Friday, September 23, 2011

Hudud jadi mainan politik



Karpal Singh kata "Jika mahu wujudkan negara Islam(hudud), langkah mayat kami dulu". Chua Soi Lek pula kata "Jika laksana hukum hudud, MCA akan keluar dari BN".

Masing-masing dah tunjuk belang. Nak tunjuk siapa lebih anti-hudud.


Politik punya pasal, hukum agama kita jadi mangsa.

Hudud PAS : Chua Soi Lek terjerumus ke dalamnya!


Chua Soi Lek ohh Chua Soi Lek..apa yang u mau buktikan?
Nak tunjuk MCA itu lebih anti-hudud berbanding DAP?

Haiyaa Soi Lek, ini kali u sudah jatuh lubang.UMNO belum cakap apa, u sudah bising.

Thursday, September 22, 2011

Hitler marah Jepun 2-0 Malaysia

Kata Hitler "aku tak kisah sangat kita kalah, tapi kalah tanpa serangan amat mengecewakan. Apa semua pemain dah hilang ingatan nak buat serangan ke? Bertahan sampai 10 orang pun bolos jugak!".

Saksikan video di bawah.


Wednesday, September 21, 2011

Kalau diberi tiket percuma pun, kami tak akan pergi tonton filem ni

Ini filem sulung arahan Namewee bertajuk Nasi Lemak 2.0. Ramai selebriti hebat berlakon dalam filem ni. Afdlin Shauki ada, Adibah Noor pun ada. Malang, ia langsung tak menarik perhatian kami untuk menonton.

Bukan soal filem Nasi Lemak 2.0 atau para pelakonnya tapi kerana si pengarah bernama Namewee.
Masakan kita pernah pernah lupa, bagaimana Namewee mengguris dan menyiat-nyiat hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Lagu Negaraku dihina!
Wanita Islam bertudung dizina! Azan subuh dihina!

Sorry lah bro. Bagi tiket free pun kami tak akan pergi tonton.


Tuesday, September 20, 2011

Adakah Fernando Torres lebih teruk daripada aksi-aksi ini?

1. Chris Iwelumo, Scotland vs Norway 2008



2. Kanu, West Brom vs Middlesbrough 2004



3. Fahad Khalfan, Watar vs Uzbekistan 2010




4. Llija Sivonjic, D Zagreb vs HNK Cibalia 2009



5. Rocky Baptiste, Harrow vs Waltham Abbey 2009



6. Peter Van Vossen, Rangers vs Celtic 1996



7. Robert Earnshaw, England vs Wales 2011



8. Ronny Rosenthal, Aston Villa vs Liverpool 1992



9. Ryan Giggs, Man Utd vs Arsenal 2003

Thursday, September 15, 2011

DS Najib akan umumkan beberapa perubahan penting malam ini?


Pada malam ini, DS Najib akan tampil di kaca televisyen menerusi RTM1 dan TVi bagi menyampaikan amanat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

DS Najib dijangka akan membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting. Perubahan mengenai apa? Itu kita perlu tunggu dan lihat.

Ingat semua! Tepat jam 8.45 malam ini, kita ramai-ramai tunggu DS Najib keluar di TV1 dan TVi.


Perutusan Khas oleh PM malam ini!


Makluman kepada semua,

Malam ini bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur, DS Najib akan membuat satu Perutusan Khas sempena Hari Kemerdekaan dan hari Malaysia 2011.

Perutusan ini akan disiarkan secara langsung oleh stesen TV.



Tuesday, September 13, 2011

Tahniah PDRM



SHAH ALAM: Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lepas di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 September) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu. - Mstar

Tahniah PDRM! Semoga dengan penangkapan suspek ini akan dapat menyelesaikan kes samun restoran mamak di Shah Alam. Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang!

Majlis rumah terbuka Aidilfitri boleh jadi platform UMNO tambah pengundi baru


8 ribu masih belum cukup. Di luar sana masih ramai lagi yang belum mendaftar.
Pemuda UMNO/BN wajib tingkatkan lagi usaha untuk daftarkan pengundi baru.

