Tuesday, July 28, 2009

Antara sifat rasis atau pro kepada bangsa sendiri...

Rasis dan perkauman

"Rasis" dan "perkauman" menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman.



(sekadar gambar hiasan)

Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini.

Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka.


Orang Melayu




Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah.





Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka.




Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?


Bangga Bangsa, Megah Bangsa atau Pro Bangsa

Sifat 'rasis' atau 'rasisme' tidak sama dengan perasaan perkauman. Setiap bangsa mempunyai perasaan 'bangga bangsa' atau 'megah bangsa'.

Perasaan ini wujud kerana adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah yang sama, misalnya bahasa yang sama, asal usul sejarah dan budaya nenek moyang yang sama, dan mungkin juga agama yang sama.

Mereka akan berasa marah sekiranya orang luar ('orang asing') menghina bangsa mereka dan mereka akan bertindak balas jikalau bangsa asing menyerang mereka atau cuba menghina atau memusnahkan bahasa, agama dan budaya yang telah dimiliki bersama sejak turun-temurun, sejak nenek moyang mereka.


Dasar Kebangsaan




Segala dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka, misalnya Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, semuanya sering dikritik sebagai dasar pro- Melayu dan antikaum lain. Padahal faedah semua dasar ini tidaklah dibolot oleh orang Melayu sahaja tetapi sebahagian besarnya pergi kepada orang bukan Melayu juga.



Mana-mana pihak yang memperjuangkan identiti dan institusi bangsanya tidak boleh dianggap perkauman. Semua kaum mempunyai identiti tersendiri dan mereka akan cuba mempertahankannya sedaya upaya.

Contohnya orang Cina mereka pastikan akan mempertahankan tiga identiti penting kaum tersebut iaitu pertubuhan Cina, pendidikan Cina dan media Cina. Oleh itu tindakan tersebut tidak boleh dianggap perkauman, begitu juga apabila orang Melayu mempertahankan identiti
mereka.

Untuk Renungan......

Seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.



Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.


Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?


"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Friday, July 24, 2009

Sekarang bukan lagi zaman 'diam itu tanda setuju'

Pengenalan...

Diam tanda setuju. Ni pepatah orang-orang lama, contohnya, kalau dalam perkara2 yang membabitkan soal perkahwinan maka pepatah ni memang selalu digunakan. Tapi, masalahnya, tanggapan orang, kalau diam tu setuju lah tandanya.
Anda setuju atau tidak?

Bayangkan seseorang tu sebenarnya tak setuju pun, tapi terkelu lidah untuk katakan tak, lantas dianggap setuju. Pada saya, bersetuju itu bukan sekadar di bibir, namun yang lebih penting di hati. Kalau kita setuju di hati, pasti akan tergambar di bibir dengan senyuman. Kalau kita diam sekali pun, tapi, di hati tak setuju, mesti di bibir akan mencebik, atau sedikit murung.
Mengapa penulis bangkitkan isu ini?
Pertama sekali, isu 'diam tanda setuju' bermain difikiran penulis sejak keputusan Kabinet memansuhkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 8 Julai lalu. Kita boleh lihat bagaimana reaksi masyarakat berhubung hal ini sebelum dan selepas kerajaan membuat keputusan tersebut.
Sebelum kerajaan membuat keputusan....
Sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad, realitinya ramai yang menyokong langkah kerajaan itu tetapi sokongan mereka tidak nampak ketara. Sebaliknya yang menonjol dengan amat ketara ialah golongan yang menentang. Mereka turun secara beramai-ramai ke jalan untuk mengekspresikan dan meluahkan secara terbuka bahawa mereka menentang PPSMI dan mahu ia tidak diteruskan lagi.




Selepas kerajaan membuat keputusan....


Selepas kerajaan telah membuat keputusan secara muktamad iaitu memansuhkan PPSMI, barulah timbul rasa kurang senang termasuk cakap-cakap bahawa ia langkah ke belakang. Hingga ada lakaran kartun yang menyindir (kalau pun tidak menghina) terutama apabila ia membabitkan bahasa Melayu.




