Monday, October 18, 2010

Tarikh pilihanraya Batu Sapi : Mana komen parti PAS ?


Setelah SPR mengumumkan tarikh pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi adalah serentak dengan DUN Galas, PAS tiba-tiba jadi bisu. Kenapa ya?

Masa SPR umumkan tarikh pilihanraya kecil di DUN Galas sebelum ni, mereka bukan main lagi
melenting dan menentang keputusan tersebut. Kononnya ia dilakukan pada hari bekerja dan memberi kesan buruk kepada peratusan keluar mengundi. Puak-puak PAS menuduh pula SPR ikut telunjuk UMNO, dan UMNO adalah tuan kepada SPR. Apa hal ni??

Nah...sekarang tarikh pilihanraya Parlimen Batu Sapi turut dilakukan pada hari bekerja. Ada BN merungut pasal peratusan mengundi? Ada dengar suara-suara BN mengatakan SPR tunduk pada tekanan PAS?


Senang cakap, orang yang terdesak saja akan meracau tak tentu pasal. Malulah wei..dah 20 tahun jadi kerajaan negeri. Parti PAS pun bukannya baru ditubuhkan semalam. Dah lama dah...


Sunday, October 17, 2010

Pasca Bajet 2011 : Bangunan 100 tingkat atau bonus?



Antara intipati menarik bajet 2011 adalah pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion yang akan dibina di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang dijangka siap tahun 2015.


Daripada cakap-cakap penjawat awam mengenai pembentangan bajet 2011 oleh DS Najib, mereka kebanyakannya tak peduli dengan pembinaan bangunan tersebut. Mereka bertanya, apa faedahnya kepada rakyat? Walaupun kerajaan memberi saguhati berjumlah RM1000 tahun ini (termasuk bantuan raya sebanyak RM500 yang sudah diterima), namun masih ramai antara mereka tidak berpuas hati. Terpulanglah. Yang pasti di luar sana masih ramai yang bersyukur dan ucap terima kasih pada kerajaan.


Ada antara mereka berkata, bonus adalah salah satu keistimewaan yang diterima secara langsung oleh penjawat awam. Dapat terus hingga ke tangan atau ke poket si penerima. Tak singgah dalam mana-mana poket orang atasan. Itu paling penting. Mereka menambah, penjawat awam yang bekerja di hulu atau kawasan pendalaman tidak dapat merasa faedah dan kenikmatan bangunan 100 tingkat. Kalau bonus, semua dapat merasa.

Hari ini di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia, DS Najib beri penjelasan mengapa kerajaan tidak dapat beri bonus. Ia melibatkan kos sebanyak RM3.1 bilion. Baca sini.


DS Najib dah pilih RM 5 bilion untuk bangunan dan bukannya RM 3.1 bilion untuk bonus kakitangan awam. Jangan pulak ada nanti penjawat awam yang mogok. Sekian.


Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 : Penjawat awam perlu bersedia untuk TIDAK MENDAPAT BONUS


Petang ini, semua penjawat awam perlu bersedia. Bersedia dari aspek fizikal dan mental.

Bersedia untuk apa?


Bersedia lah jika pembentangan bajet yang akan dilakukan oleh DS Najib petang ini
tidak memenuhi kehendak hati dan perasaan penjawat awam sekalian.

Aku tahu sebelum bajet dibentang dalam Dewan Rakyat, ramai penjawat awam di luar sana berdoa penuh harap agar diberikan bonus. Jika tidak 2 bulan pun mungkin 1 bulan. Alhamdulillah...ia tetap rezeki.


Namun bagaimana jika DS Najib umumkan tiada pemberian bonus mahupun bayaran saguhati? Adakah penjawat awam akan merajuk, marah dan berdendam dengan kerajaan?


Harap-harap penjawat awam tidak terlalu berharap, kelak akan lebih kecewa...

Thursday, October 14, 2010

Tahniah skuad badminton Malaysia. 4 emas tuuuuu..

EMAS....Beregu negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat (tengah) menewaskan pasukan dari England Anthony Clark dan Nathan Robertson dalam acara badminton beregu lelaki terakhir Sukan Komanwel ke-19. -mStar


Secara keseluruhannya, skuad badminton telah menyumbang 4 pingat emas kepada kontinjen negara. Tahniah. Malaysia boleh !


