Tuesday, June 25, 2013

Kalau dengan polis London, memang dah lama mereka kena..

Ini antara polis kita dengan puak Black505 semalam di pintu masuk parlimen. Masih ada ruang perundingan antara kedua belah pihak...



Tapi kalau di London, kami agak dah lama puak musibat ni akan kena katok(tibai) dengan cota. Buat apa berunding dengan orang yang mereng 3 suku..

Monday, June 24, 2013

Sedang Anwar makan sedap di Parlimen, penyokongnya pula...


Adakah ini Anwar Ibrahim?


Betulkah apa yang kami lihat ini?? Anwar angkat sumpah??

Ohh tidak!! ...ini bukan Anwar yg sebenar..ini klon...ini sandiwara...ini konspirasi...
Anwar tak akan buat macam ni...

Anwar, sila buat sidang media dengan segera untuk MENAFIKAN bahawa anda adalah orang dalam gambar ini...

Tuesday, June 4, 2013

Monday, June 3, 2013

BREAKING NEWS : Filem Tanda Putera masuk panggung mulai 29 Ogos 2013




Setelah sekian lama kita semua menunggu, akhirnya filem TANDA PUTERA akan ditayangkan mulai 29 Ogos 2013.

Alhamdulillah..ini hadiah Hari Kemerdekaan yang bermakna untuk kita semua.



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek mengesahkan filem kontroversi tentang peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Tanda Putera bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan.

"Tanda Putera akan ditayangkan kepada umum pada 29 Ogos depan," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Isnin.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969. - MSTAR

Siapa yang naikkan harga rokok? Kerajaan atau TAUKEH rokok?

Harga Rokok Naik 3 Peratus 
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - BERNAMA

Harga rokok dah naik. Jadi sekarang bagaimana? 
Apa susah, korang pakat-pakat berhenti merokok.
Biarkan jualan rokok jadi tak laku, kurangkan permintaan rokok, boikot rokok.
Nanti bila taukeh rokok makin rugi, pandai-pandai lah mereka turunkan harga rokok balik.

Saturday, June 1, 2013

Najib oh Najib...kenapa sampai begini??

Kami makin lama makin hairan.
Cadangan BN sebagai parti tunggal diberi perhatian oleh Najib. Malah ditubuh pula makmal khusus bagi memperinci cadangan ini.
Sepatutnya perkara ini tak perlu dilayan. Adakah Najib tak nampak agenda tersirat?
Daripada anda buang masa dan tenaga melayan cadangan BN parti tunggal ini, adalah lebih berfaedah dan bermanfaat sekiranya Najib menubuhkan makmal khusus bagi memperhalusi cadangan sekolah wawasan ( satu aliran ).

Umno Wujudkan Makmal Khusus Lihat Cadangan BN Parti Tunggal - Najib

KUALA LUMPUR: Umno akan mewujudkan makmal khusus untuk memperinci cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata parti juga perlu mengadakan tinjauan pendapat daripada anggotanya sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu. Sebarang perubahan, katanya, perlu berdasarkan penerimaan anggota Umno sendiri.

"Kita faham Umno ini parti yang dekat di hati ahli...jadi sebarang perubahan perlu diperhalusi dengan mendalam supaya nanti tidak timbul isu ketidakterimaan terhadap parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di sini Jumaat.

Ini merupakan mesyuarat pertama MT Umno selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.

Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.