Thursday, April 14, 2011

Siapa bakal Ketua Menteri jika Pakatan menang di Sarawak? Tercengang-cengang mereka mencari jawapan.

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 10 April 2011 menyiarkan artikel penulis khas, Guan Tai Fatt dan Lee Tiam Hua mengenai harapan tipis pihak pembangkang memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-10.

Artikel bertajuk ‘Pakatan Rakyat tidak dapat ubah keadaan’ disiarkan dalam ruangan dalam negeri, muka surat A7.

Menurut penulis, apabila pimpinan pembangkang ditanya pemberita pada satu sidang media, Jumaat lalu mengenai siapakah yang akan menjadi Ketua Menteri jika mereka menang di PRN Sarawak, masing-masing hanya terdiam.

Ketika itu, pemimpin pembangkang saling melihat antara satu sama lain dan tercengang-cengang. Akhirnya, Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menjawab bahawa jawatan itu akan disandang oleh Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian.

Pemimpin pembangkang nampaknya lambat menjawab dan lambat bertindak balas untuk menjawab soalan-soalan itu. Ini menunjukkan pihak pembangkang belum membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRN Sarawak.

Mereka tidak merancang untuk masa depan Sarawak sebaliknya hanya pentingkan apa yang ada di depan mata iaitu bagi merampas kuasa dari tangan Barisan Nasional (BN) dengan berusaha untuk menang sebanyak mungkin kerusi.

No comments: