Friday, July 29, 2011

Pasca kekalahan Harimau Malaya : Artikel menarik untuk peminat bola sepak Malaysia

Bawah ini adalah artikel menarik untuk kita kongsi bersama terutamanya kepada mereka yang 'begitu dekat' dengan pasukan Harimau Malaya. Kredit untuk blog Suara Sukan Anda. Klik SINI.

Usah Panggil Pemain Ke Kem Kebangsaan, Kalau Sekadar Jadi Pelengkap

Kumpulan pertama : Asrarudin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Amar Rohidan, S.Kunalan, Amirulhadi Zainal, Ahmad Fakri Saarani, dan terbaru Ismail Faruqi Ashaari.

Kumpulan kedua : Baddrol Bakhtiar, Shakir Shaari, Ashaari Shamsudin, Rizal Fahmi Rosid, dan Azmi Muslim.

Tahukah anda apa beza antara dua kumpulan pemain yang disenaraikan ini? Kumpulan pertama, favourite player Datuk K.Rajagobal yang terjamin tempat mereka dalam kesebelasan utama atau setidak-tidaknya sebagai gantian, langsung tidak tergugat walau seteruk manapun mereka beraksi di atas padang.

Manakala kumpulan kedua, pemain yang sekadar menjadi pelengkap senarai/kuota pemain walau sehebat mana aksi mereka bersama pasukan negeri masing-masing, atau sebagus manapun komitmen diberikan sewaktu sessi latihan skuad kebangsaan, berbanding pemain di dalam kumpulan pertama.

Azmi, pelengkap
Nyata, pemilihan Rajagobal masih bersandarkan kepada prestasi lampau, bukan prestasi semasa. Mungkin oleh sebab itulah, seburuk mana aksi Asrarudin Putra, tiada ruang buat Azmi Muslim mencuri tempatnya sama ada di kesebelasan utama, mahupun sebagai pemain gantian.

Mungkin oleh sebab itu juga, prestasi Amar semakin merudum perlawanan demi perlawanan, kerana dia yakin tiada ruang buat Shakir Shaari mengambil alih tempatnya, dia pemain kesayangan Rajagobal, main dengan rating 3/10 masih boleh kekal 90 minit perlawanan.

Dan disebabkan alasan yang sama jugalah, Ahmad Fakri Saarani yang tidak langsung berkesan pada perlawanan pertama, menjadi pilihannya untuk menggantikan Abdul Hadi berbanding Ashaari Shamsudin atau Baddrol Bakhtiar, dan ‘pulangannya cukup lumayan’, dapat dilihat dengan jelas pada perlawanan semalam.

Amar, tidak begitu berfungsi
Rajagobal nyata tidak menghargai sepenuhnya bakat yang ada dalam skuadnya, stick to one batch of players.

Apabila jurulatih berusia 55 tahun ini mengumumkan senarai pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan, terbit keyakinan dalam diri setiap peminat, betapa inilah skuad yang akan mencipta sejarah demi sejarah baru bolasepak tanah air kerana ia menghimpunkan barisan pemain terbaik Liga Malaysia.

Namun sayangnya, himpunan pemain berbakat besar sekadar untuk melengkapkan senarai pemain, dan sekadar menjadi pemerhati – Rajagobal gemar menurunkan lineup sama, apabila diganti pun dengan anak emasnya juga, jadi mengapa bersusah payah memanggil wajah-wajah baru, jika mereka tidak diberi peluang membuktikan kehebatan, cukuplah sekadar mempunyai 15 pemain, kenapa perlu 24 pemain?

Alasan mereka tidak bersedia, belum layak, tiada pengalaman sebenarnya tidak boleh lagi digunapakai – kalau itu alasannya mengapa menurunkan Khairul Fahmi di Sukan Asia 2010 lalu, bukankah dia tiada pengalaman ketika itu, namun mempamerkan aksi cemerlang?

Shakir, tiada peluang
Mengapa mengandingkan Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Fadhli Shas di Piala AFF Suzuki lalu, bukankah mereka mentah pengalaman tetapi tetap menjadi tonggak sehingga muncul juara? Dan persoalan paling utama, mengapa menurunkan Ismail Faruqi di kesebelasan utama pada kedua-dua perlawanan menentang Singapura, bukankah dia juga mentah dari segi pengalaman?

Jadi, aspek atau kriteria apakah yang dinilai Rajagobal sebelum menentukan LINEUP untuk setiap perlawanan? Kecergasan? Komitmen? Pengalaman? Ketenangan? Disiplin? Apa kriteria untuk menjadi anak emas, atau favourite player, adakah kerana mereka Pak Turut?

Contoh lain, umum mengetahui Sharbini Allawee adalah hero Rajagobal ketika Sukan Sea Laos 2009, justeru atas faktor itulah Sharbini kekal sebagai no.1 dalam MINDSET Rajagobal, cuma kecederaan Sharbini memaksanya menurunkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol ‘bidan terjun’ di Sukan Asia.

Bukti yang nyata, siapakah penjaga gol Malaysia ketika tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pertama Piala AFF – Sharbini, walhal bukankah penjaga gol itu tidak beraksi 2 bulan dan baru pulih daripada kecederaan, manakala Apek pula ketika itu di kemuncak prestasi. Apakah yang meyakinkannya untuk menurunkan Sharbini, ANAK EMAS (Ketepikan soal kenegerian, di sini kita bercakap soal prestasi).

Apek, cemerlang
Seharusnya pada perlawanan menentang Singapura di Jalan Besar, apabila sudah bolos 3 gol, Sharbini seharusnya sudah dikeluarkan (diakui Datuk Subahan Kamal, pengurus pasukan), namun beraksi sehingga tamat perlawanan? Kenapa, ANAK EMAS.

Namun Rajagobal pandai menutup semua itu, dengan menurunkan Apek pada perlawanan semalam, dan memuji aksi cemerlang penjaga gol Kelantan itu.

Keputusan Rajagobal menggantikan Ismail Faruqi (attacking minded) dengan K.Gurusamy (defensive minded) menimbulkan satu lagi tanda tanya, apatah lagi Malaysia perlu mencari 2 gol dan perlu menyerang, bukannya bertahan. Sudah ada Amar di posisi DM, mengapa tidak memasukkan Baddrol untuk menghidupkan barisan depan yang buntu idea, dan hanya mengharapkan Safee Sali?

Keluarkan Hadi, masukkan Fakri? Sekali lagi, mengapa tidak Baddrol atau Ashaari Shamsudin? Jangan kerana status mereka selaku ANAK EMAS/FAVOURITE PLAYER atau apa saja gelaran diberi, bakat lain yang ada disia-siakan begitu sahaja.

Kalau tidak, tidak mustahil di masa akan datang pasukan negeri atau kelab keberatan untuk melepaskan pemain mereka ke kem kebangsaan, kerana mereka inginkan pemain mereka menyumbang khidmat kepada negara, bukan duduk menangguk di bangku simpanan.

Air mata kekecewaan seorang penyerang Harimau Malaya

TEARS OF FRUSTRATION... Striker Norshahrul Idlan Talaha, who could not play in last night’s match because of injury, being consoled by his wife while watching the World Cup qualifier second leg between Malaysia and Singapore at the National Stadium in Bukit Jalil. The match finished 1-1, ending Malaysia’s campaign.

Sumber - nst.com

Thursday, July 28, 2011

Siri kebangkitan terbaik dalam perlawanan bolasepak - Wajar jadi inspirasi skuad Harimau Malaya!!

Berikut adalah siri kebangkitan terbaik dalam perlawanan bolasepak di benua eropah. Ia betul-betul berlaku dan penuh dengan keajaiban. Semoga ini akan menjadi sumber inspirasi kepada skuad Harimau Malaya untuk menghapuskan defisit 2 gol setelah tewas 5-3 kepada Singapura dalam perlawanan pertama.

10.
Bayer Leverkusen 3-0 Espanyol

(Leverkusen menang 3-2 penalti selepas 3-3 skor agregat)
Ulrich Haberland Stadion, Leverkusen, 1988 UEFA Cup Final.

9.Partizan Belgrade 4-0 QPR
(Partizan menang di gol di tempat lawan selepas 6-6 skor agregat)
Stadion JNA, Belgrade, 1984 UEFA Cup pusingan kedua.

8.Middlesbrough 4-2 Steaua Bucharest

(Middlesbrough 4-3 menang dengan agregat)
Stadium Riverside, Middlesbrough, 2006 UEFA Cup separuh akhir.

7.Real Madrid 4-0 Borussia Monchengladbach

(Real Madrid menang atas gol di tempat lawan selepas 5-5 skor agregat)
Santiago Bernabeu, Madrid, 1985 UEFA Cup pusingan ketiga.
6. Deportivo 4-0 AC Milan

(Deportivo menang 5-4 pada agregat)
Estadio Riazor, La Coruna, 2004 Juara Liga suku akhir .

5.Juventus 2-3 Manchester United

(Manchester United 4-3 menang dengan agregat)
Stadio Delle Alpi, Turin, 1999 Liga Juara-Juara separuh akhir.

4.Barcelona 1-4 Metz

(Metz menang 6-5 pada agregat)
Nou Camp, Barcelona, ​​Piala pusingan pertama 1984 Piala Eropah.

3.Manchester United 2-1 Bayern Munich

Nou Camp, Barcelona, 1999 Final Liga Juara-Juara

2.Liverpool 3-3 AC Milan

(Liverpool menang 3-2 atas penalti)
Atatürk Olympic Stadium, Istanbul, 2005 Final Liga Juara-Juara.

1. Bayer Uerdingen 7-3 Dynamo Dresden

(Bayer Uerdingen 7-5 pada agregat)
Grotenburg Stadium, Uerdingen, Suku Akhir Piala Eropah 1986.



Malam ini Malaysia lawan Singapura.
BANGKITLAH HARIMAU !!

Video: Hitler marah Singapura kalahkan Malaysia 5-3 pada 23 Julai 2011



Video di atas adalah gurauan semata-mata.

Harimau Malaya tetap yang terbaik!
Mari kita tenggelamkan Temasik di Bukit Jalil malam ini!

Lawak Santai : Apabila anak buah K. Rajagopal sibuk main FB dan tak turun berlatih

Klik pada imej untuk gambaran lebih jelas


Friday, July 22, 2011

Linesman 1 - Malaysia 0

Boleh ke kami letak tajuk macam tu? Hehe

Calon anjing jadi ulasan penulis-penulis blog


BEBERAPA penulis membidas kenyataan seorang pemimpin bawahan DAP yang menganggap parti itu berupaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang walaupun mereka meletakkan anjing sebagai calon, seperti mana disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau, 18 Julai lepas.

Novandri Hassan Basri dalam Blog MIM (novandri.blogspot.com) berkata, jelas kepimpinan DAP semakin riak dan angkuh dengan sedikit kuasa yang dikecapi kini sehingga menimbulkan rasa mual termasuk di kalangan orang Cina.

Katanya yang memetik ulasan akhbar tersebut, pemimpin itu diyakini mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana menganggap DAP kini semakin diterima rakyat terutama di kalangan masyarakat Cina.

"Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

"PRU-13 nanti jatuhkan semua pemimpin DAP! Baru mereka tahu tinggi langit dan bumi! Pengundi bangsa Cina pun mereka perlekehkan," katanya.

Dalam entri lain, Blog MIM "gembira" apabila pemimpin DAP mula berkonfrantasi dengan Nanyang Siang Pau ekoran pendedahan kenyataan berhubung meletakkan calon seekor anjing.

Katanya, walaupun agak terlewat tetapi sekurang-kurangnya akhbar-akhbar berbahasa Cina itu sudah melihat lakonan dan riaknya para ahli politik DAP.

"MIM berharap agar selepas ini, media Cina tidak lagi memberi muka kepada mereka. Jika surat khabar Cina dianggap sampah, ahli politik itu lebih buruk daripada sampah!

"Apa pun, MIM menjangkakan Lim Guan Eng, DAP dan yang lain akan datang menghadap pengurusan surat khabar tersebut dan meminta ampun!," katanya.

Blog RBF Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com) pula berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menggambarkan sikap besar kepala dan angkuh parti tersebut yang begitu yakin untuk merampas pemerintahan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pada masa sama parti itu turut menghina rakyat Malaysia yang menjadi pengundi dengan menggambarkan negara ini hanya memerlukan anjing untuk menjadi wakil rakyat mereka.

"Begitulah angkuhnya DAP! Mereka menyondol bagaikan babi hutan yang gila mengatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih, tetapi dalam masa sama mereka kata anjing pun boleh menang," katanya.

Jas Salleh (semaremas.blogspot.com) pula secara sinis berkata, kenyataan bahawa DAP boleh memenangi pilihan raya walaupun meletakkan anjing sebagai calon sebagai kenyataan yang ada kebenarannya.

Ini kerana, katanya, mana-mana kalangan orang Melayu yang diletakkan sebagai calon oleh DAP akan dilabelkan mereka sebagai "anjing" baik dari kalangan Melayu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP sendiri.

"Apa agaknya komen balas dan reaksi daripada Lebai Malang Pas dan Si Luncai PKR berkenaan dengan hal ini ? Roll... play dead DOGGIE!... Catch the stick... good DOGGIE!" katanya dengan sinis.

Yuseri Yusoff (yuseriyusoff.blogspot.com) pula berkata, sudah banyak artikel dan isu yang menggambarkan kebiadapan DAP tetapi masih ramai yang mempercayainya disebabkan terpesona dengan alunan hadis yang bermain di bibir pemimpin parti yang paling rasis itu.

Katanya, adalah tidak perlu untuk mengulas panjang mengenai kenyataan pemimpin DAP berkenaan, tetapi mereka yang beragama Islam boleh berfikir betapa biadab, bongkak dan egonya parti tersebut.

"Mungkin Nik Aziz dan Hadi Awang terlupa mengingatkan DAP bahawa anjing itu haram di sisi agama Islam, atau mungkin juga pemimpin DAP belum jumpa hadis yang perlu dihafal mengenai anjing?

"Adakah anda orang Melayu Islam sanggup mewakilkan anjing untuk menjaga kebajikan anda sebagai rakyat? Peristiwa 13 Mei berlaku pun sebab kebiadapan DAP ketika berarak meraikan kemenangan mereka," katanya.

Isu tersebut turut dipetik oleh blog Nasionalis 1982 (nasionalis1982.blogspot.com) dan Ibrahim Yahya (duniatiger.blogspot.com). - Isu Blog @ Utusan

Thursday, July 21, 2011

PRU13 : Calonkan anjing pun boleh menang?

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

Artikel di atas dipetik dari laman rencana Utusan Malaysia bahagian Isu-Isu Akhbar Cina. Klik SINI.

Tuesday, July 19, 2011

Kak Limah dapat jiran baru?












Kak Limah dah dapat jiran baru?

Dua-dua boleh main cak cak tepi tingkap!

Monday, July 18, 2011

Wayne Rooney : "Pemuda yang pergi menonton latihan Liverpool dengan memakai jersi yang tertera nama saya adalah seorang lagenda"


Beberapa hari lepas ada satu video yang berlegar-legar di laman you tube menunjukkan seorang penonton yang memakai jersi Manchester United telah dipaksa oleh penyokong Liverpool untuk membuka jersi yang dipakainya. Peristiwa ini bukan berlaku di Anfield tapi di Stadium Bukit Jalil, Malaysia.

Paling menarik, insiden ini telah menarik minat bintang Manchester United iaitu Wayne Rooney.

Rooney dalam twitternya berkata "Pemuda yang pergi menonton latihan Liverpool dengan memakai jersi yang tertera nama saya adalah seorang lagenda" !




Apa kata anda


Adakah Tian Chua sudah mengucap dua kalimah syahadah dan kini bergelar seorang Muslim?


Tuesday, July 12, 2011

Anwar jangan lupa 13 Julai, kes liwat akan disebut semula.



Pada 9 Julai, Anwar terkulai layu di atas katil hospital setelah tumbang 'terkena bedilan' gas pemedih mata. Ada orang kata dia hampir nazak. Bacaan yasin juga kedengaran. 10 Julai 'hampir' diumumkan sebagai cuti peristiwa (memang cuti pun sebab hari ahad).

Pada 11 Julai, Anwar dilihat menaiki pesawat Air Asia dengan memakai pendakap leher. Diberitakan beliau dalam perjalanan menuju ke Langkawi untuk beri satu ceramah anjuran kerajaan Kedah. Ada orang kata, pendakap leher dan Anwar bagai aur dengan tebing, isi dan kuku, memang tak dapat dipisahkan. Satu cara terbaik untuk raih simpati rakyat.


Pada malamnya, Anwar dilihat berada di Tapak Ekspo Seberang Jaya. beliau juga hadir untuk menyampaikan ceramah. Anwar tiba dengan memakai pengikat leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama. Muka pun buat-buat sedih. Lagi propaganda untuk raih simpati.


Kita lihat Anwar Ibrahim boleh bergerak ke sana ke mari. Dia berupaya untuk pergi berceramah ke seluruh pelusuk tanah air.

Maka kami nak ingatkan Anwar pada tarikh 13 Julai. Jangan lupa hadir ke mahkamah. Kes liwat akan disebut semula esok. Tak payah la nak beri seribu alasan atau nak berdalih-dalih lagi. Saiful Bukhari akan tunggu kamu di mahkamah.

Lakon layarmu hebat Terpukau ku melihat




Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama







Monday, July 11, 2011

Perhimpunan aman kepala hotak kau!


Sebelum ini...

Ambiga memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman
sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007.

Aman? Apa yang aman?

Ini yang kau cakap aman?




Perhimpunan aman kepala hotak kau !


Pesanan - Pada sesiapa yang kenal atau jumpa lembu Ambiga yang pakai kopiah kat atas ni, tolong sekeh kepala dia. Kopiah saja putih atas kepala, tapi takde otak. Buat malu orang kampung.

Friday, July 8, 2011

Pesanan ikhlas kepada mereka yang mahu menjadi lembu Ambiga esok


Kepada mereka yang berhasrat nak menjadi lembu Ambiga esok, tidurlah dengan nyenyak malam ini.

Peluklah isteri kamu. Peluklah anak kamu.

Rasailah betapa nikmatnya tidur di atas katil yang empuk.

Rasailah dingin angin kipas dan alat penghawa dingin.

Mimpilah yang indah-indah.

Percayalah...

Malam esok adalah belum pasti.

Kerana mungkin ada antara kamu yang terpaksa bermalam di dalam lock up.

Sekian.


-Hasil Nukilan Ass Samad Siot

Jika perhimpunan 9 Julai menyebabkan huru hara, maka hari seterusnya adalah 'tidak pasti' bagi Kuala Lumpur

Melihat kepada tindak tanduk penganjur BERSIH yang masih berkeras mahu berhimpun di Kuala Lumpur telah mengundang sejuta persoalan.

BERSIH sudah mengadap YDP Agong, BERSIH sudah berjumpa Ketua Polis Negara, tapi BERSIH tetap juga degil dan keras kepala.

