Thursday, February 18, 2010

Pemain bolasepak bernama Anwar..


Siapa yang tidak kenal sama Anwar. Seorang pemain bola sepak yang disegani oleh lawan dan kawan.

Anwar bisa mendabik dada dan menyatakan kepada dunia bahawa dialah lagenda dan ikon. Anwar seorang pemain bola sepak yang amat popular. Bukan saja di Malaysia, tapi juga di Australia. Sebuah kelab peminat beliau yang diberi nama 50MP Club telah ditubuhkan di sana.

Ketika ini, satu perlawanan bola sepak sedang hangat berlangsung melibatkan pasukan Anwar. Di atas kertas, pasukan Anwar dijangka menang mudah. Namun, pasukan lawan beraksi dengan hebat. Mereka bijak menguasai bahagian tengah padang. Menyerang dari segenap ruang ke arah pintu gol pasukan Anwar. Anwar nampak seperti diperbudakkan-budakkan oleh pasukan lawan.

Dek kerana tidak tahan dibuli, Anwar meluru ke arah pengadil perlawanan. Anwar tuduh pengadil berat sebelah dan dia minta pengadil digantikan serta merta. Anwar buka dan mengoyak jersi lalu menghempaskan ke atas padang. Lagaknya seperti di serang histeria.

Penonton di stadium mula riuh rendah. Ada yang boo dan ada beberapa kerat yang menyokong Anwar. Apa kejadahnya pengadil mahu ditukar sedangkan perlawanan sedang rancak berlangsung? Anti klimaks betullah...

Keputusan dibuat, perlawanan mesti diteruskan. Tiada pertukaran pengadil akan dilakukan.

Anwar nampak sayu. Lalu Anwar memakai kembali jersi yang telah dikoyakkannya tadi. Permainan diteruskan...


Wednesday, February 17, 2010

Anwar 'dibelasah' 3-0 !!


Ternyata, Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Hakim berhujah dan menyatakan bahawa -

1. Tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.


2. Laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.

3. Kesimpulannya, mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu sebulat suara menolak rayuan ketua umum PKR itu.

Dengan kata lain, Anwar 'dibelasah' 3-0 !!

Tuesday, February 16, 2010

Bukti : Nik Aziz pun flip-flop...

Siapa pun tak akan lupa penyertaan ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim ke dalam PKR pada bulan Januari 2009. Peristiwa ini dianggap sebagai 'lompatan paling pantas' selepas berakhirnya PRU12 tahun 2008. Orang kata beliau melompat. Tapi Nik Aziz kata peristiwa ini sebagai 'penghijrahan'. Tak percaya? Tengok link ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=19030:kes-adun-bota-fitnah-dan-hasutan-umno-menikam-diri-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Kalau korang malas nak klik link, boleh lihat paparan berita tersebut (print screen).



Beberapa ketika selepas itu, tiga ADUN iaitu dua dari PKR dan seorang dari DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashin kembali semula ke pangkuan UMNO. Kita tengok apa komen Nik Aziz.

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=19194:wajar-diadakan-pilihan-raya-semula-di-perak-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Ini bukti berita yang dipetik dari harakah daily. Sah statement Nik Aziz flip-flop dan tiada pendirian !



Dan terbaru, tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang mengambil tindakan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Nik Aziz kata...

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/14/mstar_berita/20100214163929&sec=mstar_berita


"Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu."

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.



Jadi, apabila ada orang melompat ke dalam PR, itu dikatakan sebagai "penghijrahan dan kurniaan".

Tapi bila orang melompat keluar dari PR, nah...macam-macam statement yang keluar dari mulut Nik Aziz.

Alahai..flip-flop juga dia ni ye...



Friday, February 12, 2010

Happy Chinese New Year 2010


Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua rakan blogger, komentar dan pembaca. Selamat bercuti dan berhati-hati ketika memandu.

Thursday, February 11, 2010

PKR pujuk penyokong dengan telefon. Antara ayat sweet bakal diucapkan adalah..


1st day perbicaraan kes Anwar di mahkamah Jalan Duta menyaksikan around 100 orang sahaja yang datang dan jumlah tersebut makin berkurang hari demi hari. Nak tengok penyokong berkumpul dan junjung poster/sepanduk ke hulu ke hilir pun dah payah nak jumpa.

Disebabkan masalah 'kekurangan' penyokong yang mencapai tahap serius, maka PKR telah menggunakan strategi baru iaitu memujuk penyokongnya hadir ke mahkamah dengan telefon atau e-mel (klik berita disini).

Fuh..nampaknya PKR akan menggunakan kaedah memujuk rayu melalui panggilan telefon. Jadi, bersedialah anda semua untuk mendengar ayat-ayat sweet yang bakal diucapkan oleh mereka hingga membuatkan tahi telinga anda bisa mencair seperti ketulan ais di kutub utara..hehehe

Antaranya ayat sweet yang mungkin digunakan untuk memujuk anda untuk hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Anwar adalah spt berikut ...


"
saya tau awak takut nak turun ke mahkamah jalan duta, tapi awak jgn risau... saya ade.. awak tak perlu takut lagi... tapi kalau awak rase takut jugak... abang mokhtar ade.. dia akan temankan awak..."



"sebelum ni.. abg sorang2 di mahkamah... bile awak ade.. abg janji akan jadi lebih baik nanti..."



"sori sayang.... janji abg anwar tak buat lagi...ni kali pertama dan terakhir dia buat ...marilah bagi sokongan kat abg anwar"



"sori la sayang.....jangan marah2 lagi eh....sayang kan comey.. temankanlah abang di mahkamah..sekarang abang keseorangan..nanti abg mokhtar bawak jalan2...nak....."



"tak molahh majukkk ekk.. nanti kene jual..jomlah datang dan beri sokongan ye.."


"syg dah tak sayang kat abg anwar ker?please jgn buat macam ni. kalau syg tak datang ke mahkamah nanti, boleh jadi gila nanti. plssss jgn buat abg anwar camni syg, merayu sgt2.plis....."



"Sayang,jangan macam ni sayang, kalau sayang tak pedulikan ayang,sesak nafas ayang, gelap dunia ayang malam ni sebab sayanglah satu-satunya nyawa ayang, nyawa yang ayang ada untuk teruskan hidup, hilang sayang,nyawa ayang terhenti...plissss datang mahkamah dan bagi sokongan ye..plisssss"



Apa macam? Anda termakan dengan pujuk rayu ini? hehehe