Thursday, May 6, 2010

Kenyataan media oleh saksi utama jadi mainan !


Apabila ada pihak sudah berani untuk membandingkan kenyataan saksi dalam sidang media dengan kenyataan polis, bukankah itu provokasi namanya? Dan secara tidak langsung juga, bukankah ia seperti merendah-rendahkan keupayaan dan reputasi pasukan polis? Lebih teruk lagi, kenyataan saksi dalam sidang media dimanipulasikan sebaik-baiknya oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti polis.


Come on lah…boleh percaya ke sidang media yang dibuat oleh saksi sesuatu kes? Biasanya orang yang terdesak saja yang panggil wartawan untuk membersihkan diri. Kononya mereka lebih betul. Walhal mereka sudah mendahului kerja polis.


Strategi buat sidang media ni sebijik macam Anwar Ibrahim. Dia suka sangat panggil wartawan dan buat sidang media. Buat cerita gempak sampai terlopong semua orang mendengarnya.


Dan sekarang, saksi utama kes kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah iaitu Azamudin Omar pula sudah buat kenyataan dalam sidang media. Malaysiakini pun apa lagi…ambil kesempatan untuk membandingkan kenyataan media beliau dengan kenyataan polis. Sekarang timbul pertikaian, mana satu kenyataan yang betul dan mana satu yang salah.



Aku minta saksi utama iaitu Azamudin berhenti daripada membuat kenyataan dalam sidang media. Biar polis buat kerja. Jangan peningkan kepala rakyat. Aku tahu puak pakatan memang suka mainkan isu ini. Kononnya, kenyataan dalam sidang media lebih ‘benar dan maksum’. Mereka akan terus mainkan sentimen fikiran rakyat. Ajak rakyat agar lebih percaya kepada kenyataan sidang media berbanding kenyataan polis.


Tuan tuan, stigma sebegini bukanlah kali pertama berlaku. Masakan kita boleh lupa, dulu mereka menganggap kenyataan bersumpah LEBIH SAHIH daripada sumpah muhabalah di dalam masjid.


4 comments:

Anonymous said...

masa sidang media boleh spin..bukan orang tahu pun.

Anonymous said...

polis tu terrer kan boleh tembak tepat ke kepala dgn keadaan yang cemas, dengan kereta pulak dipandu laju dan dalam keadaan gelap....cayalah....memang berjaya latihan polis yang dibuat tu...

p/s: pembangkang akan amik semua kes yang boleh memberi value pilitik kepada mereka walaupun perangai mereka tu memang jijik....

Anonymous said...

pembangkang akan terus membangkang sampai terkangkang...

SPRM salah, PDRM salah, SPR salah, tentera salah, pendek kata semuanya salah....

walaupun penjelasan diberikan, puak2 ni masih degil..pekak agaknya. langsung tak terima hakikat.

mana korang letak kepala otak aaaaaa

Anonymous said...

ini zaman penjenayah diangkat sebagai hero.... :D wah! lepas ni polis plak dilabelkan sebagai penjenayah... pasni hero (penjenayah) plak yg menangkap polis...

TIKUS KEJAR KUCING!