
Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas.
Alhamdulillah. Terima kasih Peguam Negara.
Teruskan perjuanganmu Saiful Bukhari. Yang hak terus berdiri.
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat aduan seorang pekerja di sebuah pasar raya seperti yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia, 18 Januari 2012.
Berdasarkan aduan itu, juruwang di pasar raya itu telah diarahkan oleh pihak pengurusannya supaya memegang daging babi tanpa berlapik. Perkara ini amat sensitif bagi orang Islam.
Kebanyakan pasar raya di negara ini mempunyai ruangan khas untuk meletakkan barang jualan tidak halal bagi memisahkannya dengan barang lain tetapi mungkin tidak mempunyai kaunter bayaran yang memisahkan khusus untuk menerima bayaran bagi barang tidak halal seperti yang dinyatakan dalam surat pengadu.
Semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini perlu lebih sensitif kepada agama dan budaya rakyat di negara ini dan mereka perlu menghormati agama dan budaya pekerja mereka dengan mengambil kira setiap perkara yang sensitif serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya orang lain.
Sehubungan itu, CAP mencadangkan kepada semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini agar mengadakan lorong kaunter bayaran khusus untuk membuat bayaran barang tidak halal semoga perkara yang sensitif seperti ini dapat dielakkan.
CAP turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurus dan pasar raya itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja ini.
Semua pihak perlu peka dan sensitif dalam menjaga keharmonian hubungan antara semua bangsa dan agama memandangkan kita semua berada di negara berbilang kaum dan agama.
Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa berkenaan agar tidak timbul konflik yang lebih buruk pada masa hadapan.
SAYA merujuk kepada Forum Utusan Malaysia bertarikh 18 Januari 2012 (Rabu).
Saya seorang bukan Islam yang sekurang-kurangnya mengetahui sensitiviti orang Islam mengenai daging babi yang dikategorikan haram.
Maka, orang bukan Islam perlu prihatin untuk menghindarkan penjualan, penggunaan dan pemakanan daging babi di hadapan orang Islam sebagai langkah untuk menghormati sensiviti orang Islam di negara kita.
Dalam insiden yang dihadapi Juruwang Teraniaya yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping, saya turut menaruh malu serta kesal dengan sikap pihak pengurusan atasan pasar raya itu yang kononnya meletakkan pelanggan di tempat utama, sebaliknya telah membelakangkan suasana harmoni dan tolak-ansur yang kita kecapi selama ini. Sebagai pengusaha perniagaan yang mengutamakan keuntungan, tidak dapat dinafikan bahawa organisasi perniagaan perlu mengutamakan permintaan pelanggan memandangkan persaingan kian sengit bagi perniagaan pasar raya.
Namun, apabila permintaan pelanggan jelas bercanggah dengan suasana harmoni dalam konteks masyarakat majmuk (seperti insiden dalam kes ini), maka menjadi tanggungjawab pihak pengurusan atasan pasar raya untuk menilai baik buruk langkah yang bakal diambilnya.
Saya berpendapat tindakan pengurusan atasan pasar raya dalam menegur dan mengugut pekerja Islam untuk memegang daging babi tanpa lapik merupakan arahan yang bukan sahaja tidak adil, malahan tidak munasabah terhadap pekerja Islam. Tindakan pihak atasan ini turut bercanggah dengan kontrak pekerjaan yang sedia termeterai antara majikan dengan pekerja.
Akta Kerja 1955 jelas menyenaraikan kewajipan majikan dan pekerja. Terma kontrak tersurat mewajibkan majikan membayar gaji sebagai balasan untuk pekerja yang menunaikan tanggungjawabnya di tempat kerja, membayar elaun lebih masa, memberi cuti rehat, cuti sakit dan sebagainya kepada pekerja. Manakala terma tersirat majikan adalah tidak menimbulkan suasana tegang di tempat serta tidak mengarahkan pekerja membuat tugas yang menyalahi undang-undang.
Dalam kes ini, tindakan majikan menegur dan mengugut pekerja Islam untuk memegang daging babi jelas melanggar terma kontrak tersirat majikan yang mengkehendaki majikan untuk tidak menimbulkan suasana tegang di tempat kerja. Keprihatinan majikan terhadap sensitiviti pekerja Islam terutamanya dalam hal makanan haram haruslah diberi perhatian.
Dalam konteks ini, majikan telah memecah terma kontrak tersirat yang membolehkan pekerja yang terkilan membatalkan kontrak pekerjaannya, lantas menuntut pampasan terhadap majikan seolah-olah dirinya telah dipecat.
Pada masa yang sama, insiden ini juga harus dilaporkan kepada kesatuan sekerja bagi membolehkan isu ini dipanjangkan demi perhatian pihak berkuasa. Harapannya adalah untuk mengelakkan insiden sama terjadi bukan sahaja di organisasi yang sama, malahan ia turut menjadi iktibar di organisasi lain.
Mengikut kod penjualan makanan haram di pasar raya, ia seharusnya diasingkan di suatu ruang di mana juruwang bukan Islam harus ditugaskan untuk urusan pembayaran. Dalam insiden ini, majikan telah melanggar kod etika penjualan makanan haram yang sekaligus membolehkan lesen perniagaannya digantung oleh pihak berkuasa.
Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."
Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.
Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.
Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.
Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.
Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?
Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.
Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.
Sumber- Forum Utusan Malaysia, 18.1.2012
Manakala Abdul Khalid sendiri akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Hasan sebelum ini.
Nampaknya, bukan lagi exco dari Parti Islam SeMalaysia yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor. PKR sudah mengambil alih. Siapa paling gembira? Sudah tentu tuan besar iaitu DAP.
Pelantikan itu sekaligus mengenepikan jangkaan awal bahawa jawatan berkenaan bakal diberikan kepada calon yang disebut-sebut sebelum ini iaitu ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.
Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.
Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.
"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?
"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.
Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.
Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.
"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.
Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.
"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.
"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.
Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.
Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. - BERNAMA
Pak Samad berkata, penglibatannya secara langsung dalam Bersih dapat meringankan beban yang ditanggung Ambiga.
"Sebelum ini saya hanya mengikuti dan menyokong Bersih. Tapi akhir-akhir ini saya dirasakan dapat memberikan sumbangan yang lebih."
"Jadi saya kira sudah sampai masanya juga untuk saya berikan sumbangan...mungkin juga dapat kurangkan beban Ambiga."
Oh..so sweet!
Dalam temubual dengan BBC, Anwar Ibrahim menyokong supaya dihapuskan undang-undang liwat dalam negara. Apa komen Dr Hasan Ali iaitu bekas ahli PAS?
“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar."
“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku.”
“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku."
Dr Hasan Ali betul. Dia nampak dengan jelas apa yang berlaku. Malang sekali dengan pemimpin di dalam parti PAS. Mana suara Hj Hadi? Mana suara Nik Aziz?
Kita harus faham, jika undang-undang liwat dilonggar atau dihapus maka gejala terlaknat ini akan lebih terancang di bumi Malaysia. Keadaan akan jadi lebih membimbangkan. Kelab gay dan lesbian akan lebih bertambah.
Lihat apa nasib Kaum Nabi Lut. Kaum yang mengamalkan liwat dihapuskan dari muka bumi dengan aliran larva dan gempa bumi yang dasyat sekali.
Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.
‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.
Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.
Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.
Tarikh: 8hb & 9hb Januari 2012
Tempat: Masjid Wilayah Jalan Duta
Aturcara Program:
8 Januari 2012 (Ahad)
6.30 mlm - 10.30 mlm : Pendaftaran / Solat Magrib / Tazkirah / Solat Isyak / Ceramah / Taklimat Program
9 Januari 2012 (Isnin)
4.00 pagi : Qiamullail / Solat Hajat / Tazkirah
6.00 pagi : Solat Subuh / Kuliah Subuh
7.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
8.00 pagi : Acara Penutup
Walaupun, tidak lagi menguruskan hal-hal berkaitan sampah di Selangor sejak ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri, orang ramai di Selangor tetap mengadu kepada syarikat pengurusan sampah itu.
Jenis aduan yang sering diterima adalah orang ramai merungut mengenai sampah di rumah mereka hanya dikutip seminggu sekali, berbanding tiga kali yang sepatutnya, oleh kontraktor sampah kerajaan negeri.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Zain Hassan berkata, pihaknya menerima 97 aduan sejak 16 Oktober tahun lalu sehingga Januari tahun ini.
Katanya, sebanyak 27 aduan diterima menerusi emel manakala 70 melalui panggilan telefon.
"Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai sampah yang tidak dikutip di rumah, sampah di kebun dan juga sampah yang memenuhi kawasan longkang sekitar Selangor.
"Pada bulan Oktober lalu, kebanyakan aduan yang diterima mungkin disebabkan orang ramai tidak tahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa pepejal ini. Tetapi pada bulan November sehingga kini, walaupun kebanyakan daripada mereka sudah tahu tentang pengambilalihan tersebut, aduan tetap dikemukakan kepada kami," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, lebih menyedihkan adakalanya mereka yang mengadu tidak tahu siapa yang sepatutnya menguruskan sampah dan telah meminta bantuan daripada Alam Flora untuk mendapatkan nombor yang sepatutnya mereka hubungi.
"Pihaknya tidak mampu membantu menyelesaikan aduan itu kerana kontrak syarikat itu sudah ditamatkan oleh kerajaan negeri.
"Kami tidak mampu berbuat-buat apa kerana segala hal berkaitan sampah di Selangor bukan lagi di bawah tanggungjawab kami, diharap orang ramai memahami situasi ini," ujarnya.
Katanya lagi, sehubungan itu beliau meminta orang ramai di Selangor supaya menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing berhubung masalah sampah itu.
Sementara itu, tambahnya, Alam Flora kini akan fokus kepada menjaga kebersihan di kawasan-kawasan di ibu negara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Katanya, pihaknya akan memberi komitmen sepenuhnya kepada kawasan-kawasan ini bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.
Inilah akibatnya bila kerajaan negeri buat keputusan yang tidak mementingkan kebajikan rakyat. Dulu Alam Flora dah elok-elok buat kerja, tapi ditamatkan. Lantik pula kontraktor baru yang tiada pengalaman. Sekarang rakyat sudah susah. Sampah tidak diangkat. Berapa lama lagi nak tunggu?
Kerana sampah, kerajaan negeri bakal 'binasa' dalam pilihanraya akan datang. Tunggulah!