Thursday, July 21, 2011

PRU13 : Calonkan anjing pun boleh menang?

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

Artikel di atas dipetik dari laman rencana Utusan Malaysia bahagian Isu-Isu Akhbar Cina. Klik SINI.

No comments: