 2008 melabuhkan tirainya, baru rakyat tahu dan sedar. Siapa sebenarnya yang berlagak seperti primadona!

Saturday, September 5, 2009

Khalid & The Gang tak terdaya hadapi kebebasan bersuara yang 'diperjuangkan' oleh Anwar Ibrahim


Berucap pada program lawatan ke negeri Pahang dalam majlis Jamuan Teh, di Kampong Bukit Pak Silap pada 18 Ogos 2007, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan bait-bait berikut : (klik sini)



“Kita sudah merdeka 50 tahun. Apa makna kemerdekaan jika kita tidak boleh bersuara. Apa erti kemerdekaan jika kita merasakan diri kita tidak ada hak ke atas negara ini. Sebab itu sebagai rakyat kita kena tahu hak kita. Kita kena berjuang membela hak kita,” katanya.

Anwar turut mengesa rakyat agar lebih berani memperjuangkan kebebasan bersuara kerana jika tidak berbuat demikian tidak ada ertinya negara mencapai kemerdekaan selama 50 tahun.

Ya betulll tu Anwar...apa gunanya kemerdekaan jika kita tidak berani memperjuangkan hak serta kebebasan bersuara. Jangan jadi bacul macam Si Kitul..jangan jadi pengecut macam Si....put (sori..penulis takde idea).

Bukan setakat itu sahaja perjuangan Anwar Ibrahim mengenai kebebasan bersuara, malah kempen tersebut turut dipanjangkan dalam blog beliau dengan artikel yang bertajuk Perutusan Hari Kebebasan Akhbar(klik sini) .

Antara bait-bait tulisan beliau yang boleh penulis petik daripada artikel tersebut adalah...


"Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa"....

lagi...


"Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat".

Nah...sungguh padu dan mantap seruanmu wahai Anwar Ibrahim. Maka lahirlah generasi yang berani dalam memperjuangkan hak kebebasan bersuara di negara ini atas alasan kononnya mahukan keadilan..mahukan pembelaan. Anwar Ibrahim pasti berbangga kerana seruan beliau mengenai kebebasan bersuara disahut oleh sebilangan rakyat Malaysia.





Kebebasan bersuara BERSIH - "Berani tapi malu".



Kebebasan bersuara ANTI PPSMI - " Keranda tanpa mayat dijulang"



Kebebasan bersuara Pindahkan Kuil - "Kepala Lembu jadi simbolik"

Kebebasan bersuara tidak berhenti setakat itu sahaja. Pada 5 Sepember 2009, pendekatan ini diambil oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendengar suara hati, rintihan dan bantahan yang dikemukakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung dengan isu kuil dikawasan tersebut.

Turut hadir dalam sesi dialog(versi kebebasan bersuara Anwar Ibrahim) itu ialah Exco kerajaan negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Othman Omar.

Namun, kusangka panas hingga ke petang namun hujan beserta ribut petir ditambah sedikit taufan melanda Khalid Ibrahim. Beliau menerima layanan sewajarnya atas tiket 'kebebasan bersuara'.

'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ serta macam-macam kata kesat menyelubungi Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam dimana berlangsung sesi dialog Khalid Ibrahim dengan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil.Kira-kira 300 penduduk termasuk 40 kaum India hadir dailog itu.

Kalangan yang berang dengan keputusan kerajaan negeri hendak bina kuil Hindu dekat kawasan perumahan mereka juga boo kearah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.Malah satu ketika seorang penduduk tunjuk tapak kasut kearah Khalid dan ramai yang menjerit ‘ penipu’ semasa Rodziah berucap.(klik sini dan sini)

Dailog selama sejam itu berakhir tanpa apa-apa keputusan dibuat.Sebelum itu penduduk tidak endahkan jaminan Menteri Besar kata nak kaji balik keputusan. Suasana juga agak tegang bila wakil penduduk India tetap mahukan kuil di Sek 23.Ia jadi lebih hangat bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari.

KECOH...Tiada keputusan yang dapat dicapai dalam sesi dialog yang diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama penduduk di Seksyen 23 Shah Alam mengenai penempatan semula isu kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Sebaliknya berlaku kekecohan ketika sesi dialog tersebut berlangsung.

Kesian...apalah nasibmu. Khalid Ibrahim & The Gang tak terdaya menghadapi 'kebebasan bersuara' penduduk Seksyen 23. Umpama ludah ke langit, kena muka sendiri.

Penulis cuma boleh cakap padan muka korang.

Adakah Anwar Ibrahim menyokong kebebasan bersuara ini? Ataupun hanya melepaskan batuk di tangga dalam mempertahankannya. Berlagak macam primadona. Macam cakap dia saja yang betul. Jangan pula anda mengenepikan hak bersuara rakyat dalam negeri yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat itu sendiri.

Khalid Ibrahim, yang mana lebih tajam, pedang atau lidah? Anda sudah rasa penangannya bukan? Jika anda masih belum sedar, maka kebebasan bersuara akan terus menjadi tunggangan yang diperalatkan.


Submarine ini kita yang punya..









KEKUATAN DASAR LAUT...

