Saturday, October 30, 2010

Stadium Bukit Jalil akan merah menyalo !!

Dijangkakan malam ini Stadium Bukit Jalil akan menjadi merah menyalo dengan penyokong Kelantan. Merah menyalo dengan penyokong tak apa, jangan pula stadium jadi merah menyalo sebab terbakar dengan api.

Tahun lepas ada penyokong yang bersikap seperti siamang. Orang lain bersemangat tengok bola, tapi mereka buat naya.

Orang tengok bola di stadium tapi ada yang berlagak macam tengok bola di tepi pantai. Siap buat camp fire lagi dengan membakor kerusi stadium stadium. Fuhhh...memang kreatif.

Agak-agak korang lah, malam ni ada peluang nak tengok siamang buat camp fire lagi ke?



Apa-apa pun, all the best kepada pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan. Hanya yang terbaik berhak untuk menjulang Piala Malaysia.

Nasionalis1982: Tak sempat si sotong Paul nak buat ramalan siapa juara. Apa-apa pun aku pilih Negeri Sembilan. hehe.

Friday, October 29, 2010

Orang muda buta sejarah ??



Jika beginilah keputusan tinjauan, memang patut dan logik pun subjek Sejarah dijadikan matapelajaran WAJIB lulus dalam SPM.

Selanjutnya baca
SINI.

Thursday, October 28, 2010

Cara UMNO Tanah Merah dapatkan pengundi baru


Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung Sabtu ini ternyata mendatangkan kegilaan kepada semua orang. Walaupun harga tiket melambung, ia tetap habis dijual. Seronok sungguh FAM. Pandai buat untung.

Ada lagi orang Kelantan di Kuala Lumpur yang masih menaruh harapan untuk mendapatkan tiket bola? Jika anda dari Tanah Merah, boleh sujud syukur dan ucap alhamdulillah. Kenapa?

Kerana UMNO Bahagian Tanah Merah ada menjual tiket tersebut hingga hari Sabtu ini. Kalau tak silap, ia dijual di Taman Keramat, Cheras KL. Dalam berita sukan Buletin Utama sebentar tadi ada diberitahu mengenai penjualan 'tiket istimewa' ini.

Beli bukan sebarang beli. Kena ada 'pengerasnya'. Hanya orang Tanah Merah saja yang boleh beli tiket tu. Kena tunjuk IC untuk membuktikan bahawa anda berasal dari Tanah Merah. Jika layak, anda kena isi borang daftar pemilih sebagai pengundi.

Haa UMNO Tanah Merah, macam ni barulah smart. Aku puji kerana bijak merangka taktik dan strategi baru untuk mendapatkan pengundi baru. Tak perlu lagi jadi katak bawah tempurung.Cara diaaaa...

Wednesday, October 27, 2010

PAS meracau bila lihat poster ini.

PAS meracau macam orang kena sawan babi bila melihat kain rentang ni...





Kain rentang bukan sebarang kain rentang. Ini kain rentang bikin PAS tak tidur lena.

Dulu PAS ludah kahak sama UMNO, sekarang PAS tanpa segan silu sujud atas tanah, keluarkan lidah dari mulut dan jilat balik kahak yang dia ludah dulu. Hak tuih...geli nak mampus. Tapi itulah PAS. Demi 'kasih sayang' kepada DAP, PAS sanggup peluk cium. Muah muah muah.


Untuk makluman semua, kain rentang ini dipasang di kawasan pekan Gua Musang sempena dengan pilihanraya kecil DUN Galas. PAS telah 'ditelanjangkan' di khalayak ramai.

Galas : Ku Li Jelaskan Tidak Iring Calon


GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff ke dewan pusat penamaan calon pada Selasa bukan sesuatu yang pelik.Ini kerana, kata Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas itu kerana beliau berkumpul dan meluangkan masa bersama penyokong di luar dewan itu.


Amalan itu tambah beliau, merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.


