Friday, October 30, 2009

Anwar, sekarang angkanya sudah EMPAT !!



Nampaknya, angka sudah bertambah kepada empat.

Empat ini telah melompat dan mahu keluar mencari rumah baru.

Rasa seperti dihalau dari rumah sendiri pun ada.

Biarlah...demi prinsip, terpaksa juga tuan punya diri ambil keputusan untuk 'berpindah'.

Kita imbas kembali al-kisah dari angka satu hingga angka empat ini.

"Bila orang tidak mahu kita, kita malu nak tinggal di rumah orang." Itu kata individu bertuah nombor satu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi. Pada 3 Februari 2009, beliau menyatakan pendirian keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Bukan saya tidak mahu parti (PKR) tetapi parti yang tidak mahukan saya,". Tambah Jamaluddin lagi.

Siapa individu bertuah nombor dua?

Yang nombor dua ini adalah sahabat karib nombor satu. Susah senang mereka bersama. Duduk sama tinggi, berdiri sama rendah. Melompat pun sama-sama jauh. Tapi tidaklah sampai melompat ke rumah BN. Sekadar menjadi 'jiran baik' sahaja.

Individu yang dimaksudkan adalah ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang menyerahkan surat peletakan jawatan bersama-sama dengan Jamaluddin. Beliau bertindak keluar dari PKR, menjadi wakil rakyat bebas dan seterusnya menyokong BN dari luar. Dengan kata lain 'teman tapi mesra'.

Anwar sudah hilang dua tapi tak pernah gelabah. Biarlah..ribut dalam cawan sahaja itu. Tak perlu gundah gulana walaupun ada pengikutnya yang sudah baring atas jalan macam lembu.

Ini pula kisah nombor tiga. Sekadar muncul selepas 7 bulan berakhirnya kisah nombor satu dan dua. Ia berlaku nun jauh di utara semenanjung, negeri jelapang padi- Kedah.

Jalan ceritanya sama. Pada 23 Ogos 2009, orang nombor tiga ini keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Itulah dia
Mohammad Radzhi Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas di Kedah.

Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam parti selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu. Keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

Terkini, muncul pula nombor empat.

Individu itu adalah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang membuat pengumuman untuk keluar daripada PKR berkuatkuasa serta merta dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang 'mesra' BN.

Keputusannya itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan. "Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri. Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam," Itu luahan Badrul selaku orang nombor empat.

Wan Azizah dah rasa lain macam. Seram sejuk. Dan beliau mengakui bahawa parti itu sedang berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihan raya umum Mac lalu. Wan Azizah juga mengakui parti pembangkang itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

Ketika menjelangnya 16 September 2008 dulu, Anwar selalu bercakap "We have the numbers, we have the numbers:.

Dan ternyata, Anwar kini sedang 'mengotakan janjinya' itu.

"Yes Anwar, you have the numbers".

Dan sekarang kita tunggu siapa pula orang bertuah nombor lima yang mungkin akan menyusul kemudian.






Thursday, October 29, 2009

ADUN Pelabuhan Klang keluar PKR : Khalid patut letak jawatan?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR !

Beliau akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Keputusannya keluar dari PKR itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Tan Sri Khalid Ibrahim buat apa?

Bukankah sebagai MB Pakatan Rakyat Selangor beliau patut bertanggungjawab atas tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu?

Patutlah Khalid Ibrahim tidak ambil peduli. Rupa-rupanya beliau sendiri yang meminta Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya sebagai wakil kerana mendakwa Badrul gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Salah siapa bila tugas tidak dilaksanakan?

Bukankah itu disebabkan oleh kegagalan pemimpin dalam memimpin?

Rakyat tepuk tangan bila Badrul angkat kaki. Selamat tinggal Pakatan Rakyat...selamat tinggal PKR.

Kita tunggu apa tindakan Khalid Ibrahim dalam hal ini. Adakah beliau akan bertanggungjawab di atas tindakan Badrul?

Sebagai ketua, Khalid patut mengaku bahawa beliau sememangnya gagal dalam memimpin.





