Monday, June 3, 2013

BREAKING NEWS : Filem Tanda Putera masuk panggung mulai 29 Ogos 2013




Setelah sekian lama kita semua menunggu, akhirnya filem TANDA PUTERA akan ditayangkan mulai 29 Ogos 2013.

Alhamdulillah..ini hadiah Hari Kemerdekaan yang bermakna untuk kita semua.



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek mengesahkan filem kontroversi tentang peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Tanda Putera bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan.

"Tanda Putera akan ditayangkan kepada umum pada 29 Ogos depan," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Isnin.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969. - MSTAR

No comments: