Monday, February 28, 2011
Ini mahasiswa atau mahasewel? hahaha
Last week kecoh pasal mahasiswa buat demo 'ala mubarak' di UPM. Mujurlah tiada kepala orang yang pecah. Mujurlah yang pecah itu cuma pintu kaca saja.
Malaysiakini ada mengeluarkan berita di portal mereka mengenai insiden yang berlaku di UPM. Salah satunya bertajuk 'Kecoh, Pelajar Cuba Larikan Fail Bukti'.
Video di bawah saya dapat dari you tube. Mungkin ia dapat menjelaskan 'insiden larikan fail' tersebut. Video ini telah diupload pada 25.02.2011 oleh seorang bernama akmalazfar.
Akmalazfar telah menulis seperti berikut...
Tindakan kurang ajar Wakil Pro Mahasiswa UPM ketika berbincang dengan Prof Fauzi Ramlan pada pagi peristiwa berdarah UPM (23/2/2011)
Pelajar tersebut telah cuba mencuri dokumen ketika meeting tersebut... Beberapa penagwal terpaksa menenangkan pelajar tersebut yang agresif untuk mendapatkan kembali dokumen tersebut.
Prof Fauzi pada perbincagan pada pagi itu telah berjanji untuk membatalkan Pembatalan calon2 yang telah dibatalkan...
Mari kita lihat kekurangajar wakil Pro Mahasiswa terhadap Prof Fauzi Ramlan ketika perbincagan itu... adakah ini pemimpin yang kita perlukan?
Masalah ini berpunca dari Wakil-wakil Pro Mahasiswa yang keras kepala dan tidak mahu dengar penjelasan dari TNC lalu kerana tidak dengar masalah sebenar lalu dengan berlandaskan emosi dan pemikiran tidak matang, wakil2 pro mahasiswa ini telah meghasut rakan lain untuk memecahkan pintu bangunan pentadbiran tersebut....
Selain itu, kerana TNC bersetuju untuk membatalkan surat pembatalan tersebut dan isu itu akan selesai, Salah seorang wakil Pro Mahasiswa UPM cuba memburukan HEP dengan lakonan hebat beliau di dalam video ini...
28.02.2011 - Perbankan online sesak teruk !!
Friday, February 25, 2011
Semoga Malaysia akan terpelihara daripada tangan-tangan ghaib
Si tangan ghaib tentu gembira melihat rakyat di negara Timur Tengah bangkit menentang pemerintah. Lagi banyak nyawa rakyat melayang, tentu lagi seronok. Makin ramai rakyat akan keluar ke jalan raya untuk menentang kerajaan.
Senyum je si tangan ghaib. Maklumlah..negara yang jadi mangsa tu pulak adalah negara islam. Pengeluar minyak dunia pulak tu. Si tangan ghaib untung besar. Harga minyak dunia naik mendadak.
Negara lain alami kesusahan. Selain terpaksa naikkan harga minyak, kos pengangkutan juga terpaksa ditanggung untuk hantar pulang rakyat masing-masing. Si tangan ghaib mana ambil kisah semua ini..yang penting negara islam akan hancur.
Strategi si tangan ghaib senang saja. Iaitu dengan menggunakan sentimen kuasa rakyat. Mereka kerah rakyat untuk turun ke jalan raya atau dataran. Rakyat yang 'tiga suku' ni pun ikut saja. Dah tak boleh fikir secara rasional dan waras.
Saya berharap negara kita Malaysia baik-baik saja. Moga negara kita akan terpelihara, berkat doa semua rakyatnya.
Imej Anwar, Saiful dirakam CCTV. OMG !!
Semalam di mahkamah, visual rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah dipertontonkan. Antara fakta yang diperolehi adalah :
1. Sebanyak tujuh buah kenderaan dilihat memasuki dan keluar dari kawasan kondominium mewah di Bukit Damansara antara pukul 12 tengah hari dan lima petang, 26 Jun 2008.
2. Beberapa individu yang menaiki kenderaan tersebut turut dikenal pasti oleh saksi pendakwa kelapan, Asisten Supritendan (ASP) Fauziah Che Mat, 47, menuju ke tingkat lima bangunan itu.
4. Rakaman berkenaan turut memaparkan visual kenderaan yang dipandu oleh pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan kelibat pemuda itu keluar masuk lif di kondominium tersebut.
Mari kita tanya keluarga Anwar Ibrahim. Dimanakah beliau pada 26 Jun 2008?Wan Azizah jawab ... "Dia mempunyai mesyuarat itu...errrr" (Video: Saat ke 11)
Nurul Izzah pula memberitahu ... "Dia bersama kami.." (Video: Saat ke 17)
Thursday, February 24, 2011
Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir?