Berbekalkan dengan 2 buah kapal selam ini, Malaysia yang sentiasa mengutamakan meja perundingan dalam menghadapi sebarang krisis atau konflik sememangnya akan lebih dihormati dan juga lebih bersedia melindungi diri sendiri jika diancam secara kekerasan.
Yang pasti, selepas ini makin ramai kanak-kanak Malaysia yang bercita-cita mahu menjadi pilot kapal selam Malaysia. Kita yang sudah dewasa ni mana mungkin berpeluang untuk masuk atau bekerja di dalam sana kecuali kalau ada majlis 'kapal selam terbuka'(mirip rumah terbuka). Kita sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan kemajuan yang dimiliki oleh TLDM.
Walau apa sahaja cabaran yang dihadapi anggota tentera untuk mengendalikan kapal selam, sudah tentu ia menjadi satu kejayaan kepada negara ini yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk melindungi kedaulatan negara.

"Semoga Allah merahmati dan melindungi semua yang belayar bersamanya"...Amin....

Thursday, September 3, 2009

Sidang Dun Hotel : Adegan yang dirancang?

Kononnya nak buat sidang DUN di Bangunan SUK. Siap berjalan kaki beramai-ramai dari luar pejabat DAP menuju tempat bersidang. Ingatkan nak berlagak skema ketika berjalan, tapi masih sempat melambai-lambai tangan kepada penonton yang berada di tepi jalan, atas bangunan, dalam restoran. Aiseh..berlagak seperti primadona. Macam cakap mereka saja yang betul.


Maka bertambahlah aksi primadona mereka bila ada puluhan jurugambar/media ambil gambar aksi mereka itu. Malah bertambah ummpphh lah aksi primadona apabila ditahan dan disuruh bersurai oleh pihak polis.


Sekali tengok, mereka macam bersungguh-sungguh benar mahu mengadakan sidang DUN di Bangunan SUK. Tapi takpa..masih ada plan B. "Kita buat-buat mau gaduh dengan polis. Kita provok sama polis. Kalau polis tanya, kita cakap ini hak rakyat..ini kehendak rakyat...rakyat sokong kita".


Polis masih berkeras mahu menghalang perarakan ke Bangunan SUK. 7 orang ditangkap termasuk 3 ahli DUN. Nahhh..polis dah masuk perangkap yang dirancang. Lepas ni, berita pasal penangkapan mereka akan dihebahkan. Satu dunia akan tahu. "The World Is Watching". Hari ni Associated Press telah keluarkan artikel berikut - 3 Malaysian lawmakers detained in power dispute. Yes..berjaya! Kita boleh minta simpati dunia.


Dalam tengah kecoh-kecoh tu,tup..tup..laluan perarakan diubah. Bukan ke Bangunan SUK, tapi ke Hotel Heritage.


Helloo...skrg cuti-cuti Malaysia ka mau masuk hotel? Tak puasa ka mau makan dalam hotel di siang hari? Ohh tidak..tekaan kita salah. Rupa-rupanya sidang DUN diubah tempatnya ke Hotel Heritage. Cepat sungguh fasiliti di set up oleh pihak hotel. Macam tau-tau saja. Apa? Sudah ditempah dari awal?


p/s - Selepas insiden tersebut, Hotel Heritage telah popular dalam sekelip mata :)

Tuesday, September 1, 2009

Harga Minyak : Sukarnya menjadi pembuat keputusan..

Penulis agak lewat (kurang 48 jam) dalam memberikan maklumbalas berhubung dengan penetapan harga minyak yang baru oleh kerajaan. Rasanya masih sempat untuk penulis memberi sedikit komen berhubung dengan perkara ini.

Penulis ambil beberapa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan penetapan harga baru petrol antaranya adalah....


''Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009"

''Dengan jangkaan jualan RON95 sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan jualan petrol di Malaysia, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan untuk rakyat negara ini manakala subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON97 ialah 42.72 sen seliter''

Komen penulis..

Bagi sesetengah rakyat, adakah mereka peduli akan punca sebenar kerajaan menetapkan harga baru bagi petrol? Adakah mereka akan mendengar penjelasan yang diberikan oleh kerajaan? Adakah mereka tahu bahawa keputusan kerajaan itu berpandukan kepada persekitaran global?

Rakyat tak peduli apa yang dijelaskan oleh kerajaan. Mereka akan tetap mengatakan kerajaan tak menjaga kebajikan rakyat..kerajaan pentingkan laba..kerajaan itu..kerajaan ini...bla bla bla

Dalam hal ini, penulis cuba meletakkan diri penulis sebagai kerajaan. Penulis cuba mendalami tentang dilema yang dihadapi oleh kerajaan sebagai badan pembuat keputusan. Ini bukan dilema biasa. Ini adalah dilema yang mampu merencanakan survivaliti sesebuah kerajaan.

Wujud persoalan..sejauh mana kesukaran sesebuah kerajaan itu membuat keputusan supaya wujud situasi menang-menang (win win situation) antara rakyat dan juga bagi pihak kerajaan?


Terasa insaf bila dapat menyelami erti betapa besarnya dilema yang dihadapi oleh kerajaan dalam membuat keputusan bagi memuaskan hati semua pihak, malah tanpa mengguris serta menyakitkan sekelumit hati pun rakyat di negara ini.