Saturday, October 24, 2009

Pimpinan PAS bertelagah angkara siapa?

Aduh...pening kepala kita semua dibuatnya. Macam-macam hal. Macam-macam kerenah dan gelagat. Buat kita geleng kepala menyaksikan drama terbaru ni.

Apa yang saya maksudkan adalah kerenah politikus-politikus dalam Parti Islam Semalaysia (PAS). Terbaru Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya. (http://www.blogtokguru.com)

Marah betul Nik Aziz kali ni. Dulu dia marah pada Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, juga disebabkan oleh isu yang sama iaitu kerajaan perpaduan. Pasti Nasharudin tak pernah lupa apa 'lirik' yang diucapkan oleh Nik Aziz pada ketika itu. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan."

Benar, itu mungkin masalah dalaman atau masalah rumah tangga dalam PAS tetapi kali ini nampak lebih serius. Perbedaan pendapat yang agak ketara ini lebih merujuk kepada dua kumpulan. Kepimpinan ulama dan kepimpinan erdogan.

Siapa kumpulan ulama? Siapa kumpulan erdogan? Itu saya tidak mahu ulas lanjut. Tepuk dada tanya selera.

Cuma saya ingin bertanya,

Siapa yang melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden?
Siapa yang menggunakan pengaruh Mursyidul Am?
Siapa yang merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS?
Siapa yang menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi?

Semua ahli PAS boleh buka diari masing-masing. Tengok dan renung balik kronologi setiap peristiwa yang menjurus kepada timbulnya dua kumpulan dalam PAS. Apakah punca sebenar? Ya...16 September 2008 adalah jawapannya.

Anwar janjikan Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia pada 16 September. Bila Anwar buat sidang media, ia turut dihadiri kumpulan erdogan PAS. Kononnya nak jadi menteri atau timbalan menteri. Slogan "We have the numbers, we have the numbers" diulang. Erdogan PAS pun ikut percaya. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS.

Bila Dato' Mustafa Ali membuat kenyataan bahawa tidak akan terbentuk kerajaan PR pada 16 September, maka terkinja-kinja kumpulan erdogan menyerang Dato' Mustafa. Presiden PAS juga ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept.

Anwar dengan teknik mencucuk jarum liberalnya secara serang hendap ke dalam PAS melalui kumpulan erdogan ternyata berkesan. Dan kini dia hanya tersenyum melihat pimpinan PAS bertelagah sesama sendiri.


Thursday, October 22, 2009

Dr Porntip Rojanasunan: Seorang ahli patologi atau bomoh siam?

Sungguh mengejutkan apabila seorang ahli patologi terkenal(?) Thai Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

Err.....ahli patologi terkenal? Ada sesiapa yang pernah dengar nama beliau sebelum ni? Tak apa...jom kita terjah !

Menurut sumber, Dr Porntip merupakan seorang ahli patologi yang kini menjadi ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat, Kementerian Kehakiman, Thailand, dan mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.

Pakar berusia 54 tahun itu telah diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh.

Ohh...cuma kerajaan Selangor saja yang tahu kewujudan Dr terkenal(?) ni.

Dalam mahkamah koroner,Dr Porntip mendedahkan hasil siasatannya dengan hanya bersandarkan kepada laporan autopsi Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar-gambar post-mortem yang dibekalkan kepadanya.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.

Nampaknya, kesimpulan yang dibuat oleh Dr terkenal(?) ini adalah semata-mata bersandarkan kepada laporan autopsi dan gambar-gambar yang telah dibekalkan kepadanya sahaja.

Hebat !

Perasan atau tidak, kenyataan beliau adalah banyak merujuk kepada kemungkinan.

Dalam kes-kes sebegini, perkataan 'mungkin' akan memberi justifikasi yang berbeza kerana ia bersifat seperti ramalan atau jangkaan sahaja.

Siapa Dr Porntip Rojanasunan sebenarnya?

Seorang ahli patologi atau bomoh siam?