1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.
2. Allah Maha Kaya.
3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.
4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.
5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".
6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.
Selanjutnya, baca di blog Tun Dr Mahathir. Klik SINI.
Wednesday, February 23, 2011
Belum habis belajar tapi dah berlagak macam primadona !!
Saya dulu pun mahasiswa. Kawan-kawan saya pun ramai yang bergelar mahasiswa. Tiap hari kami ke hulu ke hilir bawa buku rujukan yang besar-besar. Berat pula tu. Tapi kami sanggup berkorban masa dan tenaga. Demi untuk mencapai segulung ijazah dengan pointer yang cemerlang. Bukan sekadar pointer yang cukup makan.
Bila saya lihat gambar di bawah, saya rasa amat kasihan. Rasa jelik dan menyampah pun ada. Apa dah jadi dengan mahasiswa sekarang?
Gambar berkenaan menunjukkan lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam. (Klik SINI)
Saya nak tanya kepada mereka, anda masuk universiti untuk apa? Untuk mendapatkan ilmu dan ijazah atau untuk berpolitik?
Apa janji anda untuk ibu dan ayah di kampung ketika anda mula-mula mahu menjejakkan kaki ke universiti? Adakah anda berjanji kepada mereka bahawa anda lebih mengejar 'jawatan YB Kampus' berbanding segulung ijazah dengan pointer yang cemerlang?
Nak berpolitik tu boleh, orang tak marah tapi berpada-padalah. Ini sampai buat demo macam di Mesir, kemudian buat kecoh pula. Cukup memalukan.
Ijazah pun belum dapat, dah pandai berlagak macam primadona. Macam cakap mereka saja yang betul . Ptuiihhh !!
Tuesday, February 22, 2011
Pilihanraya UM : Benarkah si ibu turut 'berkempen' untuk anaknya ??
1. Calon Pilihanraya UM Hilang
Calon pilihanraya UM bernama Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini telah berjaya ditemui dalam keadaan lemah di Bangi. Alhamdulillah. Dia selamat.
Kemudian, Masturah yang ditemani ibunya bernama Mariam Abdul Rashid telah mengadakan sidang akhbar mengenai kes kehilangannya itu. Hadir sama dalam sidang media itu adalah bapanya iaitu Abu Bakar Din serta empat sepupu bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi 'pengawalnya'. Ibunya telah meminta supaya kehilangan anaknya itu tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
"Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," tambah ibunya.
2. Pilihanraya Kampus : UM Kesal Campurtangan Luar
Malaysiakini hari ini telah melaporkan dalam portalnya bahawa Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Ghauth Jasmon kesal dengan tindakan Mariam Abdul Rashid, ibu calon Pro-Mahasiswa Masturah Abu Bakar, yang bersolat hajat dan berceramah untuk membantu kempen anaknya di kampus itu Ahad lalu. Ahad lalu, Mariam dilihat menunaikan solat hajat di dalam kampus universiti itu sebelum memberi ceramah berunsur kempen.
3. Siapakah Mariam Abdul Rashid?
Malaysiakini tidak memberi detail lanjut mengenai Mariam. Siapa Mariam sebenarnya? Pelik juga, seorang ibu kepada calon pilihanraya kampus boleh turut 'berkempen' dalam universiti, malah boleh memberi ceramah pula. Hebat.
4. Ohh..ini rupanya Mariam Abdul Rashid, ibu kepada calon pilihanraya yang hilang itu.
Air nescafe yang saya minum jadi pahit dan tawar bila baca tajuk berita Utusan Malaysia
Tersedak dibuatnya bila baca berita di akhbar pagi ni. Tengok tajuk berita pun sudah membuatkan air nescafe yang saya minum jadi pahit dan tawar.
Harga petrol mungkin naik?- Utusan Malaysia, 22.2.2011 (Klik SINI)
Itu tajuk berita yang terdapat dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ni. Ada beberapa petikan yang menarik minat saya.
1. Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
2. Rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan.
3. Beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan. Antaranya, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia.
Apa yang saya jangka hampir jadi kenyataan. Pergolakan politik di Arab jadi penyebab kenaikan harga minyak dunia.
Rakyat Mesir di sana boleh bersorak riang kerana berjaya menggulingkan pemerintahan Hosni Mubarak. Tapi rakyat di negara lain terpaksa terima akibatnya. Tak pasal-pasal harga minyak dunia melonjak naik. Bukan sikit beb tapi dah cecah hampir RM315 setong !!
Negara otai ekonomi dunia iaitu China juga sudah naikkan harga minyak sehingga 14.4 peratus dalam tempoh 3 bulan. Pergh...
