Monday, August 18, 2014

Segalanya sudah berubah..

Pergh...lama gila tak update blog. Rasanya dah bersawang blog ni.

Belum ada feel nak update dari masa ke semasa. Takde mood lagi.

Dulu tiap-tiap hari update. Lebih-lebih lagi kalau ada cerita politik.

Sekarang ada banyak komitmen. Kerja ..keluarga...

Hidup kita sentiasa dan perlu berubah. Tak boleh stuck di satu tempat dalam satu jangka masa yang panjang.


Bila kita mahu berubah, maka akan ada perkara lain yang perlu dikorbankan.

Sorry blog, anda jadi mangsa yang perlu dikorbankan.

Sekali sekala aku akan jenguk juga di sini.

Wednesday, September 11, 2013

Kicap 'botol arak'



KUALA LUMPUR 10 Sept. - Kegiatan seorang pengusaha kicap mengeluarkan kicap tiruan dengan jenama ABC terbongkar selepas rumah kedai yang dijadikan kilang untuk memproses barangan itu di Taman Taynton, Cheras di sini diserbu oleh pihak berkuasa hari ini.

Dalam serbuan pukul 1.15 petang itu, sepasukan kakitangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas kira-kira 2,000 botol kicap tiruan.

Turut dirampas 20,000 botol kosong yang telah dibersihkan yang dipercayai akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap tiruan berkenaan.

Lebih mengejutkan terdapat sebahagian daripada botol itu merupakan botol arak.

Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah menemukan sebuah stor simpanan botol kicap yang telah siap dipasarkan dan sebuah stor penyimpanan selain dua mesin memproses kicap yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000.

"Hasil pemeriksaan, kesemua 2,000 botol kicap yang siap dipasarkan itu mempunyai pelekat label jenama ABC berlatarbelakangkan warna putih dan berbeza dengan jenama asli yang berwarna merah.

"Siasatan juga mendapati premis ini telah beroperasi kira-kira tiga bulan lalu. Ketika serbuan terdapat enam pekerja tetapi kesemuanya telah melarikan diri dan disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011. "Jika disabit kesalahan di mahkamah, pemilik kicap tiruan itu boleh didenda RM10,000 untuk setiap botol atau dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama," jelasnya.

Beliau memberitahu, serbuan itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Kamaruddin Mohd. Yasin serta 10 pegawai dijalankan hasil aduan orang ramai yang mengesyaki botol kicap di premis itu adalah tiruan kerana penutup, label dan pelekat digunakan berbeza dengan yang asli.

"Saya menggesa para pengguna sentiasa berhati-hati apabila mereka hendak membeli sesuatu produk dan segera membuat aduan kepada pihak berkuasa agar mereka tidak terpedaya dengan barang tiruan," ujarnya.

China 2 - 0 Malaysia


Friday, July 19, 2013

Penurunan harga kereta : Menyanggah fakta Rafizi Ramli

Sebelum PRU yang lalu, bukan main sedap lagi Rafizi Ramli cerita pasal penurunan harga kereta. Berbunga-bunga..penuh melankolik. Kita yang dengar ni pun boleh terpesona.

Selepas melihat pendedahan yang dibangkitkan oleh YB Nawawi (Langkawi) dalam Perlimen, mungkin anda pun akan turut bersetuju juga.

Kisah klasik Rafizi hanya untuk tahun pertama saja. Kononnya kerajaan untung RM2 bilion melalui lelongan AP. Setakat itu saja..hanya tahun pertama. Dia tak pulak cerita bagi tahun kedua..ketiga..keempat?

Nak tahu pendedahan lanjut, lihat video dibawah.

p/s : Well done YB Nawawi

Tuesday, June 25, 2013

Kalau dengan polis London, memang dah lama mereka kena..

Ini antara polis kita dengan puak Black505 semalam di pintu masuk parlimen. Masih ada ruang perundingan antara kedua belah pihak...



Tapi kalau di London, kami agak dah lama puak musibat ni akan kena katok(tibai) dengan cota. Buat apa berunding dengan orang yang mereng 3 suku..

Monday, June 24, 2013

Sedang Anwar makan sedap di Parlimen, penyokongnya pula...


Adakah ini Anwar Ibrahim?


Betulkah apa yang kami lihat ini?? Anwar angkat sumpah??