BERSIH sudah diberi peluang keemasan untuk menyerahkan memorandum ketika mengadap YDP Agong tapi mereka 'sengaja' tidak melakukannya.

Ya, BERSIH ada agenda tersirat. Tuntutan BERSIH yang ada di atas kertas hanya alat kosmetik untuk menutup agenda kotor mereka.

BERSIH tetap mahu berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai. Tidak dapat tidak, Kuala Lumpur terpaksa menerima.


Kami tegaskan disini bahwa majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan PDRM demi kemananan dan kemakmuran Malaysia.

Ia bukan sekadar mengekang BERSIH tapi juga menghalang anasir-anasir syaitan yang mahu menangguk air di keruh.

Jika perhimpunan BERSIH pada 9 Julai menjadi kenyataan dan menyebabkan huru hara, maka kami mengandaikan tarikh 10 Julai, 11 Julai, 12 Julai dan seterusnya adalah hari-hari yang 'tidak pasti' bagi Kuala Lumpur dan Malaysia.

Lihat apa yang berlaku kepada Mesir. Lihat apa jadi dengan Libya. Hingga ke hari ini negara berkenaan masih belum stabil.


Kami berdoa kepada Allah SWT supaya negara kita ini diperlihara kemanan dan keharmonian. Jauhkanlah negara kami dari malapetaka dan bala bencana serta anasir jahat yang mahu memrorak perandakan negara kami. Amin...

Wednesday, July 6, 2011

Terbaru : Anwar Ibrahim 'dibelasah' 3-0


OMG ! Anwar Ibrahim gagal lagi !

Buat keberapa kalinya (banyak sangat, kami dah tak ingat), Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang.

Keputusan panel tiga anggota adalah sebulat suara.

Selepas ini, nak kemana lagi Anwar? Mahkamah Persekutuan pulak?

Lawan tetap lawan
Tangguh tetap tangguh !

BERSHIT 2.0 : Selangor tawar Stadium Shah Alam??


Setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan kelmarin, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini menawarkan Stadium Shah Alam sebagai lokasi untuk mengadakan perhimpunan Bersih Sabtu ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran itu dibuat sebagai menjunjung titah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang jelas tidak memperkenankan demonstrasi jalanan diadakan oleh mana-mana pihak di negara ini.

"Saya setuju jika perhimpunan diadakan di stadium dengan syarat ia dilakukan dalam keadaan tertib, berdisiplin dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di sini hari ini.

Tambahnya, walaupun perhimpunan itu diadakan di stadium, matlamat asal perhimpunan tersebut tetap sama iaitu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan perubahan pilihan raya yang disifatkannya lebih terbuka. - Utusan

Memandangkan MB Selangor dah offer Stadium Shah Alam sebagai lokasi BERSHIT, kami nak tanya juga kepada orang Shah Alam. Apa macam? Setuju? Bagi je la..

Tuesday, July 5, 2011

Kenapa Ambiga tidak bawa sekali memorandum BERSIH ketika pergi ke Istana Negara?


Kami hairan kenapa Ambiga dibenarkan berjumpa dengan YDP Agong. Seperti yang kita tahu, Ambiga adalah kepala pertubuhan tidak sah. Sudahlah tidak sah, ada hati pula nak buat pulak perhimpunan haram.

YDP Agong dalam titahnya sendiri ada menyebut demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.' Maknanya, perhimpunan haram adalah dilarang. Jangan cuba buat kerana ia menyusahkan rakyat dan negara.

Kami tahu Ambiga bukan calang-calang orang. Dia seorang peguam. Adakah dia faham dan cuba buat-buat tak faham kenyataan YDP Agong?

Satu lagi...alang-alang dah pergi ke Istana Negara, kenapa Ambiga pergi dengan tangan kosong? Patut bawa sekali memorandum BERSIH dan serah pada YDP Agong. Habis cerita.

Ini nak panjangkan cerita lagi. Nak buat perhimpunan di
stadium pulak. Alahai...letih dibuatnya!