Mulai saat ini, bolehlah kita semua layan lagu Kris Dayanti- Menghitung Hari. Esok lusa mungkin harga minyak RON95 akan naik. Bersediakah kita ??
Monday, February 21, 2011
"Ia selamat dan ia benar-benar selamat dengan adanya Mubarak"
Di sebalik rusuhan dan demonstrasi yang melanda Mesir, ada satu perkara yang perlu diketahui. Kebanyakan pemandu pelancong dan peniaga-peniaga di Giza menyokong kepimpinan Presiden, Hosni Mubarak. Mereka cukup marah dengan penunjuk perasaan yang mahu menjatuhkan Presiden mereka.
"Beliau (Mubarak) telah melakukan yang terbaik, kamu tahu? Pada masa yang sama, beliau juga banyak mengubah 90 hingga 95 peratus wajah Mesir seperti yang dilihat sekarang ini," beritahu Abdullah, 35, yang merupakan pemandu pelancong yang sudah kehilangan pelancong.
Mubarak dikatakan telah melaksanakan pelbagai transformasi. Di tengah-tengah Kaherah misalnya, iaitu jalan yang menjadi kawasan pergolakan sebenarnya terletak dalam lingkungan kawasan Muzium Mesir yang terkandung mumia-mumia, harta karun, barang antik sejak zaman Firaun. Ia menjadi fokus utama kerajaan negara itu dalam aktiviti pelancongannya.
Piramid Giza yang terletak 15 kilometer (km) dari pusat bandar Dataran Tahrir, dianggap terlalu 'tenang' bagi penduduk tempatan. Dulu, kawasan itu tidak putus-putus dikunjungi pelancong luar. Situasi itu sememangnya sangat janggal.
Jalan-jalan yang berdebu dekat piramid-piramid itu lazimnya sarat dengan lalu-lalang unta begitu juga dengan penjual minyak wangi dan orang ramai. Tapi kini, semuanya lenyap.
Sungguh mengecewakan apabila pemilik-pemilik kedai hanya duduk di depan kedai masing-masing. Rusuhan kata mereka, telah menjerat perniagaan yang diusahakan. Sokongan kepada Mubarak sebelum ini, telah menyelamatkan mereka dan berjaya menggamit jutaan pelancong ke Mesir setiap tahun.
Mubarak diberi jolokan sebagai 'Firaun' oleh sesetengah rakyat Mesir. Mereka menggambarkan Presiden mereka sebagai seorang yang bersekongkol dengan Barat dan orang-orang sekelilingnya dijadikan sebagai benteng kestabilan.Ramai yang mengkritik bahawa kerajaan yang dikendalikan oleh Mubarak sangat kejam, suka menindas dan penuh dengan unsur rasuah.
Pasukan Mubarak juga dilaporkan berjuang dalam pemberontakan kekerasan orang Islam di selatan Mesir pada tahun 1990-an. Pemberontakan itu melibatkan serangan berdarah ke atas pelancong-pelancong di Luxor. Justeru, Mubarak mengambil langkah menempatkan askar-askar untuk menjaga kawasan kereta api, resort dan lokasi yang menjadi tumpuan ramai.
Sebelum tercetusnya rusuhan, industri pelancongan Mesir berkembang secara konsisten selama beberapa dekad lamanya sebelum bom diledakkan di Semenanjung Sinai, yang terletak di antara Laut Mediterranean dan Laut Merah, Mesir. Lebih 12 juta pelancong berkunjung ke Mesir pada tahun 2009 dengan janaan pendapatan mencecah AS$11 bilion (RM33.5 bilion).
Pada hari-hari biasa kata Ayman, lazimnya dia melihat sekitar 200 hingga 300 pelanggan di kedai dekat Sphinx, sebahagian besarnya dari Eropah. Tapi pada Rabu lalu, hanya tiga orang saja datang ke situ.
Namun jiran lelaki itu, Gouda Fayed, 55, ada pandangan tersendiri. Sambil menghirup teh di kedainya yang penuh dengan monumen yang melambangkan keagungan Mesir 4,500 tahun lalu dia berkata: "Saya pasti, jika semuanya tamat, segala-galanya akan kembali seperti biasa."
Thursday, February 17, 2011
‘‘Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun..."
Penyokong PAS-DAP mesti baca tulisan terbaru Tun Dr Mahathir. Jangan malu jangan segan. Klik saja di SINI.
Saya cuma ambil beberapa petikan tulisan tersebut untuk disiarkan di blog ini.
“Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.”
‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya."
‘‘Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam.’’
Dr. Mahathir mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.
‘‘Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri.’’
