Tuesday, March 29, 2011

Video Seks : Langsung TIADA desakan penubuhan Suruhanjaya Diraja


Melihat kepada perhimpunan program ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat malam tadi bertempat di Stadium Melawati, langsung tidak kedengaran desakan oleh pemimpinnya supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dalam mencari keadilan dan kebenaran.

Anwar Ibrahim berkata "dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan". Ye ke??..dalam pilihanraya kecil pun dah memanjang kalahnyeee.

Lim Kit Siang pula mencadangkan "persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama." Suruhanjaya tak mahu, tapi nak meja bulat pulak.

Hadi Awang punya cadangan ok sikit. Beliau mahu "jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya..perlulah disiasat". Yang penting..siasat siapa pelakonnya kannn !!

Nampak tak...langsung tiada desakan pemimpin Pakatan untuk tubuh Suruhanjaya Diraja. Masa kes Teoh Beng Hock, video VK Linggam korang bukan main..melalak sana sini minta Suruhanjaya Diraja.

Orang Bulan di Stadium Melawati

Tu diaaa....ternganga mulut orang Bulan dengar 'khutbah' Lim Kit Siang di Stadium Malawati semalam.
Tutup mulut tu..kang mabuk air kencing pulak.



p/s- Solat Hajat itu bagus. Kita mohon Allah beri petunjuk kepada rakyat dan orang islam. Moga kita semua ditunjukkan kebenaran. Yang hak akan berdiri dan yang bathil akan jatuh.

Bila Allah dah tunjukkan kebenaran, jangan pula butakan hati. Orang-orang bulan ada paham?

Sunday, March 27, 2011

Tun Daim : Anwar cuma bijak membakar emosi khalayak ketika memberi ucapan


TUN DAIM: Tun Dr. Mahathir membawa Anwar masuk UMNO di awal tahun 1982, sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri. Sejak itu saya kenal Anwar. Ini kerana Tun Dr. Mahathir menyokong Anwar di semua segi, Anwar naik dengan mendadak dalam kerajaan, dari Timbalan Menteri hingga Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dalam jangka kira-kira 10 tahun saja.

Dalam UMNO pula dia naik dari Ketua Pemuda UMNO hingga ke Timbalan Presiden pada jangka masa yang sama. Semua ini termungkin kerana Tun Dr. Mahathir melihat Anwar sebagai calon utama untuk ganti beliau bila tiba waktunya. Jadi ketika itu seluruh jentera di belakang Presiden UMNO juga bergerak serentak menyokong Anwar.

Tanpa Tun Dr. Mahathir dan jentera UMNO di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti. Apa yang berlaku sehingga beliau dipecat daripada UMNO bukan satu konspirasi politik.

Teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai guna meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri.

Pada pengamatan ramai, Anwar tak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi Menteri. Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja.

Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai.

Petikan dari Mingguan Malaysia


Tuesday, March 22, 2011

Video lucah berjaya 'mempopularkan' Anwar di muka hadapan akhbar


Anwar Ibrahim 'berjaya' meletakkan wajahnya di muka hadapan akhbar hari ini dengan cerita yang telah berjaya disensasikan.

Selagi video itu tidak ditayangkan kepada rakyat, maka selagi itulah video ini menimbulkan keraguan. Bukan hanya keraguan terhadap Anwar dan PKR, malah terhadap orang-orang disekelilingnya.

Anwar tak perlu lari hingga ke pejabat PKR untuk melakukan sidang media sambil dikelilingi oleh orang-orang yang berjawatan dalam PKR. Ini bukan masalah parti tapi masalah peribadi dan moral individu.

Jika video ini benar, tak perlu nak heret rakyat untuk terus berkata dusta.


Monday, March 21, 2011

Libya rentung dibedil Tomahawk. Mana pergi suara penyokong kempen 'Free Libya'?

Krisis Libya semakin menampakkan wajah SYAITAN yang sebenar.

1. Tentera Bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat telah membedil Libya setelah mendapat kebenaran PBB.

2. 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan oleh Tentera Bersekutu dalam operasi yang diberi nama Operasi Odesi Subuh.

3. 148 orang dilaporkan terbunuh manakala 150 lagi cedera.

4. Tentera Bersekutu akan menggunakan 'semua yang termampu' terutamanya dalam bidang ketenteraan untuk menguatkuasakan resolusi PBB.

Sekarang, siapa akan bantu Libya? Siapa akan bantu saudara seagama kita di sana?
Ada sesiapa di sini yang menyokong tindakan Tentera Bersekutu menyerang Libya?

Apa pula pendapat mereka yang menyokong kempen 'Free Libya' dahulu? Adakah mereka suka dan bersetuju dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa oleh Tentera Bersekutu?




Krisis Libya memaparkan siapa sebenarnya SYAITAN



Sebelum ini ramai yang memuji kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Libya, kononnya rakyat lebih berkuasa dalam menentukan kepimpinan negara. Memang benar. Rakyat itu berkuasa, tapi bukan di jalanan atau melalui demonstrasi dan rusuhan.