Sepanjang bulan syawal ini, banyak Bahagian atau Cawangan UMNO yang buat majlis rumah terbuka Aidilfitri. Jadi kami cadangkan kepada anda untuk buka satu meja daftar pengundi baru khusus kepada hadirin yang hadir.

Selain mengajak tetamu menjamah makanan, orang UMNO harus ambil peluang untuk risik-risik. Tanya mereka, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Kalau berjaya dapat 100 orang dalam satu majlis sudah kira ok.


Monday, September 12, 2011

Harga hartanah Malaysia masih rendah. Anda setuju?


Berita di atas agak kurang sesuai untuk bacaan rakyat Malaysia. Boleh buat darah mendidih. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terdesak benar nak beli rumah sendiri.

Nak buat perbandingan, haruslah sesuai. Apple to apple.

Inilah realiti sebenar harga hartanah di Malaysia.

Nak cari rumah double storey area Lembah Kelang dengan harga RM250 ribu memang susah nak dapat. Cuba survey di mudah.com atau iproperty. Rumah baru ke, rumah secondhand ke, memang agak sukar.

Nak cari rumah single storey area Lembah Kelang? Pun susah jugak sebab kebanyakan developer lebih berminat nak bina rumah double storey. Untung berkali ganda!

Kalau nak dapat rumah murah jugak, boleh. Cuba tanya mana-mana rumah yang orang kata ada hantu. Harga mesti jatuh gila. Tapi, sanggup ke anda beli?

Paling kurang, harga rumah double storey sekarang adalah RM450 ribu. Untung kalau boleh dapat kurang daripada itu. Lokasinya mungkin jauh seperti Sepang, Nilai, Rawang, atau Bukit Raja. Tapi, kena fikir pasal kos petrol dan tol lah pulak.

Kerana perbedaan pendapat, Dr Zainal Kling dan TS Khoo 'disumpah' habis-habisan





Begitulah tipikal dan kolotnya PAS.

Mana-mana profesional atau para cendikiawan yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sependapat dengan PAS, maka mereka akan dikutuk dan dihina hingga tidak cukup tanah.

Tengok apa mereka telah cakap mengenai Datuk Dr Zainal Kling.
Tan Sri Khoo Kay Kim pun terima nasib yang sama.

Bila tokoh sejarahwan negara menyanggah, macam-macam label dikeluarkan oleh PAS.
Profesor keliru, profesor kongkang, profesor tidur. Macam-macam lagi.

PAS memang dari dulu. Pemikiran kolotnya tak pernah berubah.

Kami tahu, PAS hanya sayang pada sorang saja iaitu Prof Aziz Bari.


Jangan Kita Lupa Kekejaman Dan Agenda Jahat Komunis Ini


Friday, September 9, 2011

Marah bila kena bayar caj 6% prabayar. Tapi masih beli rokok. Makan pula di KFC dan McD.


Hari ni ramai orang marah sama kerajaan.
Ini angkara pengenaan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar @ prepaid.

Yang ramai guna prepaid ni biasanya student IPT. Begitu juga dengan warga asing yang bekerja di Malaysia. Suami-suami pun ada jugak yang pakai prepaid walaupun sudah langgan postpaid. Mungkin digunakan utk geli-geli dengan skandal. Nak sorok daripada bini kononnya.

Walapun ramai yang bising bila kena cukai 6% pasal beli prepaid, tapi kadang kala kita lupa dan tidak sedar. Banyak benda lain yang kita beli dan guna turut dikenakan cukai.

Makan di KFC, McD atau Pizza Hut, kena bayar cukai.
Makan di kopitiam seperti Paparich atau Old Town, kena bayar cukai.
Makan di Restoran Nasi Kandar, ada juga kena cukai.
Makan di RnR PLUS, pun ada cukai.
Langgan astro untuk tonton pasukan kegemaran bermain turut dicukai.
Namun, masih ramai yang rela bayar walaupun kosnya agak tinggi. Sanggup tutup sebelah mata.
Ala...harga rokok yang mahal pun orang sanggup beli dan hisap.
Itu lah realiti rakyat Malaysia.

