Monday, May 9, 2011

Malaysia Memang Pengeluar Minyak Tapi Lebih Banyak Mengimport. Ini Fakta Yang Perlu Kita Ambil Tahu.


Kedua Termurah Di Asia Tenggara


JIKA dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97).


Rakyat Singapura Bayar Lebih Untuk Petrol Berbanding Rakyat Kita


Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000 sebulan masih perlu membayar S$2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.


Mengapa Brunei Tidak Boleh DIbandingkan Dengan Malaysia?


Harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.


Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.


Malaysia Memang Pengeluar Minyak Tapi Lebih Banyak Mengimport.


Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang utama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.


Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.


Sumber - Utusan Malaysia


10 comments:

hiro said...

betul..ini fakta yg rakyat patut tahu. Rakyat perlu baca bukannya dengar dan percaya bulat-bulat cakap pembangkang dalam ceramah.

Anonymous said...

dah lama tahu..malu arr bila tahu indon lg banyak minyak dari kita

Anonymous said...

kah kah kah kah kah..

Pakai Otak said...

S$1.00 = rm2.40 dan RM1.00 = 0.40 cent .. kah kah kah.. banding la woiii

Nasionalis1982 said...

Pakai otak ...

kenapa kira forex?

ko keje kat singapore pastu pegi isi minyak kat malaysia ke?

atau ko keje kat malaysia, pastu isi minyak kat kedai petrol singapore?

ko memang bijak membanding. tapi tak kena pada tempatnya.

joeharry said...

hahahahaha... bijak membanding kan... memanglah harga di singapore tu mahal sbb kita bandingkan nilai S$ dng RM$... bahlol ke bengon... cuba bandingkan gaji dia org dgn kita... bahlol bin bengon lagi... kita gaji RM1,500 bersamaan dgn S$652 dan dia org gaji S$1,500 bersamaan dgn RM3,450... mana lagi besar beb.... hahahahahaha... lawak kan.... realitinya gaji org singapore adalah purata org sebulan S$2,000 sebulan bersamaan RM4,800 duit kita... mereka tak guna kereta banyak bahlol... mereka byk guna "PUBLIC TRANSPORT"... memang bijak membanding kan....

Anonymous said...

aku baca jek aku gelak...
tgk sumber dari utusan malaysia..
lagi la tak boleh pakai...
kalau nak berhujjah jgn amik bulat2 dari sumber yang belum pasti...
memang sah malas membaca,mengkaji, dan malas segala2nya..
bodo!

Anonymous said...

muahaha...sumber utusan meloya.

Anonymous said...

nk btol kn org lain tp maki2. sapa yg bodo sebenarnya kt sini. btolkn la elok2. bahasa melambangkn bangsa - neutral

Anonymous said...

Anonymous May 16, 2011 5:03 PM,

manusia paling bangang... ni hah sumbernya http://andakjauhar.wordpress.com/adakah-harga-petrol-di-malaysia-mahal/ kalau ko bijak sgt ko selak satu2 rujukan tu... ko carik la nas2 hadith drpd kitab suci harakah ko tuh... kakakaka...