Wow ! Nak berhimpun dalam stadium lagi? Jangan lupa jemput kumpulan Carburator Dung buat persembahan.



BERSHIT 2.0 : Panduan untuk mengikuti perhimpunan haram


Penganjur BERSHIT 2.0 telah mengeluarkan beberapa panduan kepada peserta yang akan menyertai perhimpunan berkenaan.

Penganjur berharap dengan adanya panduan ini, penganjuran
perhimpunan haram akan berjalan dengan lancar dan aman.


Fakta menarik untuk dikongsi -

a) Peserta perhimpunan bawa duit maksimum RM100 sahaja.
b) Penganjur tak benarkan peserta bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja kerajaan dan swasta.
c) Tidak dibenarkan merokok sepanjang perhimpunan.
d) Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
e) Pastikan peserta buang 'hajat' terlebih dahulu sebelum berhimpun.
f) Raikan perhimpunan dengan aman dan harmoni.
g) Jangan buang sampah merata-rata. Masukkan ke dalam beg plastik yang dibawa.
h) Rakam wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi penting seperti keganasan atau provokasi polis.

Banyak lagi info yang ada. Boleh pergi check di
laman web haram di SINI.

Ini panduan bodoh untuk orang yang bodoh. Perhimpunan haram ni buat apa kita nak ikut.

Rais Yatim derma semua wang menang saman fitnah


Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog hari ini berharap golongan itu termasuk penulis dapat menghormati hak orang lain dengan menjauhkan diri daripada elemen fitnah.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu yang amat menghargai dan mengiktiraf badan kehakiman negara dalam menjalankan urusan keadilan mengucapkan syukur kerana keputusan mahkamah itu telah mengembalikan nama baik beliau dan keluarganya setelah difitnah.

"Sekiranya mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi di bawah saman ini nanti, kesemuanya saya akan dermakan kepada badan kebajikan.

"Dalam saman malu, kalau nak buktikan seseorang itu, dia kena ada justifikasi, tapi dia (penulis blog itu) tak ada justifikasi, tak ada saksi, tak ada keterangan dan entah dari sumber mana dia petik.

"Saya memang sangat mengiktiraf badan kehakiman negara... saya sangat teruja untuk menyatakan hakikat ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog. - Utusan

Friday, July 1, 2011

Malaysiakini promosi BERSHIT? Ini buktinya!!



Semalam, blog Gerakan Anti PKR (GAP) telah menyeru kepada PDRM supaya memantau portal Malaysiakini kerana pihak ini semakin jelas menjadi batu api dalam mencetuskan rusuhan di Kuala Lumpur. Baca SINI.

Kami di sini bersetuju dengan isu yang dilontarkan oleh blog GAP kerana kami telah menjumpai bukti yang mengesahkan dakwaan berkenaan.

Secara rambangnya, anda tidak akan nampak 'promosi' BERSHIT ini dalam laman utama Malaysiakini. Tapi jika anda klik link tajuk berita, anda akan melihat terdapat iklan BERSIH di sebelah kanan skrin.

Iklan berwarna kuning itu dengan jelas memaparkan nama perhimpunan, tarikh dan waktu berhimpun serta nama 3 lokasi peserta perhimpunan akan berkumpul.

Kami 'sempat' print screen beberapa imej yang terdapat dalam portal berkenaan sebagai bukti penemuan untuk kami tunjukkan kepada anda semua. Lihat anak panah berwarna merah.










Sudah terang dan nyata, sahih dan tidak syak lagi, bahawa Malaysiakini telah mempromosi agenda perhimpunan haram BERSHIT secara terang-terangan dan tidak berselindung.

Apakah tindakan pihak PDRM dalam hal ini?

Nota : Sehingga saat artikel ini dikeluarkan, iklan berkenaan masih berlegar-legar di dalam portal Malaysiakini. Harap maklum.

Video: PATRIOT beraksi lagi di pejabat PKR