"Spirits of the dead keep protecting me," said Dr Porntip, known in Thailand as Doctor Death."

"After examining more than 10,000 corpses in her 30-year career, Thailand's leading forensics expert Porntip Rojanasunan says she believes the spirits of the dead have become her guardian angels. (klik sini)

Monday, October 19, 2009

16 Sept : Terima kasih DS Najib, 'Terima kasih' DS Anwar

Kepada DS Najib....


Terima kasih kerana mengisytiharkan cuti umum pada 16 September setiap tahun sempena Hari Malaysia !

Terima kasih kerana memperingati tarikh bersejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat !

Terima kasih kerana 16 September akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia !

Terima kasih kerana 16 September menunjukkan kesungguhan anda untuk merealisasikan aspirasi gagasan 1Malaysia iaitu perpaduan nasional !

Terima kasih kerana pengisytiharan cuti umum tersebut merupakan penghargaan yang sangat besar kepada Sabah dan Sarawak.



Kepada DS Anwar...




Terima kasih kerana menjadikan 16 September sebagai 'September fool'.

Anwar Ibrahim “Gulingkan” Badawi Tanggal 16 September

JAKARTA, SABTU — Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, tetap pada target awalnya untuk menggulingkan pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi. Anwar menetapkan batas 16 September sebagai batas akhir baginya untuk “mengistirahatkan” Badawi.

“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar mengawali pidatonya dalam silaturahmi dengan ICMI di Menara Bank Mega, Jakarta, Sabtu (6/9).

(Laporan wartawan Kompas.com, Inggried Dwi Wedhaswary 6 September 2008)



Dan ternyata...

16 September memberi dua makna yang berbeza.

Untuk rakyat Malaysia yang mudah lupa.. dan terus melupa dan lupa..cuti 16 September setiap tahun akan memberi peluang kepada anda untuk mengingati dan menginsafi dua peristiwa bersejarah tersebut.

Sunday, October 18, 2009

Zaid Ibrahim..siapakah yang anda maksudkan?

PKR bergolak lagi!!

Sebuah 'filem terbaru' dibintangi oleh Zaid Ibrahim sedang rancak dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Filem keluaran PKR ini dipercayai sedang bersaing sengit dengan filem-filem yang sedang ditayangkan di panggung antaranya filem Papadom(Malay), Pandorum(English), Tsunami At Haeundae(Korea) dan Surrogates(English).
Siapa yang tidak kenal dengan Zaid Ibrahim. Seorang bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket Barisan Nasional. Kemudian dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Bagaimanapun pada 15 September tahun lalu, Zaid mencetuskan kontroversi. Bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah ISA.
Malah, beliau yang ketika itu masih masih 'menyarung' jersi Umno dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang. Dan seperti yang dijangka beliau menerima akibat yang selayaknya iaitu dipecat daripada Umno pada 2 Disember kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan etika parti.
Akhirnya pada hari Sabtu bertarikh 13 Jun 2009, Zaid mengambil keputusan 'menyarung' jersi PKR kerana yakin dan percaya "dengan perjuangan parti berbilang kaum."
Pelik, pada ketika itu Zaid baru percaya kepada perjuangan PKR itu. Walhal sudah lebih 8 tahun PKR ditubuhkan. Kenapa Zaid tidak menyertai PKR dari awal, tetapi menunggu pula saat 'bila sudah tiada payung untuk berlindung'.