Berbalik pada cukai 6% prepaid, sama jugak la kisahnya.
Kalau anda marah sangat dan tak sanggup nak bayar sesen pun cukai berkenaan, masih ada alternatif lain.
Guna public phone salah satunya. Habis cerita.


Perbualan telefon Mat Sabu & Normah tahun 1994 terbongkar.

Hadi Awang kata video seks lelaki Y itu besi. Tak boleh dipercayai.

Kali ini keluar pula rakaman perbualan telefon tahun 1994 dipercayai antara Mat Sabu dan skandalnya iaitu Normah.

Hadi Awang nak kata apa? Mesti jatuh hukum rakaman ini juga besi.

Person yang bertanggjungjawab keluarkan benda ini di you tube adalah blogger 1peluru.

Blogger berkenaan turut cabar Mat Sabu saman jika rakaman ini palsu.




Teringat kata-kata pegawai CSI Las Vegas Gil Grisson 'where the evidence never lies'

Thursday, September 8, 2011

Video Lelaki 'Gila' Pukul Pelatih Jururawat



Penyiaran imej seorang lelaki yang menampar, menumbuk dan menyepak dua pelajar kejururawatan dalam sebuah klip video berusia setahun yang muncul semula dalam tempoh 48 jam lalu menimbulkan kemarahan pengguna Internet.

Klip video itu turut menunjukkan lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berulang kali menakut-nakutkan mangsa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil di tempat letak kereta awam.

Video bertajuk 'Malaysian Heros' itu turut disebarkan dalam laman sosial Facebook.

Serangan itu kelihatan disasarkan kepada salah seorang pelajar wanita itu tetapi rakannya turut ditampar beberapa kali apabila dia cuba menyelamatkan mangsa sepanjang video selama enam minit tersebut.

Punca serangan itu masih belum diketahui.

Mangsa kelihatan meminta maaf kepada lelaki tersebut dalam keadaan menggigil ketakutan dan mengakui kesal dengan kesilapannya.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menyuruh mangsa melutut dan meminta maaf.

Pelajar wanita itu terjatuh dalam posisi mencangkung sebelum lelaki tersebut menampar dan menendangnya semula.

Di awalan klip video itu, lelaki tersebut mengancam untuk melanggar mangsa dengan keretanya.

Kedengaran suara yang tidak jelas dipercayai datangnya dari mereka yang lalu lalang, mendesak lelaki tersebut supaya meninggalkan mangsa tetapi ianya tidak diendahkan.

Lelaki itu dipercayai ditemani kira-kira dua rakannya.

Salah seorang daripadanya merakam serangan itu manakala seorang lagi kelihatan meletakkan mukanya di leher mangsa.

Salah seorang daripada mereka turut berkata; Masuk ke dalam kereta dan saya akan periksa sama ada dia masih dara."

Klip video itu dihantar dibawah nama pengguna 'youhavebeenhacked88' yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara kelahirannya. - Mstar

Khalid Jaafar : Cadangan bina tugu Mat Indera



Tarikh tweet : 29 Ogos, Sumber : Twitter Khalid Jaafar

Khalid Jaafar(MPP PKR) beri cadangan untuk bina tugu Mat Indera. Tugu untuk ahli komunis yang membunuh polis melayu di Bukit Kepong. Adakah orang yang beri cadangan ini sudah gila?

Caroline Wozniacki main-main kejang kaki

Caroline Wozniacki menegaskan dia tiada niat mempersenda Rafael Nadal ketika meniru insiden bintang tenis Sepanyol itu mengalami kekejangan otot pada sidang media Tenis Tebuka Amerika Syarikat.

"Saya hanya bergurau saja ketika sidang media itu. Harapnya ia tidak disalah anggap."

Sidang Media Caroline Wozniacki


Sidang Media Rafael Nadal(Insiden Kejang Otot)

Wednesday, September 7, 2011

Jadual Rumah Terbuka Aidilfitri


7 September

Yang di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang , Bangunan Parlimen, 8-11 malam)

9 September

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, 12 P10/d, Presint 10, Persiaran Perdana, Putrajaya. (4 petang – 9 malam)

10 September

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor di Padang Serbaguna Tampin, Negeri Sembilan. (2- 6 petang)

11 September

Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Permatang Pauh, Pulau Pinang, (11.30 pagi – 1 petang)

15 September

Majlis sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan, di Taming Sari, Ballroom, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. (3 petang – 7 malam)

18 September

Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. (10 pagi – 2 petang)

Sumber - Mstar

Mat Sabu tak perlu bersusah payah masuk Akademi Fantasia untuk jadi popular

Hanya kerana 5 minit Mat Sabu beri ceramah mengenai komunis, beliau menjadi popular dalam sekelip mata.

Habis semua media utama, blogger, FB beri highlight yang sangat melampau kepada Mat Sabu. Boleh dikatakan, perayaan hari raya aidilfitri juga sama meriah dengan populariti Mat Sabu.

Mat Sabu berjaya membuktikan kepada semua. Untuk menjadi popular,
cukup setakat dengan mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi mengenai komunis durjana. Mat Sabu tak perlu masuk Akademi Fantasia atau Raja Lawak. Malah, tak perlu pun keluarkan video lucah mahupun gambar telanjang bulat untuk jadi popular.

Sehingga ke hari ini, beratus-ratus laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Namun tetap tiada penyelesaian dan kesudahan.

Isu-isu hot yang lain pula senyap begitu saja. Nampaknya, isu besar seperti gejala murtad di DUMC serta pemeriksaan JAIS berjaya dialihkan oleh Mat Sabu. Bravo!



Sunday, September 4, 2011

Noramfaizul wartawan asing ke 38 yang terbunuh di Somalia


Sebanyak 38 wartawan asing termasuk seorang pekerja media dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak 1992.Angka itu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Jawatankuasa bagi Perlindungan Wartawan (CJP).

Jumlah itu termasuk korban terbaru membabitkan wartawan dari Malaysia iaitu seorang jurukamera dari stesen televisyen BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkena tembakan ketika membuat liputan bantuan kemanusiaan di negara itu, semalam.

BERITA TERKINI

JENAZAH NORAMFAIZUL TIBA DI PANGKALAN TUDM SUBANG

Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini pukul 10 pagi tadi.


Friday, September 2, 2011

2 Sept 1998 : ANWAR DIPECAT

Pada tarikh 3 September 1998, terpampang gambar Anwar Ibrahim berpakaian baju melayu dan bersongkok di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'ANWAR DIPECAT'. Sesungguhnya berita pagi itu telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Dan pada hari ini, genap 13 tahun Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan kabinet.
Alhamdulillah. Tun Dr Mahathir telah membuat keputusan yang betul dan tepat demi agama, bangsa dan negara. Satu persatu kisah sisi gelap Anwar dirungkai. Manusia yang penuh hipokrit.

Gambar dibawah adalah gambar yang terpampang di muka hadapan Utusan Malaysia pada 3 September 1998.


Dan berikut adalah sedikit petikan berita mengenai pemecatan Anwar pada hari 'bersejarah' berkenaan.

KUALA LUMPUR 2 Sept. 1998 - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kenyataan tiga perenggan Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan tepat pukul 8 malam ini mengumumkan, perlucutan jawatan tersebut yang berkuat kuasa pukul 5.30 petang hari ini telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Anwar, yang genap 51 tahun pada 10 Ogos lalu, menerima surat perlucutan jawatan itu pada pukul 7.05 malam di kediamannya yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Jalan Damansara di sini.

Ketua Polis Negara patut syorkan ambulans diiringi dengan polis trafik

Sebenarnya, tiada masalah bagi sebuah ambulans dipandu melebihi kelajuan. Lebih-lebih lagi jika sedang membawa pesakit yang sedang tenat untuk mendapatkan rawatan di hospital.

KPN patut syorkan supaya polis trafik bermotosikal digunakan bagi mengiringi ambulans jika berlaku kecemasan.

Kalau polis trafik boleh escort VVIP, kenapa orang sakit tak boleh dapat layan sebegitu rupa?