Paling lucu, ada rakyat di negara ini yang turut masuk campur hal 'rumah tangga' negara arab seperti Mesir dan Libya. Turut sama berdemo di hadapan kedutaan memohon pemimpin negara berkenaan turun dari takhta bagi menghormati kuasa rakyat.


Kini, tangan-tangan ghaib sudah menampakkan wajahnya. Merekalah SYAITAN yang menghuru-harakan negara Arab. Rakyat hanya jadi alat pemusnah. Rakyat hanya jadi lesen kepada musuh untuk menghala peluru berpandu Tomahawk ke negara tanah tumpah mereka sendiri.


Friday, March 18, 2011

alahai FAM....



Penantian akhirnya terjawab apabila lawan Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa 26 Mac ini bukan pasukan berstatus kebangsaan, sebaliknya hanya sebuah kelab iaitu dari Liga Singapura.

Biarpun nama kelab itu tidak diketahui, sumber mengesahkan perlawanan tersebut telah ditetapkan dengan gelanggang perlawanan adalah di Singapura.

Ia adalah perlawanan kedua buat skuad bimbingan K. Rajagobal musim ini, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam 9 Februari lalu. - Utusan Malaysia

Alahai FAM...ini sahaja yang mampu anda buat? Kalau jadual dah disusun dari awal, takde la kalut sangat nak pilih negara lain untuk lawan dengan team Malaysia. Alih-alih dapat lawan team berstatus kelab je. Sabor jela. Kalau menang pun tak guna jugak sebab keputusan perlawanan tu tak akan diambil dalam menentukann ranking FIFA.

Wednesday, March 16, 2011

'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia'


PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi.

Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan.

Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka.

Sehingga semalam, seramai 2,485 sudah menyertai laman Facebook berkenaan sebagai tanda desakan supaya Rais sebagai orang yang paling berkuasa di RTM mendengar rintihan rakyat Malaysia yang mahu- kan aksi Liga M disiarkan secara langsung.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, Astro diumumkan sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak eksklusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Masalah timbul apabila RTM dikatakan mahukan 'diskaun berlebi- han' sedangkan bayaran yang dikenakan Astro ialah RM6 juta setahun, sama seperti jumlah dibayar RTM kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Bukan semua rakyat Malaysia melanggan saluran berbayar Astro terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan slogan 'Sukan menyatukan kita semua' tetapi bagaimana untuk menyatukan rakyat jika RTM tidak menyokong sukan tempatan. - Kosmo

Tuesday, March 15, 2011

Anwar berjaya 'menegarakan' masalah liwat


Sebenarnya kediktatoran Mubarak tidak mampu mencapai taraf kediktatoran Anwar kerana Mubarak tidak mampu meletakkan isterinya sebagai Presiden, orang yang paling istimewa bagi dirinya sebagai Timbalan Presiden, dan anaknya sendiri sebagai Naib Presiden parti dalam satu masa.

Beliau jugalah yang mencipta sejarah politik tanah air dan mungkin juga di dunia ini dengan mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sebaik setelah beliau ditangkap dengan salah laku jenayah.

Kebiasaannya seorang ahli politik akan melepaskan jawatan bila disabitkan dengan kes jenayah namun bagi Anwar dia mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebaik selepas beliau ditahan agar dia boleh bergayut dengan jawatan politik dalam menghadapi kes salah laku jenayah peribadinya dan mengheret kes peribadi itu menjadi kes politik.

Maka seluruh negara di heret dalam menghadapi kes peribadinya. Masalah peribadinya menjadi masalah negara. Mubarak dan Ghaddafi sekalipun tidak punya kemampuan memutar belit ‘menegarakan’ masalah peribadi mereka sehebat yang dilakukan Anwar!

-Ezam Mohd Noor, Mingguan Malaysia 13/3/2011

Dalam twitter pun Anwar didesak untuk serah DNA




RAKYAT GELAK JE BILA BACA JAWAPAN ENGKAU DALAM TWITTER. RAKYAT TANYA LAIN, ENGKAU JAWAP LAIN. SUKA PUSING-PUSING.

APA PASAL TAKUT SANGAT BAGI DNA? ENGKAU KE HULU KE HILIR MELALAK ATAS PENTAS CERAMAH CAKAP INI ADALAH FITNAH. TAPI BILA MINTA SERAH DNA, MACAM -MACAM ALASAN ENGKAU BAGI YE.

TAK LIWAT KAN?
APA TAKUT?


Monday, March 14, 2011

All England 2011-Final - Lee Chong Wei vs Lin Dan - (Mata Akhir!)




Khalid Samad kata CyberTrooper UMNO lembab


Rupa-rupanyanya si Khalid Samad jenis yang tak tahan kena provok. Emosional je lebih. Siapa yang lembab sebenarnya? Khalid Samad kot. Kalau dah malas nak berbahas, tutup saja akaun twitter kamu tu. Loser.