Sebaik sahaja diterima masuk ke dalam PKR, Anwar terus melantik Zaid juga sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR. Timbul persoalan, adakah perlantikan tersebut dipersetujui oleh semua MPT Keadilan?
Seterusnya, Zaid melalui hari-hari mendatang sebagai 'orang kuat' PKR. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kontroversi lagi !!
Pada 17 Oktober 2009, Zaid mengumumkan bahawa beliau mengambil "cuti politik" selama enam bulan selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah. Itu arahan bos. Mungkin Zaid perlu mematuhinya sebagai tanda patuh dan setia.
Rupa-rupanya itu bukan keputusan Anwar seorang, adalah difahamkan bahawa hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah. Ekoran daripada itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah. Kasihan Zaid tapi beliau apa peduli.
Zaid tetap ke Sabah. Beliau ditemui ketika menghadiri satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru di sini.
Ternyata Zaid tidak takut walaupun telah melanggar arahan bosnya itu.
Seperti hubungan seorang bapa dengan anak, pasti timbul perbezaan pendapat atau sedikit pertelingkahan. Itu perkara biasa. Masalah yang wujud antara bapa dan anak boleh diselesaikan atas dasar dan prinsip kekeluargaan.
Begitu juga dengan Zaid. Kenyataannya bahawa ''perkara itu akan dijelaskan kemudian'', memberi maksud yang Zaid ada cara tersendiri untuk menangani masalah antara beliau dengan Anwar.
Terbaru, ketika Zaid berada di Sabah, beliau mendedahkan terdapat kewujudan kumpulan tertentu yang cuba mendominasi PKR dengan agenda-agenda tertentu.
"Jangan terbawa dominasi kumpulan tertentu, ada yang masuk politik kerana bercita-cita mahu kaya, mahu jadi wakil rakyat atau Perdana Menteri," katanya.
Oh...rupa-rupanya bukan lagi individu yang cuba mendominasi PKR, tapi sudah menjadi sebuah kumpulan.
Siapakah individu/kumpulan yang Zaid dimaksudkan itu?
Sumber

Saturday, October 17, 2009

Ohhh..ada orang buang bayi di negeri 'Serambi Mekah'!!!


Oiiii...cuba baca berita ini. Gua petik dari laman web harakahdaily bertarikh 22 Feb 2008.

Awang Adek mahu jadikan Kelantan 'Serambi Maksiat'?


Nama Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek Hussin disebut-sebut semalam sebagai 'bakal Menteri Besar' jika Umno/BN berjaya menawan Kelantan.
Gah bunyinya, lantang slogannya mahu menawan Kelantan setelah 18 tahun PAS menerajui negeri 'Serambi Mekah' itu dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa sebarang rasuah mahupun penyelewengan yang dilaporkan.
Rakyat Kelantan sendiri seakan sudah 'lali' dengan pemerintanan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikenali dengan panggilan 'Tok Guru' di sana.

Umno mahupun PAS, semua menghormati 'Tok Guru'.Cuma beberapa kerat dari kalangan kelompok yang 'gilakan' kuasa mahu melihat Kelantan kembali menjadi seperti negeri-negeri lain di Semenanjung yang ditadbir BN.

Paling menarik, 'Tok Guru' cukup dikenali kerana mengimami solat dan menyampaikan tazkirah setiap Jumaat di Kelab PAS Kota Bharu.

Kelantan dan negeri-negeri lain cukup berbeza, dari sudut budaya, adat setempat mahupun kegiatan ekonominya.Ramai yang menyatakan bahawa Kelantan sebuah negeri yang 'miskin' namun berapa kerat sahaja yang berkeadaan demikian di sana berbanding di Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor mahupun Kuala Lumpur sendiri.

Kelantan sendiri bukanlah negeri yang tertinggi dalam statistik kemiskinan tegar.Tabiat rakyat Kelantan sendiri sebenarnya tidak memungkinkan mereka 'jatuh papa' kerana mereka amat dikenali dengan masyarakat yang pandai berniaga.

Justeru kemiskinan yang biasanya dikaitkan dengan Kelantan oleh media-media pro BN hanyalah 'retorik' kerana jika ada kalangan rakyat Kelantan yang miskin sekalipun, bukanlah kerana dasar Kerajaan Kelantan sebaliknya kerana 'kemalasan' individu.

Bumi Kelantan cukup subur dengan aktiviti perniagaan makanan, boleh dikatakan Kelantan adalah hub makanan murah.Sebut sahaja Kelantan, kalangan 'orang luar' mesti terbayang akan keseronokan menjamu makanan murah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Malangnya kini kelompok tertentu di kalangan orang yang cintakan 'kuasa' mahu mengubah lanskap masyarakat di Kelantan.Pengaruh Islam Hadhari yang menjadikan Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 'syurga' maksiat mahu dibawa ke Kelantan.

