Wednesday, October 30, 2013
Wednesday, September 11, 2013
Kicap 'botol arak'
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Kegiatan seorang pengusaha kicap mengeluarkan kicap tiruan dengan jenama ABC terbongkar selepas rumah kedai yang dijadikan kilang untuk memproses barangan itu di Taman Taynton, Cheras di sini diserbu oleh pihak berkuasa hari ini.
Dalam serbuan pukul 1.15 petang itu, sepasukan kakitangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas kira-kira 2,000 botol kicap tiruan.
Turut dirampas 20,000 botol kosong yang telah dibersihkan yang dipercayai akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap tiruan berkenaan.
Lebih mengejutkan terdapat sebahagian daripada botol itu merupakan botol arak.
Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah menemukan sebuah stor simpanan botol kicap yang telah siap dipasarkan dan sebuah stor penyimpanan selain dua mesin memproses kicap yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000.
"Hasil pemeriksaan, kesemua 2,000 botol kicap yang siap dipasarkan itu mempunyai pelekat label jenama ABC berlatarbelakangkan warna putih dan berbeza dengan jenama asli yang berwarna merah.
"Siasatan juga mendapati premis ini telah beroperasi kira-kira tiga bulan lalu. Ketika serbuan terdapat enam pekerja tetapi kesemuanya telah melarikan diri dan disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.
Menurut beliau, siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011. "Jika disabit kesalahan di mahkamah, pemilik kicap tiruan itu boleh didenda RM10,000 untuk setiap botol atau dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama," jelasnya.
Beliau memberitahu, serbuan itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Kamaruddin Mohd. Yasin serta 10 pegawai dijalankan hasil aduan orang ramai yang mengesyaki botol kicap di premis itu adalah tiruan kerana penutup, label dan pelekat digunakan berbeza dengan yang asli.
"Saya menggesa para pengguna sentiasa berhati-hati apabila mereka hendak membeli sesuatu produk dan segera membuat aduan kepada pihak berkuasa agar mereka tidak terpedaya dengan barang tiruan," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130911/je_03/2000-kicap-tiruan-dirampas#ixzz2eZT8cZ85
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, July 19, 2013
Penurunan harga kereta : Menyanggah fakta Rafizi Ramli
Selepas melihat pendedahan yang dibangkitkan oleh YB Nawawi (Langkawi) dalam Perlimen, mungkin anda pun akan turut bersetuju juga.
Kisah klasik Rafizi hanya untuk tahun pertama saja. Kononnya kerajaan untung RM2 bilion melalui lelongan AP. Setakat itu saja..hanya tahun pertama. Dia tak pulak cerita bagi tahun kedua..ketiga..keempat?
Nak tahu pendedahan lanjut, lihat video dibawah.
p/s : Well done YB Nawawi
Tuesday, June 25, 2013
Kalau dengan polis London, memang dah lama mereka kena..
Tapi kalau di London, kami agak dah lama puak musibat ni akan kena katok(tibai) dengan cota. Buat apa berunding dengan orang yang mereng 3 suku..
Monday, June 24, 2013
Adakah ini Anwar Ibrahim?
Betulkah apa yang kami lihat ini?? Anwar angkat sumpah??
Ohh tidak!! ...ini bukan Anwar yg sebenar..ini klon...ini sandiwara...ini konspirasi...
Anwar tak akan buat macam ni...
Anwar, sila buat sidang media dengan segera untuk MENAFIKAN bahawa anda adalah orang dalam gambar ini...
Tuesday, June 4, 2013
Monday, June 3, 2013
BREAKING NEWS : Filem Tanda Putera masuk panggung mulai 29 Ogos 2013
Setelah sekian lama kita semua menunggu, akhirnya filem TANDA PUTERA akan ditayangkan mulai 29 Ogos 2013.
Alhamdulillah..ini hadiah Hari Kemerdekaan yang bermakna untuk kita semua.
Siapa yang naikkan harga rokok? Kerajaan atau TAUKEH rokok?
Apa susah, korang pakat-pakat berhenti merokok.
Biarkan jualan rokok jadi tak laku, kurangkan permintaan rokok, boikot rokok.
Nanti bila taukeh rokok makin rugi, pandai-pandai lah mereka turunkan harga rokok balik.
Saturday, June 1, 2013
Najib oh Najib...kenapa sampai begini??
KUALA LUMPUR: Umno akan mewujudkan makmal khusus untuk memperinci cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Umno itu berkata parti juga perlu mengadakan tinjauan pendapat daripada anggotanya sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu. Sebarang perubahan, katanya, perlu berdasarkan penerimaan anggota Umno sendiri.
"Kita faham Umno ini parti yang dekat di hati ahli...jadi sebarang perubahan perlu diperhalusi dengan mendalam supaya nanti tidak timbul isu ketidakterimaan terhadap parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di sini Jumaat.
Ini merupakan mesyuarat pertama MT Umno selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.
Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.
Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.
