Sunday, July 4, 2010

Tschuss Maradona !!

Tschuss Maradona bermaksud bye-bye Maradona.

4-0??? Oh...macam tidak percaya. Ini konspirasi. SPRM tolong siasat !!

Klose : Siapa nak ikut aku pegi dangdut lepas abis match ni?
Ozil dan Muller : Aku nak ikut..aku nak ikut.

Adeh..dah le kena belasah. Abis duit judi aku.

Nasib baik kalah. Tak payah la aku nak berlari bogel kat Buenos Aires.
Hehe.. (sambil buat muka sedih)


Jom kita balik kampung..tak payah mandi. Kita terus pegi airport.
Pesawat dah tunggu.

Saturday, July 3, 2010

Eh...Brazil bertemu Ghana???

Sungguh menyedihkan. Tiada siapa pun yang bersedia untuk kalah.

Brazil akan bertemu dengan Ghana pada pagi Ahad, bukan di separuh akhir tetapi ‘di lapangan terbang untuk pulang ke negara masing-masing’.

Selamat jalan Brazil. Jumpa lagi di edisi Piala Dunia akan datang.

Friday, July 2, 2010

Ariel dan Luna Maya

Posting ini cuba untuk memberikan gambaran buat anda mengenai apakah video Ariel dan Luna Maya sememangnya adalah mereka berdua atau mirip sahaja. Ada sumber mengatakan bahawa video tersebut 90% adalah mirip Ariel dan Luna Maya.



----------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------



Anwar 'beraksi' lagi di muka hadapan Utusan Malaysia



Pendedahan mengenai Anwar Ibrahim terus dibongkar dan diterjah oleh Utusan Malaysia. Syabas! Seterusnya, baca sini.

Thursday, July 1, 2010

Adakah rumah Dato' Idris Harun masih wujud?


Ketika berlakunya peristiwa 13 Mei, orang Melayu berkumpul di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO. Di sinilah terletaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Idris Harun. Rumah ini telah menjadi saksi kebangkitan perjuangan sebuah bangsa.

Adakah rumah yang pernah menjadi tempat orang Melayu berkumpul ini masih wujud? Masih teguh berdirikah ia, atau sudah runtuh menyembah bumi? Jika rumah ini sudah tiada, kita seharusnya berasa kesal.

Orang lain mungkin melihat ia sekadar sebuah rumah biasa, Tapi kita harus faham bahawa rumah ini bukan sebarangan rumah. Rumah Dato’ Harun Idris ini sepatutnya di angkat menjadi simbol perjuangan bangsanya di Selangor. Rumah ini patut dipertahankan dan dijadikan sebuah memorial untuk anak bangsanya belajar agar tidak lupa, mudah lupa dan terus melupa.

Hari ini blogger GAP aka Gerakan Anti PKR telah menceritakan kisah perjuangan Almarhum Dato’ Harun yang mahu menegakkan martabat dan maruah bangsanya di bumi Selangor. Baca artikel GAP disini.


Bocor maklumat?

1.7.2010 sekitar jam 10.45 pagi. Nik Nazmi mendedahkan satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Penguat kuasa MBPJ dalam twitter beliau.



Adakah Nik Nazmi membocorkan maklumat mengenai serbuan yang dilakukan?


Berita di atas dipetik daripada Utusan Malaysia.


Blog AIDC di Utusan Malaysia hari ini


Berita mengenai Anwar Ibrahim menghiasi muka depan Utusan Malaysia hari ini. Seterusnya, baca sini.