Mereka ini loghatnya sama seperti loghat orang Kelantan, namun jiwa besar mereka untuk merampas Kelantan bagi mendapatkan kuasa membuatkan semua ini dilupakan.

Usaha itu jika setahun dua yang lalu dikepalai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa, tetapi kini kelompok pengampu mula mengangkat Awang Adek sebagai 'wira sebelum menang' untuk dinobatkan kononnya sebagai Menteri Besar.

Melihat ketokohan, sesungguhnya Awang Adek bukanlah sebenarnya tokoh yang sepatutnya diketengahkan untuk jawatan sebesar itu.Di peringkat Parlimen sendiri, Awang Adek bukanlah 'ayam sabung' yang mampu menaikkan imej Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun selayaknya Awang Adek diangkat menjadi calon MB yang dikriteriakan oleh PM kerana, Awang Adek memiliki gaya 'mengantuk' sama seperti PM.
Di Parlimen beliau jarang menjawab bagi pihak kementeriannya, sebaliknya Dato' Dr Hilmi Yahya (Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan) adalah orang yang paling kerap menjawab soalan bagi pihak kementeriannya.

Awang Adek adalah seorang anak Kelantan bekas Penolong Gabenor Bank Negara. Beliau memiliki kelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Tetapi sejak menyertai Umno dan duduk di bawah selimut parti itu, kelihatan tuntutan politik kadangkala mengatasi ilmu dan daya intelek beliau.

Sebelum ini ketika Kelantan melancarkan Emas Dinar nya pada bulan September 2006, Awang Adeklah antara pemimpin Umno yang terawal memperlekeh dan memandang rendah usaha kerajaan negeri PAS itu.

Rekodnya di Parlimen Bachok sendiri kurang memuaskan memandangkan ada juga rungutan kalangan rakyat di sana tentang ketidakprihatinannya terhadap masalah rakyat setempat.

Kemegahan beliau terhadap Islam Hadhari yang dicipta 'imam Umnonya' sedikitpun tidak pernah menjadikan azimat kepadanya untuk memperbetulkan kepincangan 'akhlak' di kalangan pemimpin Umno/BN yang terpalit dengan skandal peribadi.

Pernahkah rakyat Kelantan melihat Awang Adek menjadi penyampai tazkirah setiap minggu atau setidak-tidaknya memimpin solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib atau Isya' setiap hari seperti yang dilakukan 'Tok Guru'.

Rasuah yang membarah di bawah kerajaan kepimpinan 'Imam Hadharinya' tidak pernah cuba diperbetulkan Awang Adek, sebaliknya beliau bercita-cita besar untuk menawan Kelantan yang sudah dikenali sebagai 'Serambi Mekah'.
Jika suatu ketika dahulu sewaktu BN memerintah Kelantan, adakah rakyat Kelantan merasai nikmat pembangunan yang melimpah-limpah?Adakah ketika itu tiadanya orang miskin di Kelantan?

Adakah hanya dengan kehadiran Awang Adek boleh menjadikan Kelantan sebagai 'syurga' dunia kepada sang miskin untuk bertukar menjadi orang kaya?
Secara logiknya, kehadiran Awang Adek membawa idea Islam Hadhari dengan pembangunan mengkayakan kroni sebenarnya hanya akan merosakkan rakyat Kelantan.

Lihat sahaja Terengganu, selepas BN menang besar mereka membawa pembangunan ke sana.Namun siapa yang merasa nikmat pembangunan itu kalau hanya segelintir kroni Perdana Menteri sahaja yang membolot semua projek di sana.

Nama Patrick Badawi tentunya tidak asing di Terengganu kerana bukan sahaja projek biasa yang diperolehinya, pembinaan Masjid Kristal juga diberikan kepada kroni 'bukan Islam' itu.Akhirnya masjid tersebut tidakpun diimarahkan seperti masjid-masjid kecil di Kelantan, sebaliknya hanya menjadi kemegahan sahaja.