"Secara tradisinya begitu, malah sewaktu saya sendiri bertanding, saya hanya menghantar ejen bagi mengemukakan borang pencalonan dan semua dokumen yang berkaitan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).


"Malah pernah sekali dahulu saya minta orang asli menjadi ejen sayasemasa bertanding di kerusi Parlimen," katanya dalam satu temuramah dikediamannya pada Selasa malam.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ketiadaannya bersama calon, pemimpin Umno dan BN yang lain di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang semalam.


Ketiadaan Ku Li menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanyaberkaitan dengan calon yang dipilih BN bagi menentang PAS dalampertandingan dua penjuru itu.


Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihanraya kecil DUN itu dilihat turut berkumpul bersama calon, pengundi dan penyokong BN di luar pusat penamaan calon namun tidak turut serta masuk ke pusat penamaan calon. - Mstar


Monday, October 25, 2010

Saturday, October 23, 2010

Persidangan UMNO 2010 : Berduyun tiba !!

Para pemerhati duduk bersila dan bersimpuh sambil mendengar perbahasan. Memang meriah bila penyokong UMNO duduk berkumpul ramai-ramai. Macam sebuah keluarga besar.



Ini view mengadap skrin besar.



Barisan lelaki kusyuk berdiri untuk mendengar perbahasan melalui skrin besar.



Pemerhati sedang kusyuk mendengar perbahasan dari Naib Ketua Pemuda UMNO.



View dari aras atas.



Gambar pemimpin UMNO terdahulu menghiasi bangunan PWTC.



Sesak, padat, dan berduyun tiba ke Persidangan UMNO 2010.



Disebabkan aras bawah terlalu ramai dengan pemerhati, sebilangan dari mereka terpaksa naik ke aras atas untuk melihat skrin dengan lebih jelas.



Pemerhati Wanita cukup setia dan bersemangat. Memang terbukti.



Nostalgia. Istana Besar Johor 11 Mei 1946.



Pemerhati tetap setia mendengar perbahasan walaupun terpaksa berdiri.



Bendera UMNO hiasi ruang legar PWTC.




Gambar atas diambil dari bilik pemerhati.



Sejarah tercipta. Solat jumaat diadakan di PWTC.



Ruang solat jumaat. Masih kosong dengan jemaah kerana gambar ini diambil pada jam 10 pagi.



Baru selesai solat jumaat. Kelihatan jemaah sedang 'menyerbu' ke arah seseorang. Rupanya individu yang diserbu itu adalah Tun Dr Mahathir.



Sempat jugak ambil gambar TS Muhyiddin Yassin.

Terkini UMNO 2010 : Jom baca ucapan Hishammuddin


[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Oleh kerana lanun pun boleh berpantun, anak Turki pun boleh berpantun.

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Intulah hebatnya Melayu, itulah hebatnya UMNO (berkenaan pelbagai keturunan Melayu)

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Tak pernah kita pernah mengkhianati dan menghina mereka. Walaupun dituduh rasis, akhirnya tunjukkan kebenaran.

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Kita berkumpul dengan semangat yang tinggi selepas mengenal masalah, Kembali mengenal diri.

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Dalam parti komponen belliau memerhati siapa yang mengambil jalan mudah, Beliau melihat kelakukan pembangkang, sejauh mana mereka tipu rakyat dan tinggalkan prinsip dan gadaikan negara untuk dapatkan kuasa.

Apa yang lebih menjijikkan sanggup tergamak membuatkan ahli-ahli UMNO berang dilakukan oleh mereka seagama sebangsa, sebelum ini musang-musang inilah yang tidur dan gemuk di rumah UMNO sendiri.

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Adakah kita terus pertahankan landasan asal?

Akhirnya, presiden memilih untuk menyatakan perjuangan konsisten dulu, kini dan selama-lamanya.

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: UMNO jadi lebih inklusif memberi ruang kepada lebih ramai ahli sayap untuk golongan muda.