Wednesday, February 16, 2011
Rakyat akan memerhati dan menilai gelagat mereka ini...
Keluarga, peguam Beng Hock tarik diri
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Keluarga Teoh Beng Hock dan peguam-peguam yang mewakili mereka hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.
Peguam Karpal Singh memaklumkan demikian selepas permohonannya untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan ditolak oleh panel-panel yang bersidang hari ini.
Karpal, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Beng Hock dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak. – Utusan
Monday, February 14, 2011
'Mubarak' hantui Anwar?
Sedikit petikan daripada twitter beliau :
Read Hansard!Don't behave like Mubarak @syanzuhri: But u never explain Apco in parlament DS. And y u apologising to ... http://tmi.me/6L8dO
Yalah mcm media Mubarak @syedmikael: @DinSharpshooter Utusan Meloya mmg gila meraban! Yg terus berjuang katanya lari!10 kata 1000! #fb
Demikian cara laskar Mubarak serang pembangkang Mesir @arsalan_ikhwan: @ahmad1991akmal tipu!! DSAI kaki temberang #fb
Cara Mubarak @diosanisamm: pegawai penyiasat JudePereira isi borang pro-forma,bukan ker itu kerja doctor? ... http://tmi.me/6L2Ei
Pendakwa ala Mubarak Mesir:perkakas angkuh! @RedzulAzhar DS, mcmana cerita di mahkamah kangaroo #fb
Updates on Mubarak style prosecution of opposition leaders? @savado89: DS,how was the trial?no twit updates? #fb
830pagi:Mahkmh Tinggi(ala Mubarak)-samb bicara @eddieputra: 10 Bukti Anwar Difitnah! http://bit.ly/h6olor #fb
Untuk membaca tulisan twitter Anwar Al-Mubarak, boleh klik SINI.
Friday, February 11, 2011
Menjelang PRU13 : Jumlah pengundi Melayu setakat ini adalah ........ !!
Apabila DS Najib bertanya kepada ADUN BN mengenai demografi penduduk di kawasan masing-masing, terdapat ADUN yang memberikan jawapan bersifat kabur dan tidak pasti. Ada juga ADUN yang cuba menukar tajuk(gelabah).
DS Najib kelihatan tidak senang jika ADUN BN tidak mengetahui mengenai demografi di kawasan mereka sendiri. Bagi DS Najib, data mengenai demografi itu penting kerana ia boleh menentukan pola pengundian sesuatu masyarakat. Boleh jadi juga, ia akan mempengaruhi bakal calon yang akan diletakkan di kawasan berkenaan.
Data di bawah diperolehi daripada pihak SPR. Ia merupakan maklumat demografi yang menunjukkan bilangan pengundi di Malaysia. Percayalah, data ini yang amat penting kepada parti politik yang akan bertanding dalam PRU13 akan datang.
Menjelang PRU13 : Daftar pengundi baru meningkat 117% !!
Lihat data dibawah. Daftar pengundi baru naik mendadak. Suku terakhir tahun 2010 sahaja sudah mencecah hampir 300 ribu orang pengundi baru.
Pada awal tahun 2010, bilangan pengundi baru yang mendaftar pada kadar 100 ribu hingga 200 ribu sahaja. Oleh kerana pengaruh spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun 2011, maka bilangan yang mendaftar sebagai pengundi baru meningkat 117% !!
SPR memaklumkan bahawa jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada tahun 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihanraya umum ke-12.
Dipercayai bahawa parti-parti politik akan lebih agresif menjalankan operasi gerakan pendaftaran bagi mencari pengundi baru. Demam pilihanraya makin hampir !!
Siapa yang sudah layak mengundi tapi belum mendaftar, sila tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat. Pergilah mendaftar.
Anda boleh pergi ke TM untuk mendaftar line telefon dan streamyx. Anda boleh pergi ke KWSP untuk keluarkan duit. Anda boleh pergi Imegresen untuk buat passport. Anda boleh beratur panjang untuk beli tiket bola sepak. Tapi, kenapa pula anda tidak boleh pergi mendaftar pengundi baru?
Sedarlah sebelum terlambat. Satu undi mampu mengubah hidup anda.
Tuesday, February 8, 2011
Cesc Fabregas bakal sertai Chelsea musim depan?
ROMAN ABRAMOVICH plans to make a £50million summer swoop for Cesc Fabregas.
Chelsea's billionaire owner will try to hijack any Barcelona bid to land the Arsenal skipper.
Capturing Fabregas would be an even more astonishing Blues coup than the recent £50m British record signing of Fernando Torres from Liverpool.
Chelsea see the Spaniard as the ideal partner for Frank Lampard in the side's engine room.