Adakah rakyat Kelantan mahukan 'masjid' yang dijanjikan BN untuk dibina di sana turut disapu oleh Patrick Lim dan akhirnya hanya menjadi 'halwa mata' tanpa boleh diguna rakyat marhaen. Justeru impian Awang Adek dan konco-konconya untuk menawan Kelantan perlu dilihat rakyat negeri itu dengan teliti.Jika pembangunan 'ala Umno' yang dibawa tidak mustahil Kelantan akan menjadi 'Serambi Maksiat' seperti negeri-negeri lain milik Umno.

Jangan terpedaya dengan gendang 'palsu' yang dipalu Awang Adek dan konconya tatkala rakyat patutnya berbangga Kelantan sudah dikenali dengan 'Serambi Mekah'.

sumber - Harakahdaily

Yaaa...memang betul. PAS berbangga kerana negeri mereka dikenali dengan 'Serambi Mekah'.

Tapi itu retorik!

Bila UMNO berusaha untuk memerintah Kelantan, PAS cuba meracuni rakyat dengan mengatakan bahawa UMNO akan menjadikan negeri Kelantan sebagai negeri 'Serambi Maksiat'.

Oiiii...PAS Kelantan, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih !!

Cuba baca berita terbaru ini....


Kariah masjid Telipot gempar temui bayi baru lahir

KOTA BHARU 17 Okt — Penduduk kariah Masjid Telipot di sini gempar dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, yang ditinggalkan di wakaf (tempat rehat) perkarangan masjid itu pagi ini.

Bayi yang hanya berselimutkan tudung wanita itu ditemui masih bertali pusat dengan keadaan badannya menjadi biru dipercayai akibat kesejukan.

"Bayi perempuan itu ditemui sepasang suami isteri yang sedang berehat di wakaf tersebut pada kira-kira pada pukul 8 pagi,” kata seorang petugas masjid, Khadijah Yazid, 51, kepada pemberita di sini.

"Ketika itu puluhan kariah masjid yang lain sedang khusyuk mendengar kuliah agama, saya kemudiannya ambil tuala mandi saya dan selimutkan bayi itu,” tambahnya.

Katanya ketika ditemui bayi itu dalam keadaan merengek dipercayai sedang kelaparan, dan pihak masjid terus menghubungi polis yang datang setengah jam kemudiannya untuk menghantar bayi itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Jurucakap hospital itu ketika dihubungi berkata bayi berkenaan yang hanya seberat 1 kilogram dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu seorang lagi pekerja masjid, Ali Abdullah, 65, berkata tiada siapa pun anggota kariah masjid itu yang perasan siapa yang meletakkan bayi berkenaan di situ pada kira-kira pukul 8 pagi.

Sumber - Utusan Melayu

Oiii PAS Kelantan, cermin-cerminlah diri. Apa dah jadi dengan negeri 'Serambi Mekah'. Sekali anda hipokrit, ternyata hipokrit selamanya !!!!

Thursday, October 15, 2009

Apabila DS Najib membuka jaket kalis pelurunya..

Cadangan pindaan Perlembagaan UMNO dalam Fasal 9.3 menyebut :

Pemilihan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi(MT) dibuat dalam persidangan bahagian setiap tiga tahun sekali.

Ini bermakna 146,500 perwakilan bahagian mendapat kuasa memilih berbanding oleh hanya 2,510 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Jumlah itu termasuk 51,000 perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang secara automatik ke persidangan bahagian.

Yang nyata, DS Najib mempertaruhkan jawatannya. Beliau seolah-olah sanggup membuang jaket kalis peluru dalam perjuangan walaupun tahu risikonya.

Ini barulah menepati slogan "usah bicara tentang perjuangan jika takut kepada risiko".

Tidak seperti individu yang mencetus slogan tersebut. Bijak berbicara soal perjuangan tapi hanya gah di atas pentas ceramah politik sahaja. Akhirnya, rakyat Malaysia yang mendengar ucapan dan nuansanya menjadi lalai.