Buktikan pemimpin UMNO berjiwa besar di semua bahagian. Sanggup membuat perubahan kepada sistem pemilihan parti

Jarang sekali terdapat pemimpin parti politik terutama yang mentadbir negara, yang sanggup ubah sistem yang letak mereka di persada kuasa dan sanggup lakukan perubahan

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Transformasi, bukan retorik. UMNO adalah wadah perjuangan agama, bangsa dan negara. Perjuangan UMNO adalah untuk pastikan keamaman.

Ini agar agenda pembangunan negara dapat dilakukan dengan lancar

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Yakin presiden tahu apa situasi. Tahu dan yakin apa yang dia akan lakukan, beliau dah mulakan proses transformasi dalam kerajaan ekonomi dan politik.

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Kita punyai peranan masing-masing. Saya akan berusaha Malaysia aman untuk presiden terus terajui Malaysia.

Kita tahu luka UMNO, cederalah Melayu, mati UMNO berkuburlah Melayu

[PENANGGUHAN] HISHAMMUDDIN: Berjanjilah... kepada diri kita sendiri yang kita akan berjuang terhadap agama, bangsa dan negara.

Friday, October 22, 2010

UMNO 2010 : Ucapan wakil N9. Mesti baca !!


[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN ALIAS: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelubu turut ingin membahaskan ucapan usul Presiden. Saya menterjemahkan rasa syukur kepada Allah walaupun kekuatan Melayu sering dipertikaikan oleh kaum lain dan bangsa sendiri namun kita tetap utuh. Justeru kita pastikan martabat dan digniti Melayu terus kekal.

[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN: Di sini saya bincangkan pembentukan agenda Melayu, pastikan Melayu dan UMNO terus bertahan. Walaupun Melayu kaum majoriti di tanah air kita, kita harus kekalkan dan terus bertahan dan kejayaan yang diperolehi ini walaupun sengsara mesti terus dikekalkan.

Babak baru dalam pendekatan politik, politik baru, elak amalan politik tipikal yang dikatakan tak sesuai dengan golongan muda. Pendekatan politik baru ini mudah disebut tapi tak mudah dilaksanakan. Kaedah dan cara baru mesti selari..Implimentasi tersusun, pragmatik dan total. UMNO buat dan berjaya dan ia mesti diterjemah melalui pilihan raya umum.

KPI ukurannya ialah kejayaan cemerlang dalam pilihan raya. Winnable candidate harus dapat diterjemahkan pada candidate atau calon pilihan raya pada masa-masa akan datang. Beri peluang kepada UMNO cawangan suarakan pandangan, cadangan kepada mana-mana individu sebagai calon terbaik sesuatu kawasan. Beri peluang kepada UMNO bahagian putuskan siapa calon yang baik.


[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN: Sesuatu harus dirangka dalam memberi satu impak baru kepada parti. Sistem kouta dengan komponen harus dikaji semula. Berapa kerusi untuk MCA, MIC bertanding. Keputusan pilihan raya ke-12 bukan kerana UMNO tapi ketidak kompiten parti komponen lain.

68 peratus calon UMNO menang tapi MCA dan MIC, calon mereka menang tak sampai 40 peratus, begitu juga parti komponen lain.

Calon Melayu, parti MCA, kita tukar calon. (dewan gamat dengan sorakan). Yang tak bertanding atau kalah, kita bagi jawatan Senator.

[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN: Politik minda...harus diketepikan sama sekali. Mengapa berlaku lambakan pengundi tak berdaftar? Ini daripada golongan muda berumur bawah 40 tahun. Mandat kerajaan UMNO dan BN untuk bagi peluang kepada golongan muda bertanding pada pilihan raya lepas..

Pendekatan politik baru untuk golongan muda harap dapat diterima secara total oleh anak muda. Melalui facebook dan twiter, seolah-olah kerajaan tidak berjasa, pemahaman mereka tentang Melayu..Inilah mandat dan cabaran yang diberikan kepada pemimpin muda.