Wednesday, May 29, 2013
BREAKING NEWS : Ini berita baik kepada warga SHAH ALAM
Apapun kami ucap tahniah kepada pengundi Shah Alam kerana akan mendapat hadiah istimewa daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
Tuesday, May 28, 2013
Ayuh bangkit...kita sokong barangan bumiputera. Jom like page FB ini.
Saturday, May 25, 2013
Kempen menyokong perniagaan bumiputera!
SETIAP LEBIHAN HARGA NIATKAN SEDEKAH!!!
BERBELANJA SAMBIL BERAMAL DAN MENDAPAT PAHALA!!!
BERBELANJA DENGAN NIAT DEMI AGAMA ALLAH!!!
Thursday, May 23, 2013
AirAsia Q1 net profit down 39%
SUMBER --> The Sun Daily
Monday, May 20, 2013
KAMI BENCI AIR ASIA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130520/dn_14/MAS-Tourism-Malaysia-selamatkan-ibu-dan-bayi-di-Ho-Chi-Minh#ixzz2Tn0xYH7O
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, May 18, 2013
Friday, May 17, 2013
Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X
FATIMAH ZUHRI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130516/re_06/Sindiran-kepada-Ketua-Pegawai-Eksekutif-AirAsia-X#ixzz2TVeAZ4tQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, May 13, 2013
FILEM TANDA PUTERA : Bila nak tayang?
Friday, May 10, 2013
Thursday, May 9, 2013
Kekecewaan Najib berasas
Kekecewaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan masyarakat Melayu terhadap tindakan pengundi Cina yang beralih kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mempunyai asas yang sangat kukuh.
Dekan Institut Pengajian Cina Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Prof. Dr. Ho Khai Leong berkata, hal ini kerana segala usaha mengangkat kehidupan masyarakat Cina oleh Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) dipandang sepi oleh kaum tersebut.
"Perdana Menteri berhak kecewa dengan pengundi dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina setelah beliau berusaha keras memenangi hati kaum itu sekian lama menerusi pelbagai program dan bantuan.
"Ada banyak bantuan pelajaran diberikan kepada sekolah Cina termasuk menaik taraf kolej-kolej Cina menjadi kolej universiti. Mereka umpama tidak menghargai usaha ini. Mana-mana perdana menteri di dunia ini pun akan kecewa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pengundi-pengundi Cina yang seolah-olah memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi dibuat kerajaan dengan mengalihkan sokongan terhadap parti cauvinis Cina, DAP dalam pilihan raya umum lalu sehingga menyebabkan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga.
Mengulas lanjut, Khai Leong memberitahu, Najib sejak memegang tampuk pemerintahan telah melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan semua kaum di negara ini termasuk masyarakat Cina.
Segala usaha Perdana Menteri itu jelas beliau, membawa kemakmuran kepada semua rakyat sekali gus membuktikan tiada kaum yang ketinggalan dalam pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada 2020.
"Walau bagaimanapun, etnik Cina mempunyai isu-isu lain yang mereka tidak puas hati di negara ini seperti kesamarataan kaum, justeru mereka menyokong pembangkang yang mereka lihat dapat menjamin perkara tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Dr. Yap Sin Tian ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara tersebut dengan alasan tiada masa untuk melayan soalan tersebut.
Sian Tian sebaliknya meminta wartawan menghubungi pemimpin lain dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu meskipun beliau merupakan pemimpin tertingginya.
"Saya tak boleh jawab soalan ini, saya tiada masa, boleh hubungi orang lain di pejabat Dong Zong," ujarnya. - Utusan Malaysia
Wednesday, May 8, 2013
Monday, May 6, 2013
KITA HARUS CARI JALAN
Ya betul..mereka nampak kuat dan kukuh. Tapi titik kelemahan harus segera dicari bagi melemah dan memecah-belahkan kumpulan mereka.
Bagaimana?
Pergi ke TEMPAT ASAL MEREKA yakni tempat DARI MANA MEREKA DATANG, lihat budaya politik keturunan mereka dan cari PERKARA yang membezakan antara SETIAP PARTI POLITIK di sana.
Selidik apakah isu yang diperjuangkan oleh parti-parti politik di tempat mereka, buat analisa, bawa balik hasil penemuan ke sini dan MULAKAN TINDAKAN...
Faham maksud kami?
Sunday, May 5, 2013
SIAPA YANG GANAS? SIAPA YANG HURU-HARA? RAKYAT BANGKIT TOLAK PAKATANRAKYAT !!
Walaupun ia sudah lama berlaku, namun kejadian ini harus menjadi pedoman buat semua..
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK KEGANASAN
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK PAKATAN RAKYAT
Semalam berlaku kekecohan di Dataran Merdeka...baca di sini link di bawah ini...
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/05/video-dua-pemuda-dibogelkan-penyokong.html
Saturday, May 4, 2013
Masanya sudah tiba...
Kita semua sudah berkempen dengan gigih..
Esok adalah harinya..
Untuk semua rakyat turun mengundi..
Ayuh teman-teman..
Kita menadah tangan dan berdoa..
Kepada Allah kita berserah..
Kepada Allah kita bertawakal..
Moga kemenangan milik BN..
InsyaAllah..