Semoga pemain badminton negara dapat kekalkan prestasi cemerlang kerana saingan dalam Sukan Asia yang akan berlangsung pada bulan depan di Guangzhou pasti lebih mencabar. China, Indonesia dan Korea menanti anda.


Nasionalis1982: Dari New Delhi kita beralih pula ke Guangzhou...



Tuesday, October 12, 2010

Ini saja cara mengelakkan penumpang bas tercampak keluar


Segala cadangan dan pandangan sudah diberikan bagi mengelak berlakunya kemalangan maut yang melibatkan bas. Bermula dengan pemasangan kotak hitam, penggunaan pemandu gantian, polis menyamar jadi penumpang, ujian air kencing terhadap pemandu bas, pendek kata macam-macam lagi lah.

Kita boleh lihat bas yang dipandu dalam keadaan laju boleh menjurus kepada hilang kawalan. Penumpang akan merasa seperti terumbang ambing dan boleh 'melayang keluar' dari tempat duduk masing-masing. Paling bahaya jika penumpang tercampak keluar dari bas dan diseret. Nyawa pun boleh melayang.


Jadi, jalan penyelesaian terbaik adalah pemasangan tali pinggang keledar bagi setiap bas ekspress. Itu sahaja cara yang terbaik yang ada. Namun ia masih belum dikuatkuasakan oleh kerajaan.


Kepada pihak berkenaan, pertimbangkanlah cadangan ini. Semua kenderaan yang bergerak laju seperti kereta, lori, van bahkan kapal terbang, semuanya ada tali pinggang keledar. Bas ekspress saja yang belum. Sampai bila lagi nak tunggu?


Monday, October 11, 2010

Takziah...tak sempat mereka nak berjumpa orang tersayang.


Tarikh 10.10.10 ada peristiwa suka dan duka. Sana sini meriah dengan majlis perkahwinan. Semua orang gembira.

Namun semuanya tenggelam dek kerana berita kemalangan yang meragut 12 nyawa. Peristiwa tragis tersebut menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar hari ini. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Selepas ini kita akan dengar macam-macam idea dan cadangan nak atasi kemalangan maut melibatkan bas. Semua orang rancak bagi pendapat dan pandangan. Kotak hitam lah, penggunaan dua pemandu lah, polis menyamar jadi penumpang lah, pendek kata macam-macam lagi.

Buatlah peraturan secanggih mana pun, kemalangan tetap berlaku. Salah siapa lagi kalau bukan salah pemandu yang cuai...



Sunday, October 10, 2010

Khalid Ibrahim sah tanding jawatan Timbalan Presiden PKR !!!


Berdasarkan kepada tweet Elizabeth Wong, Khalid Ibrahim akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang.

Kah kah kah..macam mana ni Azmin Ali? Adakah kamu bakal menjadi 'individu tersungkur'?

Zaid Ibrahim mungkin tanding kerusi Presiden PKR. Maknanya kamu akan lawan Khalid dan Nurul Izzah...

Kah kah kah...ini mesti konspirasi UMNO..kah kah kah...kami ada bukti...kah kah kah
Padan muka Azmin..kah kah kah

Ini mesej terbaru dalam twitter Khalid Ibrahim...khusus untuk mu wahai Azmin Ali...bersiap siagalah untuk tersungkur di kerusi Timbalan Presiden PKR...kah kah kah

Dari Galas ke Batu Sapi


Ini betul-betul takdir.Belum lama, cuma April lalu saja berlangsung pilihanraya kecil Hulu Selangor di semenanjung dan Mei di Sibu,Sarawak.

Di Hulu Selangor kerana kematian Ahli Parlimen PKR manakala di Sibu kematian Ahli Parlimen BN.


Kini di Galas untuk pilihanraya kecil 4 November kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri PAS,manakala di Batu Sapi,yang belum ditentukan tarikh pilihanraya kecil lagi ialah kerana kematian akibat kemalangan Ahli Parlimen BN di situ.


Senarionya dan jarak waktunya hampir sama dan kebetulan satu di semenanjung dan satu di Malaysia Timur.


Apa yang menjadi tandatanya ramai bagaimana rupa bentuk keputusan kali ini.2-0 bagi BN atau seri 1-1 atau 0-2 bagi Pakatan.


Senang cakap Galas dan Batu Sapi pasti akan menjadi medan ‘ perang besar’ bagi BN dan Pakatan.
- Agenda Daily

Saturday, October 9, 2010

PAS jadi ‘budak baik’ depan Ku Li


Ketika BN menamakan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas, parti PAS tiba-tiba diserang penyakit sawan gila babi yang amat serius. Ingatkan penyakit yang dialami oleh PAS akan membawa mereka hingga tahap mampus. Rupanya, tidak. PAS sudah kembali sembuh seperti sedia kala.


