Wednesday, May 25, 2011
Subsidi : Mereka yang berada di kerusi empuk sahaja yang buat keputusan
Tuesday, May 24, 2011
CEUPACS dikritik lagi
Hari ini, CEUPACS sekali lagi dikritik.
Semuanya gara-gara saranan Presidennya agar usia bersara wajib bagi penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Tidak wajar usia bersara hingga 60 tahun
Gombak, Selangor
SAYA sebagai kakitangan awam tidak bersetuju dengan saranan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Othman, agar usia bersara wajib penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Pendapat atau cadangan Omar kadang kala 'agak menghiburkan hati' penjawat awam yang diwakili oleh badan berkenaan.
Tetapi ada masanya 'agak menjengkelkan' dengan idea yang hanya indah dalam bentuk angan-angan tetapi mengarut jika dijadikan kenyataan!
Pada asalnya usia bersara wajib penjawat awam ialah 55 tahun. Kemudian ditambah setahun lagi menjadi 56 tahun dan terakhir dipanjangkan pula menjadi 58 tahun mulai 2007. Kini mahu dilanjutkan pula sehingga usia 60 tahun?
Faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia sebenarnya masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki oleh negara-negara maju, walaupun Presiden CUEPACS cuba menafikannya.
Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi 'pelupa', 'merasa diri telah amat tua' dan 'menjadi perlahan dalam serba-serbi'.
Ini belum diambil kira golongan yang telah dihinggapi penyakit 'terkenal' dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun.
Apakah tuntutan Presiden CUEPACS tersebut hanya semata-mata bersandarkan kepada alasan untuk 'melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam' yang rata-rata banyak menanggung beban hutang?
Misalnya hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak, insurans kesihatan, kemalangan dan lain-lain?
Dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka, sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan?
Bagaimana dengan generasi anak-anak muda yang baharu hendak mencari penghidupan?
Perlukah mereka menunggu sehingga orang lama yang sudah lelah ini meninggal dunia terlebih dahulu baharu peluang kerja akan terbuka untuk mereka?
CUEPACS sebagai badan induk yang diwujudkan untuk menyuarakan hasrat kakitangan awam, sekali gus membela nasib mereka, ada masanya kelihatan bagaikan dipengaruhi oleh 'golongan tertentu' atau pun 'isu tertentu' sahaja.
Isu pelarasan gaji kakitangan awam tanpa mengira gred yang dilaung-laungkan oleh presidennya, sebagai contoh, boleh dikatakan relevan dan dialu-alukan memandangkan kos sara hidup meningkat berkali-kali ganda hanya dalam tempoh setahun.
Harga petrol dan diesel kerap kali naik. Apabila ini berlaku, harga barangan keperluan harian secara langsung akan ikut naik.
Bayangkan bagaimanakah kakitangan awam gred bawahan terpaksa berdepan dengan keperitan hidup apabila kos barangan dan perkhidmatan melonjak naik bebarapa kali setahun, sedangkan anjakan gaji tahunan mereka tidak sampai RM50?
Perkara ini yang lebih perlu difokuskan oleh CUEPACS, bukan tuntutan untuk melanjutkan usia bersara wajib sehingga 60 tahun!
Jika ini dipenuhi, adakah pada tahun-tahun akan datang akan diminta agar usia persaraan dilanjutkan sehingga 65 tahun pula?
Monday, May 23, 2011
Ranking Arak : Ucapan tahniah patut diberikan kepada.....
Wednesday, May 18, 2011
Wikileaks keluarkan cerita 'pembunuhan Altantuya' sejurus tandatangan MOU dengan Raja Petra
Bila Malaysiakini keluarkan berita di bawah ni, saya langsung tak terkejut beruk. Percayalah..beruk pun tak terkejut macam saya.
Sabtu lepas, blog ini telah dedahkan satu 'perjanjian persefahaman atau MOU' yang telah ditandatangan antara Julian Assange (Wikileaks) dan Raja Petra Kamaruddin(Malaysia Today).