Tabik kepada Khairy Jamaluddin yang tidak gentar serta lantang mengkritik Anwar Ibrahim kerana Anwar telah meracuni pemikiran rakyat, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dia lah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis. (Klik sini)

"Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi yang berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam".

Pastikan 'sesumpah politik' ini tidak berjaya tadbir negara !!!


Tuesday, October 13, 2009

Ternyata Isa masih berb-isa !!

Ternyata keputusan PRK Bagan Pinang baru-baru ini memberi harapan baru kepada UMNO/BN selaku parti pemerintah.

Ternyata pemilihan calon mengikut kehendak penduduk tempatan memberikan pulangan besar yang tidak diduga.

Ternyata strategi yang digunapakai oleh UMNO/BN benar-benar berkesan.

Dan..ternyata juga bahawa Isa masih berbisa.

Biarlah angka di bawah ini menceritakan segala-galanya.

Undi POS
BN 3,521
PAS 601
Rosak 54
Maj. 2,866

Bladwall
BN 215
PAS 90
Rosak 7
Maj 125


Sua Betong
BN 371
PAS 149
Rosak 9
Maj 222


Eastern
BN 136
PAS 78
Rosak 1
Maj 58


Seliau
BN 349
PAS 113
Maj 236


Atherton
BN 236
PAS 91
Rosak 1
Maj 144


Bagan Pinang
BN 1,309
PAS 578
Rosak 19
Maj 712


Si Rusa
BN 767 PAS 374 Maj 393


Telok Kemang

BN 1,109 PAS 563 Maj 546


Berdasarkan keputusan tersebut, PAS kehilangan hampir separuh daripada undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008.

Malah, turut kalah dalam 3 peti undi yang pernah dimenanginya dahulu.

Paling menarik adalah mengenai undi pos. Pada pilihan raya kecil ini, undi pos diperolehi Mohd Isa sebanyak 3,521 manakala PAS hanya 601 daripada 4,604 pengundi pos berdaftar dalam DUN Bagan Pinang.

Mengikut kiraan, Isa tetap menang walaupun undi pos tidak diambil kira.

Seperti dijangka, maka berkokoklah parti yang telah kalah dengan menunding jari pada pihak itu dan pihak ini.
Apabila mereka jatuh tersembam di gelanggang, lantai pula dipersalahkan.

Kasihan lantai...



Sunday, October 11, 2009

Poster menarik di Bagan Pinang


Gambar yang menarik, Najib melawat Nik Aziz yang terlantar di hospital suatu ketika dulu.
Sumber - Media Cyber

Poster tersebut memberi seribu makna.

Menggambarkan prinsip hubungan sesama manusia.

Tidak kira darjat, tidak kira usia dan tidak kira parti mana.

Kita semua adalah bersaudara.

Say Yes To ISA

Saturday, October 10, 2009

Kepada pengundi Bagan Pinang, Ayuh ! nafikan keputusan tinjauan di Yahoo! Pools

Hampir seminggu saya tidak memberikan input terbaru dalam blog ini. Posting terakhir adalah berkenaan perlawanan bolasepak antara Chelsea dan Liverpool. Tak sangka ramalan saya bahawa jaringan dalam perlawanan tersebut iaitu 2-0 menjadi realiti. Kesian pada The Kops. Saya rasa pasti ada kalangan The Kops yang ambil MC sebab malas nak pergi keje keesokan harinya sebab tak tahan kene kutuk. Bukan ape..bila dah bolos dua gol, kebanyakan handphone The Kops akan terima SMS berbau 'kutukan mesra'.

Saya ada juga hantar SMS pada sorang member The Kop. SMS saya seperti ini :

"Mascherano, thank you very much"
"Liverpool YNWA - You'll Never Win Again"


dan, member saya reply SMS. Ringkas saja.

"Haaakkkkk ptuiihhhhhh"
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saya tinggalkan isu bolasepak kerana ada isu lebih besar yang
ingin diutarakan iaitu menjelang PRK Bagan Pinang esok.