[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN: UMNO sudah tak lagi releven kepada rakyat - itu tindakan pembangkang. Apa jua tindakan pemimpin rakyat tetap kata hak rakyat, tanggung jawab kerajaan untuk tunaikannya. Ini satu keadaan yang hilang keyakinan kepada kerajaan dan sekali gus pemimpin UMNO. Persepsi minda dan pemahaman ini perlu diperbaiki. 6 perkara baiki pemahaman: jaga dan tingkat moral, etika, tingkah laku selari dan konsisten. Berkhidmat berteraskan Perlembagaan lebih berkesan, wujud ekonomi lebih menyeluruh. Tidak pinggir pemimpin lama, beri peluang kepada anak muda. Guna ICT semaksimum mungkin. Kaji semula penyelidikan proper kaji polar keyakinan rakyat. Kita tidak mahu mendatangkan kekeliruan kepada alhi dan rakyat. 71% sokongan rakyat kepada kerajaan semakin meningkat. Tiga bulan kemudian, jatuh kepada 55%. Akan datang tak tahu pula macam mana.

[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN: Jangan bincang kontrak sosial secara terbuka. Apa kontra sosial yang kita bincang secara terbuka? Tak kan dalam rumah kita sendiri kita tak boleh bincang. Presiden minta jaga kepentingan kaum kita. Kita minta juga MCA jagalah hati kaum Melayu. Memang benar kita perlu sokongan MCA dan MIC tapi kalau tak ada sokongan UMNO, MCA lagi tak boleh menang.

Macam mana golongan minoriti boleh menguasai golongan majoriti? (dewan gamat dengan tepukan dan sorakan perwakilan)

[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN: Orang Cina cakap macam-macam tentang kita. Kecuali mereka jadikan medan perhimpunan mereka untuk menghentam kita. Jangan sebut dan sentuh hak Melayu di bumi bertuah ini seperti kita tak sebut dan sentuh apa hak yang mereka dah dapat di tanah Melayu ini.

Kalau cabut semua bangunan di Kuala Lumpur ini, akan hanya tinggal warung-warung buruk milik orang Melayu - perumpaan.

Jadi, jangan sangat disebut..Saya nak cadang kepada Presiden dan Timbalan, kita isytihar perang psikokogi tamat serta merta dan minta MCA dan MIC tamatkan perang psikologi demi kepentingan kaum masing-masing.

Kita mahu Presiden bertindak sebagai political commander bertindak, kalau mereka nak rasa depan belakang sama sahaja, kita letak kuku kepada mereka. Dan apabila kita jadikan ini sebagai garis panduan maka keyakinan rakyat akan dapat dikembalikan kembali.

[NEGERI SEMBILAN] JALALUDDIN: (dewan gamat). Minta izin nak baca wasiat Raja-raja. Pengerusi Tetap kata, bacalah..

Wasiat Raja-raja Melayu - kembali asal, mainkan peranan. 7 wasiat 5 Ogos 1957: Kami namakan bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu. Kami benarkan kamu simpan untuk anak cucu kamu sebagai tanah simpanan Melayu, bagi menjaga, melindungi hak anak cucu cicit kamu, tubuhkan Rejimen Askar Melayu, kekalkan jamin Raja-raja Melayu, Islam agama rasmi Persekutuan, bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu, amanatkan raja-raja Melayu lindungi hak istimewa orang Melayu dan kepentingan sah orang-orang Melayu.


Thursday, October 21, 2010

Pengundi baru : Wakil UMNO Terengganu bidas komponen BN yang layu


[TERENGGANU] SAIFUL BAHRI: Sentuh 3 perkara, survival UMNO, tak boleh harapkan orang lain pertahankan Perlembagaan kecuali UMNO dan DAP benci orang Melayu.