Ohh tidak!! ...ini bukan Anwar yg sebenar..ini klon...ini sandiwara...ini konspirasi...
Anwar tak akan buat macam ni...

Anwar, sila buat sidang media dengan segera untuk MENAFIKAN bahawa anda adalah orang dalam gambar ini...

Tuesday, June 4, 2013

Monday, June 3, 2013

BREAKING NEWS : Filem Tanda Putera masuk panggung mulai 29 Ogos 2013




Setelah sekian lama kita semua menunggu, akhirnya filem TANDA PUTERA akan ditayangkan mulai 29 Ogos 2013.

Alhamdulillah..ini hadiah Hari Kemerdekaan yang bermakna untuk kita semua.



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek mengesahkan filem kontroversi tentang peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Tanda Putera bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan.

"Tanda Putera akan ditayangkan kepada umum pada 29 Ogos depan," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Isnin.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969. - MSTAR

Siapa yang naikkan harga rokok? Kerajaan atau TAUKEH rokok?

Harga Rokok Naik 3 Peratus 
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - BERNAMA

Harga rokok dah naik. Jadi sekarang bagaimana? 
Apa susah, korang pakat-pakat berhenti merokok.
Biarkan jualan rokok jadi tak laku, kurangkan permintaan rokok, boikot rokok.
Nanti bila taukeh rokok makin rugi, pandai-pandai lah mereka turunkan harga rokok balik.

Saturday, June 1, 2013

Najib oh Najib...kenapa sampai begini??

Kami makin lama makin hairan.
Cadangan BN sebagai parti tunggal diberi perhatian oleh Najib. Malah ditubuh pula makmal khusus bagi memperinci cadangan ini.
Sepatutnya perkara ini tak perlu dilayan. Adakah Najib tak nampak agenda tersirat?
Daripada anda buang masa dan tenaga melayan cadangan BN parti tunggal ini, adalah lebih berfaedah dan bermanfaat sekiranya Najib menubuhkan makmal khusus bagi memperhalusi cadangan sekolah wawasan ( satu aliran ).

Umno Wujudkan Makmal Khusus Lihat Cadangan BN Parti Tunggal - Najib

KUALA LUMPUR: Umno akan mewujudkan makmal khusus untuk memperinci cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata parti juga perlu mengadakan tinjauan pendapat daripada anggotanya sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu. Sebarang perubahan, katanya, perlu berdasarkan penerimaan anggota Umno sendiri.

"Kita faham Umno ini parti yang dekat di hati ahli...jadi sebarang perubahan perlu diperhalusi dengan mendalam supaya nanti tidak timbul isu ketidakterimaan terhadap parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di sini Jumaat.

Ini merupakan mesyuarat pertama MT Umno selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.

Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

Wednesday, May 29, 2013

BREAKING NEWS : Ini berita baik kepada warga SHAH ALAM


Sumber berita - BERNAMA  

Negeri berkebajikan katanya...kehkehkeh.
Apapun kami ucap tahniah kepada pengundi Shah Alam kerana akan mendapat hadiah istimewa daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Tuesday, May 28, 2013

Ayuh bangkit...kita sokong barangan bumiputera. Jom like page FB ini.

Page FB lama dah kena remove oleh gerombolan musibat yang sudah takut dan goyang.

Ini page FB yang baru dibuka. KLIK SINI --> 


Ayuh semua, kita LIKE pagi ini dan sebarkan kepada semua muslimin dan muslimat.

Sokong barangan bumiputera!

Pesan kami kepada admin page FB ini, usah putus asa. 

Walaupun page lama anda sudah kena remove, kuatkan semangat dan bangkitlah semula. Ramai yang menyokong usaha dan perjuangan anda.





Saturday, May 25, 2013

Kempen menyokong perniagaan bumiputera!

Ayuh semua saudara seagamaku,
Kita sokong perniagaan bumiputera, 
Kita sokong perniagaan muslim.

AYUH JIHAD EKONOMI!!!

SETIAP LEBIHAN HARGA NIATKAN SEDEKAH!!!

BERBELANJA SAMBIL BERAMAL DAN MENDAPAT PAHALA!!!

BERBELANJA DENGAN NIAT DEMI AGAMA ALLAH!!!

Untuk info lanjut mengenai senarai barangan/ perniagaan muslim, anda boleh ikuti laman facebook ini...