Bila saya masuk ke laman web Yahoo! Malaysia sebentar tadi, saya terlihat ada satu undian atau tinjauan berkenaan PRK tersebut dibuat.


Soalan undian tersebut mudah. Siapa bakal pemenang PRK Bagan Pinang pada Ahad ini?

a) Zulkefly Omar - PAS
b) Isa Samad - UMNO
c) Tak pasti
d) Tak kisah

Dan berikut adalah keputusan undian terkini setakat
jam 4.39 petang(10 Okt 2009).

Kepada pengundi Bagan Pinang yang tidak bersetuju dengan hasil tinjauan di atas,

Ayuh ! Nafikan keputusan undian tersebut esok.

Pensil dan kertas undi akan diberikan.

Usah rISAu, tenangkan fikiran dan undilah calon yang ternyata masih mempunya bISAnya!

Sunday, October 4, 2009

Menjelang pertemuan dua gergasi: Chelsea vs Liverpool

oleh My Longest Yard



Kurang 10 jam lagi kita akan dapat menyaksikan pertembungan menarik antara Carlo Ancelotti dan Rafael Benitez. Ironinya pertemuan dua pengurus ini bukan berlaku di pentas Liga Juara Juara Eropah tetapi di dalam liga domestik.


: Ramalan :

Chelsea 2 : Liverpool 0
Drogba score 2 gol...wakakaka....
Jom buat ombakkkkk \(",)/ \(",)/ \(",)/ \(",)/


Saturday, October 3, 2009

Bantu salah, tak bantu pun salah...


Apabila terdapat bencana yang berlaku di sesebuah negara, sudah pasti akan mengundang berduyun-duyun bantuan kemanusian tidak kiralah dari segi tenaga, perubatan atau pun wang ringgit. Semuanya di buat secara ikhlas demi membantu mangsa-mangsa bencana. Sebagai sebuah negara yang prihatin, Malaysia tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Namun demikian, semacam tidak percaya bila membaca satu berita dari negara yang baru lepas dilanda bencana gempa bumi ini. Adakah benar peristiwa ini berlaku, saya tidak pasti.

Sila baca berita di bawah ini :-

Terkait judi, warga sumbar tolak bantuan pemerintah Malaysia


JAKARTA - Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay.

Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.

"Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak" ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.

Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.

Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.

"Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya" ujar Budi S Ervan.

Sumber -
Harian Kota, Jumat (2/10/2009)

Jika insiden ini benar-benar terjadi, ia pasti mengecewakan kita semua. Seolah-olah apa yang disumbangkan oleh Malaysia itu berstatus haram. Bagaimana pula dengan sumbangan dari negara selain Malaysia? Amerika Syarikat, Thailand, Jepun dan lain-lain. Bukankah negara-negara tersebut lebih 'berat' aktiviti judinya? Bukan setakat judi, malah memperolehi hasil dari aktiviti pelacuran dan arak.

Timbul persoalan, mengapa pula bantuan dari negara-negara tersebut diterima tetapi tidak dari Malaysia?

Mungkin insiden ini bersifat terpencil tapi ia ternyata membuatkan hati
dan perasaan kita terguris.

Namun bantuan dan kerjasama akan tetap dihulurkan oleh Malaysia.
Itulah jaminan DS Najib kepada Susilo. (klik sini)


Thursday, October 1, 2009

Kempen sapu Malaysia, tapi Indonesia pula yang disapu !!


Apa lagi yang boleh kita ucapkan selain ucapan takziah dan perasaan simpati kepada mereka.
Sedarlah..kita cuma insan yang kerdil di atas dunia ini. Jadi, usahlah bersikap ego serta berlagak bodoh sombong dengan cuba 'menyapu' orang disekeliling kita.
Di mana lagi buluh runcing? Di mana lagi 'sweeping'?
"Sekali anda cuba menyapu, ternyata dua kali anda telah di sapu"
Semoga anda di sana tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan dari Nya.