[TERENGGANU] SAIFUL BAHRI: Kita lebih dari cukup untuk membentuk kerajaan, cuma tak cukup dua per tiga. Oleh kerana Melayu mudah lupa, kerajaan gagal membentuk ikut pintu belakang.

Inilah akibatnya dalam keghairahan nak tikam kita dari belakang, mereka ditikam dari depan. Kalau pembangkang lompat parti itu menghina kerajaan bahkan isteri sanggup diceraikan.

[TERENGGANU] SAIFUL BAHRI: Survival UMNO adalah ketentuan Allah, ada 4.3 juta orang pengundi tapi belum mendaftar, 1.9 juta Melayu, 1.7 juta pengundi Cina, 400,000 pengundi India, Semua pengundi baru dan belum mendaftar.

Sayap-sayap berusaha dapatkan pengundi baru mendaftar tapi pembangkang hampir dua kali ganda dapat pengundi baru berdaftar, Komponen layu dalam usaha mendaftar lebih ramai pengundi baru sebelum pilihan raya umum ke-13.

[TERENGGANU] SAIFUL BAHRI: Jika impikan masa depan lebih baik, bangkit dari hayunan. Hanya kerana kita lalai terhadap angka.

Kedua, menyerang ialah cara baik untuk bertahan. Pembangkang serang dengan bina persepsi UMNO jahat, punca kucar kacir, malah bila berlaku banjir kilat, UMNO dituduh punya angkara. Tak cukup, dilabel rasis juga. Kita berada dalam peperangan membentuk persepsi.

Jangan terperangkap mempertahankan Artikel 153, jangan harapkan orang lain mempertahankan Perlembagaan. Ia agenda Melayu sejak dulu, selari dengan pesanan raja-raja Melayu - tujuh wasiat.

Islam agama rasmi, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, jaga kepentingan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain dan hak istimewa Bumiputera.

[TERENGGANU] SAIFUL BAHRI: DAP anti Islam, ia parti sosialis. Ada sikap anti-Islam yang menebal. Pas dan PKR sentiasa tunduk dan patuh, takut dan kelu untuk membantah. Kita sahaja yang boleh mempertahankan Perlembagaan.

Jika sudah rebah, menangis air mata darah pun tidak berguna. UMNO kena pertahankan Perlembagaan, berhemah tapi tegas, bersantun dalam bicara, terbuka terima pandangan dan perbezaaan pendapat.

UMNO payung berteduh mereka yang daif tak kira agama dan bangsa. Jadi juara bukan hanya untuk orang Melayu tapi seluruh rakyat Malaysia. Atur satu langkah, satu rentak.


Nasionalis1982 : Sanggup ambil cuti untuk ke PWTC esok(jumaat). Mahu merasai pengalaman melihat orang melayu duduk bersidang dan berbahas. Pasti tak rugi.

Terkini UMNO 2010 : Wakil Kelantan 'bantai' Nik Aziz



[KELANTAN] MD. ALWI: Kali terakhir saya berucap pada 2006, hari ini saya gementar dari pagi hingga sekarang.

[KELANTAN] MD. ALWI: Gementar kerana dewan ini dewan keramat. Bukan sebarang ucapan, bukan sebarang perhimpunan, bukan sebarang wadah. Ucapan paling penting dalam karier Perdana Menteri. Kerana di sini parti ini, bercakap soal masa depan Melayu, soal negara agam dan soal di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

[KELANTAN] MD. ALWI: Insya-ALLAH kali ini kita akan menempa kejayaan (PRK Galas) . Semua ada di galas, Di situ 1Malaysia. Saya kena salute Datuk Mustapa. Pengerusi Perhubungan boleh jadi Timbalan Pengarah. Bukan senang pemimpin nak turun ke bawah. Inilah model pemimpin negara boleh ke atas boleh ke bawah, kita akan menang.

[KELANTAN] MD. ALWI: Kita terpesong dengan cara promosi. Kenapa ada masalah. Itu kena tanya diri sendiri. Orang tengok kita macam sombong.

