Wednesday, September 29, 2010

Sudahlah Nik Aziz, nanti orang kata kamu tu 'boneka' UMNO


Tiada angin, tiada ribut, tiada beruk, tapi pokok boleh bergoyang. Dengan muka yang tak tahu malu, Nik Aziz secara tiba-tiba 'tergamak' mempelawa orang UMNO sertai PAS demi perpaduan melayu.


Apa kejadahnya Nik Aziz ni? Mimpi basah ke malam tadi? Adakah sudah nyanyuk?

Sudahlah Nik Aziz. Jangan buat sampah. Menyusahkan. Nanti tak pasai ahli PAS tuduh kamu sebagai 'boneka' UMNO.

Ingat balik apa yang kamu kata pada Nasharudin dulu.


"Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."



Dun Galas : Ku Li paling sesuai?


Cerita pasal kemungkinan pilihan raya kecil DUN Galas bukanlah cerita baru. Malah ketika jentera BN dan pakatan pembangkang khususnya PAS sedang ‘berperang’ di DUN Manik Urai, kisah pilihan raya kecil DUN Galas turut jadi topik perbualan. Tambahan pula ada pihak tidak bertanggungjawab sebar khabar angin kononnya Adun Galas, Che Hashim Sulaima, daripada PAS sudah meninggal dunia. Padahal beliau masih hidup walaupun kesihatan terjejas akibat kanser usus.

Jika tidak silap, sekurang-kurangnya tiga kali penyebaran berita dan sms palsu kononnya Che Hashim sudah meninggal dunia termasuk pertama kali selepas wakil rakyat itu terbabit kemalangan jalan raya.

Ketika berkempen di Manik Urai dan tersebar berita kononnya beliau semakin tenat selain ada mendakwa sudah meninggal dunia, ada pihak mula mencongak siapakah calon paling sesuai bertanding di Galas.

Nama yang jadi sebutan hangat adalah Tengku Razalegh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang.Kebetulan DUN Galas dalam kawasan parlimen pemimpin veteran UMNO berdarah raja itu. Ada pendapat, Ku Li boleh menang besar kalau bertanding.

Tidak timbul soal beliau sudah jadi ahli parlimen kerana dalam pembangkang, ramai juga pemimpinnya bertanding dan menang dua kerusi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim , Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Pendapat lain sekiranya Ku Li bertanding dan menang, beliau boleh menjadi Ketua Pembangkang BN di Kelantan serta dapat menggerakkan jentera parti dengan lebih berkesan bagi menghadapi pilihan raya ke 13.

Cerita lain pula kononnya Ku Li bolehlah dilantik sebagai Menteri Besar jika menang pilihan raya umum nanti. Bagaimanapun, selepas Che Hashim benar-benar kembali ke rahmatullah petang Isnin akibat kanser ususnya itu, pilihan raya yang sudah jadi sebutan sejak setahun lalu tidak dapat dielakkan. Cuma siapa akan dipilih BN untuk mengalas cabaran menentang calon PAS masih belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN.

Namun rasanya nama Ku Li pasti akan disebut-sebut jika BN mahu menang dengan menjadikan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dimenangi Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai ukuran. Otai UMNO Negeri Sembilan itu memastikan BN menang besar dan tidak mustahil Otai Kelantan ini juga boleh memastikan kemenangan bergaya itu berulang. -Agenda Daily


Tuesday, September 28, 2010

Meramal siapa calon UMNO di kerusi DUN Galas


DUN Galas terletak di bawah parlimen Gua Musang bersama-sama dengan dua DUN lain iaitu Paloh dan Nenggiri. Kerusi DUN Galas dimenangi oleh PAS manakala Paloh dan Nenggiri telah menjadi milik UMNO.






Semua orang tahu parlimen Gua Musang adalah wilayah 'keras' Tengku Razaleigh Hamzah(Ku Li). Dipercayai bahawa kemenangan UMNO di Paloh dan Nenggiri adalah kerana pengaruh kuat Ku Li terhadap pengundi di sana. Jadi, siapakah calon UMNO yang paling sesuai untuk bertanding di pilihanraya kecil DUN Galas? Adakah UMNO akan membuat kejutan dengan menurunkan Ku Li sebagai calon? Kita nantikan....



Monday, September 27, 2010

PKR - Parti Kartun untuk Rakyat


Saifudin Nasution kata mereka yang buat kacau itu bukan anggota parti. Kah kah kah...itulah habit pemimpin PKR yang dipercayai tak akan sembuh sampai kiamat. Tuduh sana...tuduh sini...kata orang itu..kata orang ini...walhal sendiri punya taik pun tak sedar. kah kah kah...

Saifuddin..saifuddin..kesian aku tengok hang sorang sorang kena layan kerenah masalah dalam pemilihan PKR. Mana hang punya tuan kesayangan? Sampai hati dia biarkan hang kat tropicana dengan ketiak yang makin basah. Alahai...nasib badan.