Untuk tujuan apa? Apa relevannya MOU tersebut?
Kita boleh cabar Raja Petra untuk dedahkan isi kandungan MOU tu kalau boleh. Apa maklumat yang dikongsi? Berkualiti atau sahihkah maklumat yang diberikan?
Kita tau siapa Raja Petra sebenarnya. Kita tau sangat-sangat.
Kini kita sudah ada jawapan. Game 'pembunuhan Altantuya' kembali dimainkan.
Raja Petra dan Altantuya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagi irama dan lagu. Lagipun, itu saja modal yang Raja Petra ada untuk terus hidup.
Kesian Julian Assange..tak pasai-pasai kena auta.
Benarkah CEUPACS hanya memperjuangkan kelompok tertentu?
KENYATAAN CUEPACS memohon kenaikan elaun perumahan (ETP) gred 1 hingga 40 daripada RM180 kepada RM350 manakala elaun perumahan untuk gred 41 dan ke atas dikekalkan mengejutkan ramai pihak.
Elaun ETP yang diminta CUEPACS sebanyak RM350 akan menjadikan elaun gred 1-40 lebih tinggi daripada pegawai mereka sedangkan bayaran ETP yang diterima kakitangan gred 41 hanya RM250.
Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus.
Setiap kali tuntutan dikemukakan CUEPACS hanya untuk golongan sokongan, seolah-olah ia berjuang untuk kepentingan kelompok itu sahaja. Selalu gred 41 tersisih dan tidak mendapat manfaat sewajarnya.
Diharapkan CEUPACS lebih adil dalam memperjuangkan semua golongan penjawat awam.
SANG ALGOLJO
Merlimau, Melaka
Tuesday, May 17, 2011
Tahniah Tan Sri

Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985 berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.
"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, Isnin.
Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak. -Mstar
Monday, May 16, 2011
Tweet pertama Anwar Ibrahim selepas keputusan kes dibaca oleh Tuan Hakim
Soalan saya..kenapa Anwar perlu kesal dengan penghakiman?
Anwar patut selidik sebelum cepat jatuh cukup pada sistem.
Pihak yang perlu dikesalkan oleh Anwar tak lain tak bukan adalah team pembelaannya yang diketuai oleh Karpal Singh.
Cuba check balik apa kata Tuan Hakim tadi.
Pertama, keterangan Mohd Saiful Bukhari boleh dipercayai.
Kedua, kejadian liwat itu benar-benar berlaku.
Dan ketiga, tiada apa yang disoal ketika soal balas bagi menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Ini point paling penting.
Maksudnya disini..team pembelaan Anwar 'tak buat kerja'. Mahkamah dah beri peluang pada team Anwar untuk soal balas tapi ...tiada apa pun yang dibuat.
Anwar tak boleh terus mainkan sentimen "tiada ruang bela diri". Lagipun mahkamah dah tetapkan 6-30 Jun untuk menyambung perbicaraan kes liwatnya. Hm..lagi pening lah kepala Karpal Singh.
Wikileaks dan Malaysia Today menandatangani MOU !! Untuk apa??
The Memorandum of Understanding between Wikileaks and Malaysia Today is signed, sealed and deliveredUntuk apa MOU ditandatangan antara Wikileaks & Malaysian Today?
Satu dunia tahu siapa Wikileaks.
Kita pun tahu siapa sebenarnya Raja Petra.
Pihak berkuasa tolong siasat dan pantau.
Saturday, May 14, 2011
Kalau dah video itu sahih…lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah-Timbalan Ketua Polis Negara
"Polis telah terima laporan pakar luar dan ia mengukuhkan keterangan pakar tempatan mengenai kesahihan video tersebut,"kata Timbalan Ketua Polis Negara.
"Apa yang saya boleh katakan, kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah," katanya berjenaka ketika menjawab satu soalan lain.