[KELANTAN] MD. ALWI: Kita pakai kereta mahal, tapi datang setengah jam lewat, tak patut macam tu. Kita kena bersama dengan mereka.

[KELANTAN] MD. ALWI: Jangan kita jadi bodoh macam Pak Pandir. Kita mesti lengkapkan diri kita, Kita nak Pas pertahankan Islam? No way. Nak Nik Aziz... tak ada nya. Dia benci UMNO.
Saya pernah tanya kenapa benci. UMNO ni lahirnya mulia, dulu pun Pas bersama tubuh UMNO.


[KELANTAN] MD. ALWI: Nik Aziz sudah memutarkan pemikiran rakyat seolah-olah Pas yang mempertahankan Islam. Cuba tengok mereka mengkafirkan UMNO.

Kononnya kita berkawan dengan orang kafir, Yanng saya tak faham kenapa ulama tidak melawan mereka. Orang kecil yang terpaksa menghadapi mereka. Sebab itu kalau nak harap Pas memerintah dengan cara Islam, hancurlah Islam dan negara ini.

Terkini UMNO 2010 : Ucapan wakil dari Melaka


[MELAKA] MOHD. SAID YUSOF: Saya dari UMNO Bahagian Jasin mengucapkan terima kasih kepada Presiden kerana mengisytiharkan Melaka negeri maju. Yakin dan percaya 70,000 orang membanjiri Stadium Hang Jebat kerana kerajaan BN Melaka melakukan kerja dengan betul. Semua rakyat dapat nikmatnya.

[MELAKA] MOHD. SAID: Ahli-ahli UMNO kena buat kerja rakyat bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. Jangan seperti parti Golkar, menang tetapi lupa rakyat, biarpun parti itu banyak berjasa.

[MELAKA] MOHD. SAID: Segala tingkah laku kita sebagai pemimpin, diteropong termasuk isteri dan anak kita. Jadi, saya percaya syaf-syaf kita dihadapan tak ada yang macam ni. Tetapi dalam banyak-banyak ni, ada segelintir. Yang segelintir pula, seorang dua sahaja. Tetapi kita kena tegas sebagai pemimpin. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, Jangan kerana seekor kerbau bawa lumpur, habis sekandang terpalit lumpurnya.

[MELAKA] MOHD. SAID: Datuk Mat Mazlan pula minta pejabat UMNO dibuka sebagai pusat kerajaan. You pay peanuts, you get monkey business la...You pay apple, you get horse power la....bekerja di pejabat UMNO gaji RM400 ke RM500..apa ni..Tuan-tuan tepuk tapi tuan-tuan juga yang buat.

[MELAKA] MOHD. SAID: Jadi, jika ada masalah, turun dan jumpa orang kampung. Selesai masalah. Ikut cara Tok Pa, sampai airport, tukar baju, tukar kain, pakai kopiah. Tu la sebab Tok Pa tak kalah-kalah.

Inilah politik. Orang kampung kenal anak siapa. Itu sebab orang UMNO dituduh rasuah, rasuah, rasuah.

[MELAKA] MOHD. SAID: Mempertahankan Melayu dan kemelayuan bukan bermakna menghasut, sebaliknya mereka yang mempersoalkan perkara-perkara tersebut, tak perlu mempersoalkannya.

Merentas paya pergi seberang, pasir panjang Kuala Linggi, maafkan saya sikit dan kurang, panjang umur jumpa lagi. Dan Melaka menyokong.


-kredit to utusan malaysia


Walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan !


Serba sedikit petikan menarik ucapan DS Najib ketika merasmikan perhimpunan agung UMNO 2010 sebentar tadi...

"Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai."

"Peingatan kepada pemimpin, adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan".

"Bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini."

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.

"Walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"


Wednesday, October 20, 2010

UMNO dan PWTC tidak dapat dipisahkan


Parti UMNO dan PWTC memang tidak dapat dipisahkan. Saban tahun PWTC akan jadi lokasi Persidangan Agung UMNO.

Setiap kali berlangsungnya persidangan UMNO di PWTC, maka akan kelihatan ramai orang melayu dari serata pelusuk negara berkumpul.


Di PWTC itu, akan kelihatan orang melayu dari pelbagai latar belakang duduk bersila dan bersimpuh mendengar perbahasan daripada perwakilan.


Dan di PWTC juga kita boleh lihat orang melayu tanpa mengira umur, yang tua dan yang muda boleh duduk bersama sambil bersembang mesra. Yang tak kenal boleh jadi kenal dan berkawan baik.


Adalah diharapkan agar PWTC terus gah menjadi saksi kepada agenda pembangunan orang-orang melayu.

Nasionalis1982 : Pernah kecoh satu ketika dulu ada parti politik pembangkang menyuarakan hasrat mahu 'menawan' PWTC.


Wowww ...Kelantan jadi lubuk GRO Siam???


Ketika di Parlimen, PAS bukan main sedap berkokok dan menyalak menghentam kerajaan mengenai isu jenayah, gejala sosial dan lain-lain.

Kuman seberang laut nampak, tapi gajah depan mata buat-buat tak nampak. Itulah isle ala PAS. Berita muka hadapan akhbar Kosmo hari ini memaparkan satu lagi bukti 'kejayaan' kerajaan PAS yang mereka selalu agung-agungkan.

Kelantan Lubuk GRO Siam. Wow !!!!


Antara fakta menarik yang didedahkan dalam berita tersebut adalah pertama, beberapa daerah di negeri Kelantan semakin dibanjiri gadis-gadis pekerja seks Siam.


Kedua, daerah Tumpat kini popular dengan jolokan Pekan GRO.


Ketiga, GRO Tumpat menjadi punca keruntuhan rumah tangga penduduk di sekitarnya.


Keempat, GRO juga bertindak sebagai gadis pembuka botol arak bagi membantu lelaki minum sampai mabuk. Pergh...air kencing setan pun ada disediakan ye.

(p/s: Khalid Samad, for your action. Terima kasih. Silap haribulan Khalid Samad tidak dapat mengambil tindakan kerana lokasi tersebut ada 'menyediakan' surau supaya pengunjung dapat menunaikan solat )


Sambung lagi...kelima, restoran-restoran berkonsepkan cahaya malap mempunyai bilik khas untuk tujuan maksiat. untuk buat projek la tu.


Untuk mengetahui fakta keenam, ketujuh dan kelapan, sila dapatkan akhbar Kosmo di kedai berhampiran. Cepat beli nanti habis. Berita panas ni geng...


Tuesday, October 19, 2010

Menjenguk sebentar Tan Sri Syed Hamid Albar


Dah lama kita tak dengar khabar berita mengenai Tan Sri Syed Hamid Albar iaitu YB dari Kota Tinggi Johor.

Dahulu TS Syed Hamid Albar adalah sebahagian daripada kabinet kerajaan. Bermula dengan menjawat jawatan Menteri Pertahanan Malaysia, kemudian dilantik pula sebagai Menteri Luar Negeri dan yang terakhir sekali menduduki kerusi paling panas dalam kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri.


Sekarang TS Syed Hamid Albar sudah ada banyak masa lapang. Beliau tidak menjawat apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan persekutuan selain menjadi wakil rakyat kepada masyarakat di Kota Tinggi.


Setelah lama sepi dari kancah politik negara, TS Syed Hamid Albar diberitakan telah diberi tugasan baru iaitu menjadi Pengerusi Forum Antarabangsa sempena dengan berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2010. Forum tersebut menghimpunkan lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada kedutaan asing, wakil parti politik negara luar, pelajar serta lain-lain lagi.