Ketika segala apa yang berkaitan Melayu di negara ini dikatakan perkauman atau rasis, maka sudah tentu mengembalikan pengajaran sains dan matematik ke bahasa kebangsaan akan menimbulkan rasa kurang senang.

Selain itu, turut timbul undian di internet berkenaan keputusan kerajaan ini...

Wajarkah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik diteruskan dalam bahasa Inggeris? -Utusan Online
Ya 46.0%(2917)
Tidak 50.3%(3189)
Tidak kisah 3.7%(233)
Jumlah Undi: 6339

Selain undian di Utusan Online, undian isu PPSMI ini turut dibuka di laman web Chedet.cc. http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/the-teaching-of-maths-and-scie.html

Pendapat penulis...
Mengapa sebilangan besar masyarakat yang menyokong PPSMI ini tidak memberikan respon secara terbuka kepada kerajaan sebelum keputusan muktamad di buat? Mengapa sokongan tersebut sekadar muncul selepas keputusan diambil? Mungkin masyarakat kita masih mengamalkan konsep 'diam itu tanda setuju' seperti yang penulis jelaskan di peringkat awal artikel ini.
Sebenarnya, penulis sengaja bangkitkan 'pengalaman' berkenaan isu PPSMI ini kerana penulis mahu memberi signal kepada anda semua mengenai satu isu yang lebih besar iaitu AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI @ ISA.
Adakah ISA akan mengalami pengalaman yang sama seperti PPSMI?

Tuesday, July 21, 2009

Antara mereka...kenapa ada yang hipokrit?

1. TEOH BENG HOCK





Mayat Beng Hock, 30, ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pukul 1.30 petang, kelmarin. Mangsa sebelum itu dikatakan berada di tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan tersebut. Dia dipanggil sebagai saksi berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri yang melibatkan beberapa orang Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
2. ALTANTUYA SHARIBUU



Model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui ajal setelah jasadnya dikatakan berkecai akibat diletupkan di kawasan belukar berhampiran Empangan Tasik Subang. Model kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun ditemui mati, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
3. SITI FARIHAN


Pada 22.Jun.09 seorang Penuntut UKM di Bangi telah jatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM.Sehingga sekarang misteri kematian Siti Farihan masih belum terjawab.



4. SAIFUL BUKHARI




Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.


Pandangan penulis...
Mereka adalah mangsa. Mangsa yang memerlukan keadilan dan kebenaran yang sewajarnya. Tapi apa yang kita lihat sekarang, mereka mendapat layanan yang berbeza. Ada mangsa yang diekspoitasi sehingga ke jalanan. Nama mangsa disebut dan dijerit oleh mereka seolah-olah mangsa mendapat pencabulan hak asasi manusia yang teruk.
Tapi, terdapat pula mangsa yang mendapat layanan sebaliknya. Langsung tidak dipandang kematian mereka. Tidak ada pula pihak yang cuba berdemo demi mendapatkan keadilan atas kematian-kematian yang disifatkan sebagai misteri itu. Malah, ada mangsa yang dituduh sebagai 'orang jahat' kerana cuba menjatuhkan perjalanan politik seorang pemimpin pembangkang. Mangsa dituduh sebagai agen konspirasi kerajaan.
Mengapa perkara sebegini berlaku?
Jawapannya mudah. Semuanya kerana motif politik semata-mata.
Kematian yang boleh dieksplotasi dan mempunyai kelebihan dari segi politik akan dipergunakan sebaik-baiknya. Pedulikan moral..pedulikan semuanya..asalkan survival politik dapat diteruskan. Isu kematian ini akan terus dimain dan diputar belit..tapi sampai bila? Yang pasti, mereka ini bersikap hipokrit, double standard, berat sebelah dan tidak adil...
Moga ALLAH lindungi Malaysia..Moga kebenaran akan bersama kita...Amin.....

Thursday, July 2, 2009

Gelagat Memualkan Puak Pakatan Rakyat

Berikut adalah senarai gelagat2 puak Pakatan Rakyat. Memang lucu tapi inilah hakikat dan kebenarannya.

1. Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan dianggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan dituduh berat sebelah dan berlaku campur tangan kerajaan.


2. Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang pada 16 September lalu dengan cara hendak membeli 31 anggota BN, mereka anggap ia demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di Perak setelah ada wakil rakyat pembangkang menjadi calon Bebas mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahukan DUN dibubarkan.


3. Apabila ada pemimpin mereka didakwa di mahkamah, mereka anggap itu fitnah, tetapi apabila mereka menuduh pemimpin BN dengan niat memburukkan beliau, mereka kata ia demi keadilan.


4. Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka anggap ia perbuatan salah tetapi apabila mereka bekerjasama dengan DAP, mereka kata parti mereka untuk semua.


5. Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak moral, mereka desak letak jawatan tetapi apabila ada pemimpin mereka terlibat biarpun ada bukti, mereka kata ia konspirasi dan itu soal peribadi.


6. Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita, mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan mereka anggap itu kebebasan media.


7. Apabila kerajaan menghantar anggota polis yang ramai ke kawasan pilihan raya mereka akan kata, itu usaha untuk menakutkan pengundi tetapi apabila mereka menang, mereka kata pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.


8. Apabila mereka menang pilihan raya, mereka akan kata rakyat semakin menolak BN tetapi apabila mereka kalah, mereka akan tuduh BN guna pengundi hantu dan SPR tidak telus.


9. Apabila ada pihak terlalu ekstrem membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara tetapi apabila ada orang Melayu yang menyokong kerajaan menyeru hak Melayu dipertahankan mereka kata itu perkauman.


10. Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia pun tahu, mereka kata ia demi kepentingan rakyat dan negara tetapi apabila idea itu ditolak oleh rakan pembangkang sendiri mereka kata ia idea jahat UMNO dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.


11. Apabila polis melarang daripada mengadakan demonstrasi haram demi menjaga ketenteraman awam, mereka tuduh ia menyekat hak asasi manusia tetapi apabila mereka lakukan juga dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka kata, polis kejam.


12. Apabila UMNO hendak berbincang sesuatu isu dengan MCA atau MIC, mereka akan dakwa UMNO takut kepada kedua-dua parti itu tetapi apabila mereka hendak berbincang sesama sendiri, mereka kata ia melambangkan kesepakatan.


13. Apabila UMNO berikrar terus perjuangkan hak orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, mereka anggap UMNO perkauman tetapi apabila mereka beria-ia menuntut untuk kaum tertentu, mereka kata itu demi kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.


14. Apabila ada rakan dalam pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata, itu bagus tetapi apabila kenyataan mereka disanggah oleh rakan sendiri mereka akan kata media putar belit fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.

15. Bagi mereka, tiada rasuah dalam kamus Pakatan Rakyat. Yang ada cuma 'hadiah', 'rezeki', 'sedekah', 'sumbangan', 'duit poket' dan 'duit kopi'.


16. Berdemo sambil baring tengah jalan. Kalau mati kena gilis, apa hukumnya? Mati syahid?


17. Mereka bersemangat memperjuangkan keadilan bagi seorang pemimpin yang menghadapi tuduhan liwat dimahkamah. Mereka juga memperjuangkan Altantuya. Justice for ALL..tantuya kata mereka. Tapi bagaimana dgn Saiful Bukhari? Kata mereka, itu konspirasi dan fitnah. Mereka hentam Saiful Bukhari. Mereka lanyak kredibiliti Saiful Bukhari. Pulak dah...
Tapi, bukankah insaf kerdil ini juga mahukan kebenaran (penulis cuba elak dari menggunakan perkataan keadilan, kerana keADILan hanya milik mutlak DS Anwar).

Bila kita baca senarai di atas betul2 buat kita semua geleng kepala. Begitukah sikap dan mentaliti puak Pakatan Rakyat di negara ini? Come on lah..untuk mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan pembangkang yang intelligent dan smart. Bukannya bersikap hipokrit dan double standard.