Ini terbukti apabila Ku Li yang baru tiba dari luar negara dan secara rasminya menerima pelantikan sebagai Pengarah Pilihanraya BN DUN Galas. Penyakit sawan babi PAS terus hilang. PAS tiba-tiba jadi budak baik . Senyap pula macam baru lepas ‘mimpi basah’.


Ini kerana menurut Mursyidul Am PAS iaitu N.Ajis , PAS tidak kisah siapa pun calon UMNO. Yang ditentang ialah dasar perjuangan dan bukan individu.




Pulak ...PAS dah konar baring 360 darjah. Ketika Ku Li berada di luar Negara, PAS bukan main kata itu ini. Seolah-olah Ku Li itu dilihat ‘berperang besar‘ dengan UMNO. Tapi bila Ku Li dah balik ke Malaysia, tiba-tiba pulak PAS tukar nada. Jadi budak baik pula. Pijak semut pun tak mati.


Nampak sangat PAS macam takut. Mana tau kot-kot Ku Li dicalonkan pula bertanding kerusi DUN Galas. Jika menang, confirm Ku Li akan jadi ketua pembangkang di DUN Kelantan. Perghh…


Jika rezeki Ku Li terus berpanjangan, mungkin UMNO boleh letak Ku Li sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baru dalam pilihanraya umum akan datang. Menggantikan N.Ajis yang dah lama ‘bertenggek’ atas kerusi MB tu.


Sukan Komanwel : Emas ke 6 untuk Malaysia


KILAUAN EMAS...Penembak Malaysia Nur Suryani Mohd Taibi (kiri) dan Nur Ayuni Halim bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara menembak 10m Air Rifle berpasangan Wanita di Lapangan Sasar Dr Karni Singh, pada Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi, India


Demi Galas, PAS sanggup tangguhkan sidang DUN


Memandangkan pilihanraya DUN Galas dijalankan pada hari bekerja, maka kerajaan pimpinan PAS telah mengambil keputusan menangguhkan sidang DUN Kelantan pada 4 November.

Nampaknya, PAS terpaksa gunakan talian hayat...

Apa lagi yang akan dibuat?
PAS nak isytihar 4 November sebagai cuti peristiwa ? Silakan...siapa pun tak gentar.

Thursday, October 7, 2010

Lelaki dirogol tiga wanita secara bergilir-gilir !!


HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol."Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya."Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan."Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu.

Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka. Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP

Nasionalis1982 : Fuh...nasib baik kejadian ni berlaku di Zimbabwe dan bukannya di Malaysia. Aku tak sanggup dirogol wanita..keh keh keh

Koh Tsu Koon 'terlalu selesa' di kerusi empuk Putrajaya


Koh Tsu Koon terlalu sedap duduk di atas kerusi empuk Putrajaya dengan menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Koh Tsu Koon perlu ingat bahawa dia sebenarnya tidak layak kerana tidak menang dalam pilihan raya. Dia kalah kepada calon DAP dalam perebutan kerusi Parlimen Batu Kawan.

Koh Tsu Koon nampaknya ‘tak pernah hidup susah’. Walaupun kalah TKO dalam pilihanraya, dapat juga dia merasa jawatan menteri dalam kabinet kerajaan persekutuan. Tak ada beza kalau menang pun.
Wakil rakyat lain bukan main bersusah payah untuk menang, namun tak dapat layan special seperti diterima oleh Koh Tsu Koon.

Jadi, Koh Tsu Koon perlu cermin diri. Ingatlah bahawa jawatan yang didudukinya itu adalah kerana belas ehsan DS Najib kepada parti Gerakan. Jika Koh Tsu Koon sentiasa rendah diri dan bekerja keras membalas budi dan Ehsan DS Najib, Gerakan tidak akan terjerumus
ke lembah bermasalah.

Apa sudah jadi antara beliau dengan Lim Keng Yaik? Berkonfrontasi? Ada orang melihat Lim Keng Yaik adalah tokoh seperti Tun Dr Mahathir. Jika Koh Tsu Koon beri
layanan yang ‘salah’ kepada bekas pemimpin Gerakan itu, maka Koh Tsu Koon akan senasib dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.