Selanjutnya, anda boleh baca di Agenda Daily. Klik SINI.
Sebelum ini, pakar tempatan sudah sahkan bahawa video seks itu tulen dan bukannya super impose. Agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan juga telah menganalisis rakaman video tersebut dan keputusannya positif. Pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Lelaki Y.
Terbaru, sebuah agensi penyiaran swasta di Amerika Syarikat juga mengesahkan bahawa rakaman tersebut tulen dan sahih.
Apa nak dikato? Jom buat solat hajat lagi. Kebenaran tetap akan menjelma.
Giler Kentang !! Blogger.com sudah pulih.
Semalam, operasi blogger.com mengalami masalah.
Langsung tak dapat nak posting artikel atau tulis komen.
Dasyat..dasyat !
Bila blog crashed, rasa macam dunia terhenti seketika.
Tak dapat kita nak perolehi maklumat terbaru.
Apa pun, blogger.com dah kembali pulih hari ni.
Boleh sambung tulis artikel. Boleh sambung usik dan gentel Brader Anwar & Juak-Juaknya. Hehe
Thursday, May 12, 2011
Tawan Putrajaya : Bolehkah DAP rampas undi Melayu dari tangan UMNO?
AKHBAR China Press melalui ruangan perbincangan umum rakyat pada 8 Mei 2011 pula menceritakan tsunami politik yang sudah tidak hangat lagi. Dengan tajuk ‘Realitinya Keadaan Politik Di Malaysia’, penulis Goh Chee Chong berkongsi situasi politik selepas Mac 2008 yang telah berubah normal seperti sediakala buat masa ini, seperti berikut:
Model politik rasis di Malaysia pada dasarnya kekal tiada perubahan. Pada tsunami politik 2008, keadaan pada masa itu pada dasarnya semua kaum dalam keadaan sedang ‘menentang’ kerajaan kecuali kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Jika kita lihat dari segi keseluruhanya, undi orang Cina secara tradisinya berpihak kepada Pakatan Rakyat, undi kaum India juga berpihak kepada Pakatan Rakyat apabila timbul isu Hindraf tetapi hanya sedikit undi Melayu memihak Pakatan Rakyat. Undi Melayu memberi laluan pada BN terus kekal berkuasa di kerajaan Pusat.
Undi Melayu Telah Banyak Kembali Kepada BN
Mengikut satu petikan laporan, undi Melayu telah banyak kembali kepada BN, undi kaum India oleh kerana pihak Hindraf dingin juga kembali pada BN, undi orang Cina masih kekal dan tetap menyokong pakatan pembangkang tetapi kini kelihatan mula goyang.
Mengikut keadaan sekarang ini, dijangka BN akan dapat habuan besar dari kawasan Melayu, terus kekal memerintah tanpa sebarang halangan dan dijangka dapat majoriti 2/3 di Parlimen.
Di kawasan pengundi Cina yang lebih ramai, mungkin BN akan kalah lebih teruk daripada 2008. SUPP alami keadaan itu, lambat-laun mungkin akan berlaku pada MCA dan parti Gerakan di Semenanjung.
Apabila sekutu-sekutu BN semua telah kecundang, keseluruhan BN akan terdiri daripada UMNO. Di situ akan berlaku satu keadaan orang Melayu memerintah dan orang Cina jadi pembangkang.
Di dalam dewan Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri tidak nampak wakil-wakil parti Cina yang boleh mewakili kaum Cina kecuali dilantik dengan cara yang lain. Pada masa itu, apa yang akan berlaku pada masyarakat Cina, kita tunggu dan lihat apa yang akan dirasai oleh masyarakat Cina itu sendiri.
Orang Melayu Memerintah Dan Orang Cina Pembangkang
Pengundi Cina tidak mahu lihat berlakunya fenomena “orang Melayu memerintah dan orang Cina jadi pembangkang”. Pengundi-pengundi Cina percaya dan tidak berganjak, satu hari nanti pakatan pembangkang akan dapat lepasi pemikiran yang dibelenggu dengan isu perkauman dan zahirkan semua orang ‘sama rata’ dalam masyarakat ini.
Kejayaan pakatan pembangkang merampas lima negeri pada PRU lepas memberi harapan pada orang Cina. Penulis anggap pada PRU akan datang, Perak dan Selangor menjadi satu ukuran terhadap keyakinan masyararakat Cina nanti. Jika kedua-dua negeri itu jatuh ke tangan BN, harapan masyarakat Cina mahu pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya pasti merudum.
Jika benar pakatan pembangkang berhasrat mahu melangkah ke Putrajaya, mereka perlu rampas pengundi Melayu dari tangan UMNO, tapi bagaimana? Yang dikhuatiri, bukan sahaja pakatan pembangkang tidak dapat ubah pemikiran orang Melayu, sebaliknya nanti mereka sendiri terikut-ikut pemikiran orang Melayu dan kembali semula kepada jalan lama UMNO.
Anugerah Tokoh Melayu Terbilang - Komen Penerima Anugerah
Ahli falsafah Islam, Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas berkata "Saya dapati perjuangan UMNO sudah mulai ada keinsafan terutamanya soal adat. Ia penting sebab adat itu ilmu, ilmu yang bukan boleh dipelajari di universiti tetapi diturunkan kepada ibu bapa".
Pakar astrofizik Prof Datuk Dr Mazlan Othman pula berkata "Saya amat bangga anugerah ini saya terima daripada UMNO kerana UMNO selama ini membela nasib Melayu termasuk saya. Ini juga hadiah khas untuk wanita yang merupakan langkah progresif dan saya harap ia akan dapat diteruskan."
Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.
Wednesday, May 11, 2011
Tunku Abdul Rahman 1988 - Penubuhan Awal UMNO
Blog ini mengucapkan selamat ulangtahun yang ke 65 kepada UMNO.
Teruskan bersatu, bersetia dan berkhidmat demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Allahuakbar !!
Gara-gara rambut, pemain bola dibuang padang
Gara-gara gaya rambut ala paku yang tajam, seorang pemain bola sepak dibuang padang oleh pengadil semasa perlawanan liga di Melbourne yang berlangsung minggu lalu.
Nathan Van Someren pada mulanya dilayangkan kad kuning ketika pasukannya, Simpson menentang Daerah Otway di Colac.
“Sebelum perlawanan berlangsung pengadil menyatakan saya tidak boleh bermain dengan gaya rambut sebegini kerana ia membahayakan pemain lain,” kata Van Someren.
“Kami semua menyangka ia hanya gurauan, kerana sebelum itu beberapa orang pengadil turut secara berjenaka menegur rambut saya.
“Saya sempat bermain sehingga masuk separuh masa kedua sebelum dibuang padang kerana alasan rambut yang membahayakan,” katanya.
Van Someren, 25, bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk menukar gaya rambutnya kerana pegawai perlawanan kemudiannya memutuskan tindakan pengadil itu adalah salah. - UtusanTuesday, May 10, 2011
Shamsul AMK dah jadi Detektif Conan. "Insiden sabotaj ini tentunya ejen BN" !!
Malaysiakini menulis : Pemandu Syak Kenderaan Anwar Disabotaj
Itu adalah tajuk berita Malaysiakini yang kelihatan seperti satu kenyataan sebab tiada tanda soal diletakkan.
Maknanya di sini, kenderaan Anwar memang sah disabotaj walaupun pihak polis belum buka kertas siasatan.
Yang di bawah ni lagi hebat. Tak sangka pula orang dalam PKR ada bakat jadi Detektif Conan.
"Saspek terbesar insiden sabotaj ini tentunya ejen BN! ". Itu kata Detektif Conan Ketot.