Kejayaan TS Syed Hamid Albar mengemudi forum antarabangsa tersebut sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ini kerana keupayan, kredibiliti serta pengalaman beliau banyak membantu. Tahniah.



Nasionalis1982 : Apa kata DS Najib bawa kembali TS Syed Hamid Albar ke dalam barisan menteri kabinet.

Taklimat Presiden UMNO (Tertutup) : Awas dengan kaki hendap




Apabila dikhabarkan UMNO bakal mengadakan Majlis Taklimat Presiden UMNO secara tertutup pada hari ini, mungkin ada sebilangan manusia yang tak paham bahasa cuba menyelinap masuk ke dalam dewan. Cuba nak mengendap agenda taklimat parti.

Mereka ini bolehlah digelar sebagai 'ejen-ejen' dari luar yang masuk untuk memporak porandakan 'rumahtangga' parti dan kaum. Umpama musuh dalam selimut.


Alkisahnya, majlis hari ini akan dibuat secara tertutup. Maka 'ejen-ejen' ini juga akan kelihatan 'tertutup' dengan tudung, skaf, songkok atau kopiah malah dengan berbaju kurung atau berbaju melayu.

Dulu ada sorang minah dah terkantoi. Galak sangat nak jadi kaki skodeng taklimat tertutup dan forum melayu. Last-last dia kantoi juga akhirnya.

Kali ni jangan harap lah ada 'ejen'ejen' yang boleh terlepas masuk dalam dewan. Kawalan pasti akan diperketatkan.

Monday, October 18, 2010

Jawapan YB Nazri Aziz mengenai Namewee


YB Nazri Aziz dilihat begitu proaktif dan bersemangat waja mahu mengambil tindakan dua guru masing-masing di Johor dan Kedah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman pada Ogos lepas.

Beliau berkata "keputusan yang diambil kelak merupakan keputusan yang adil kepada semua pihak". Pihak mana tu? Hanya YB Nazri saja yang tahu.


Kes Namewee macam mana pulak YB Nazri? Berdasarkan rekod, Namewee pun bikin 'rasis' pada bulan Ogos jugak. Kenapa hingga sekarang masih tiada tindakan?


Nak tahu apa jawapan YB Nazri? Nah...ini jawab beliau.

"Kita tetap akan ambil tindakan terhadap Namewee tapi mesti berdasar kepada fakta-fakta yang menyabitkannya. Dia bukan pegawai kerajaan jadi kita tak boleh ambil tindakan terhadapnya sebagai seorang pegawai kerajaan.

"Laporan polis telah dibuat dan kita sedang timbang beberapa undang-undang untuk mengambil tindakan terhadapnya".

Macam payah benar nak ambil tindakan. Berapa lama lagi rakyat kena tunggu?
Jangan lupa ya YB. Kata dikota, janji mesti ditunai. Kami mahu keputusan yang adil kepada semua pihak. Peace !

Berita Nasional TV1 lewat 12 minit ??


KUALA LUMPUR – Para penonton TV1 yang menunggu siaran Berita Nasional TV1 yang sepatutnya disiarkan pada pukul 8 malam tadi terkejut apabila siaran berita itu terlewat dan hanya dimulakan 12 minit kemudian.


Kelewatan yang agak lama itu menimbulkan kehairanan banyak pihak terutama peminat setia siaran Berita Nasional yang disiarkan oleh RTM kerana biasanya ia ke udara tepat pada pukul 8 malam.Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai kelewatan itu.


“Saya diberitahu tentang kelewatan itu semasa permulaan siaran dan mengarahkan supaya perkara itu diatasi segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau kini berada di Tokyo, Jepun. Ibrahim berkata, beliau belum pasti punca sebenar yang mengakibatkan kelewatan siaran tersebut tetapi memberi jaminan akan menyiasat masalah itu. - Kosmo


Nasionalis1982 : Apahal ni...protes sebab tak dapat bonus ke? Tak mungkinlah...hehe. Kita tunggu penjelasan RTM.