Friday, March 11, 2011

Video : Jepun dibadai TSUNAMI



Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.

Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.

Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

TSUNAMI MEMBADAI JEPUN

A powerful tsunami has struck Japan's main Honshu island following a 7.9-magnitude earthquake. Philippines and Indonesia on red alert.


  • Earthquake kills at least 25 in ChinaAsia News Network - 15 minutes ago
  • Singapore's GLP shares slump on Japan earthquakeReuters - 30 minutes ago
  • JGB futures surge after huge Japan quakeReuters - 34 minutes ago
  • Major tsunami hits Japan after massive quakeAFP News - 34 minutes ago
  • GLOBAL MARKETS-Asia stocks drop after big quake hits JapanReuters - 37 minutes ago
  • FOREX-Yen falls broadly after huge Japan quakeReuters - 39 minutes ago
  • Japan's JX halts 3 refineries after quake -JijiReuters - 43 minutes ago
  • Many injured after Japan quake, Narita airport closed-mediaReuters - 56 minutes ago
  • EARTHQUAKE OF 8.8 MAGNITUDE ROCKS JAPAN, TSUNAMI WARNING ISSUEDBernama Media - 57 minutes ago
  • Japan extends 10 metre tsunami warning - NHKReuters - 1 hour 2 minutes ago

Thursday, March 10, 2011

Video : Perlawanan Pakistan vs Malaysia Pusingan Kedua




Tahniah kepada pasukan Malaysia.

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA menunjukkan Malaysia naik dua anak tangga ke kedudukan 138.

Sukar Untuk Maafkan Anwar: Dr Mahathir


KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah sukar baginya untuk memaafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tindakan bekas Timbalannya memburuk-burukkan beliau di mata dunia.

Dalam autobiografinya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dilancarkan semalam, Dr Mahathir berkata selepas dipecat, Anwar menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat pemecatannya adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menghalangnya menjadi perdana menteri.

Anwar juga katanya, meluangkan banyak masa mengampu pemimpin Umno peringkat bahagian dan anggota di cawangan bagi mengangkat dirinya terutama pada kalangan orang kampung, dan menjadikan beliau sebagai seorang yang zalim di mata alim ulama.

"Tidak dapat dinafikan Anwar seorang yang berkarisma dan beliau tahu bagaimana mendapatkan sokongan rakyat. Semua yang saya lakukan untuk Anwar sebelum ini diketepikan begitu saja. Saya dilihat sebagai menzalimi beliau dan mencampakkan beliau ke penjara, seolah-olah tanpa dibicarakan.

"Apabila nama saya disebut dalam buku atau artikel, saya digambarkan sebagai Perdana Menteri yang memenjarakan Timbalannya. Hakikat bahawa beliau didakwa dan dibicarakan di mahkamah tidak pernah disebut," katanya.

Mahathir berkata sebagai seorang yang pemaaf, beliau banyak menghidupkan semula kerjaya pemimpin yang cuba memusnahkannya menerusi politik, malah menamakan seorang daripada mereka sebagai pengganti beliau, tetapi mendapati sukar untuk memaafkan Anwar.

Beliau juga berkata Anwar gagal menjadi Perdana Menteri hari ini kerana tindakan sendiri.

"Beliau tidak memberi saya sebarang pilihan kecuali memecatnya dan saya lakukan apa yang saya fikir baik untuk negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesalahan tetapi memecat Anwar bukan satu daripadanya," kata beliau. -Mstar

Wednesday, March 2, 2011

Calon BN dan PAS sama-sama mengusung keranda jenazah


KETEPI FAHAMAN POLITIK ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) mengetepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi, Jasin, Rabu. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung. Foto BERNAMA

Klip video persenda Gaddafi



Satu klip video yang mempersendakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menjadi popular dalam laman perkongsian video YouTube di negara-negara Arab.

Klip video bertajuk Zenga Zenga itu dicipta oleh seorang wartawan muzik dan blogger dari Tel Aviv, Noy Alooshe.

Ia menunjukkan Gaddafi mengangkat tangannya di atas satu podium dalam ucapan yang dibuatnya pada minggu lalu.

Lagu berentak rap dan dance itu diubahsuai daripada sebuah lagu nyanyian Pitbull and T-Pain.

Namun, liriknya telah digantikan dengan ucapan Gaddafi. - Reuters

Tuesday, March 1, 2011

Website jabatan kerajaan kena hacked !!

Satu website jabatan kerajaan (www.anm.gov.my) dipercayai di hacked oleh satu kumpulan bernama Ashiyane Digital Security Team. Ketika artikel ini sedang ditulis, tindakan pembetulan masih belum diambil oleh pihak jabatan berkenaan. Mungkin jabatan tersebut masih 'belum sedar' dengan situasi yang sedang berlaku ini.