Pemilihan PKR yang haru biru dan kacau bilau dah jadi bahan lawak seluruh negara..apa lagi Zunar, hang lukis la kartun untuk PKR...Parti Kartun untuk Rakyat..kah kah kah..



Sunday, September 26, 2010

Statement pemimpin PKR mengenai mesyuarat perwakilan yang kebanyakannya kacau bilau..Hancur ! Hancur !


Kerusi meja berterbangan !!
Peti-peti undi dipecahkan !!
Kertas-kertas undi bertaburan !!

Adegan ini bukan berlaku dalam kelab pening lalat atau kelab peminat dafi, tetapi ia berlaku dalam parti PKR...kah kah kah...

Perwakilan hadir bermesyuarat untuk pilih ketua....bukan nak bincang sapa yang buat bubur lambuk..kah kah kah...

Mesyuarat PKR meriah dengan aktiviti 'sodom menyodom'....kah kah kah

Paling kelakar, pemimpin tertinggi PKR beri 'pujian dan penghargaan' ...kah kah kah...bagi statement lawak macam badut sarkas...kah kah kah

Suasana pemilihan parti meriah ...kah kah kah....
Medan persiapan untuk pilihanraya umum ...kah kah kah




Urus meeting pun dah haru biru dan kacau bilau...inikan pula nak urus negara...
Jahanam !! Jahanam !! Jahanam !!



Anwar Ibrahim akan menangis dan terharu tengok gambar ni...


Huyoooo..ramainya ahli mesyuarat AMK Keadilan Cabang Batu. Berduyunnnn tiba ......


Saturday, September 25, 2010

Banner kempen 'Undilah Aku' hiasi open house PKR


PKR menjelaskan setiap pemimpin yang akan bertanding pada pemilihan parti kali ini boleh mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tapi TIDAK MENJADIKANNYA SEBAGAI PLATFORM UNTUK BERKEMPEN - Malaysian Insider


Lihat gambar di atas. Teresak Kok sempat bergambar bersama calon jawatankuasa PKR Cabang Shah Alam di hadapan 'banner kempen' ketika menghadiri jamuan rumah terbuka.


Undilah calon bla bla bla dan bla. Baguih punya kempen. Apa tindakan Jawatankuasa Pemilihan Pusat(JPP) PKR? Tiba-tiba pulak jadi bodoh dan bebal? Gamaknya JPP PKR 'tiada skorotum' dalam menguatkuasakan etika kempen. Tak gitu?


PKR lebih terkenal sebagai Parti Anak Beranak



Ketua Umum PKR - Anwar Ibrahim
Presiden PKR - Bini Anwar Ibrahim

Bakal Naib Presiden PKR - Anak Anwar Ibrahim ???


Ohhh...apa dah jadi dengan integriti, keterbukaan dan ketelusan PKR? Adakah PKR sudah 'memampuskan' prinsip tersebut? kah kah kah..dulu bukan main duk menyalak pasal amalan nepotisme, tetapi sekarang PKR pun dua kali lima.


Orang tak hairan kalau satu keluarga jadi ahli PKR. Tapi kalau anak beranak berada dalam kepimpinan tertinggi parti, itu apa cerita? kah kah kah...tak pasal-pasal PKR dapat gelaran Parti Anak Beranak.


Untunglah jadi bini dan anak yang berbinti kan Anwar Ibrahim. Banyak 'keistimewaan' boleh dapat dalam PKR.


Zaid dah dapat 21 pencalonan. Apa kata pengampu Azmin?



Setakat hari ini, Zaid Ibrahim sudah mendapat 21 pencalonan bagi pertandingan jawatan naib presiden PKR manakala Azmin Ali sebanyak 46.

Hebat juga si Zaid ni. Walaupun baru setahun jangung menyertai PKR sudah mampu mendapat pencalonan sebanyak itu. Patutlah Azmin Ali meroyan lain macam. Rupanya-rupanya dia rasa tergugat dengan aura Zaid. Malah Azmin sanggup melantik 'kekasihnya' Anwar Ibrahim sebagai ketua kempen.


Jika gelombang kebangkitan Zaid makin berkembang, para pengampu Azmin pasti tak tidur lena. 'Bau tengik' Zaid akan menghantui mereka sepanjang pemilihan PKR kali ini.


Sebelum ni, Azmin Ali cukup eksyen dan bongkak. Sanggup dia berjanji kepada Zaid, "kalau lu kalah dalam pemilihan nanti, lu tak akan dilupakan". Perghhh...jaga-jaga ko Azmin. Terlajak perahu boleh diundur walaupun tiada gear gostan, tapi kalau terlajak kata, buruk padahnya.


Silap haribulan, janji kamu tu akan memakan diri. Tuhan itu kan maha kaya.


Friday, September 24, 2010

Terkini : Pelajar 'puaka' dibebas dan dilepas



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan. – selanjutnya, baca SINI.

Apa yang tak kena dengan siasatan polis dan pendakwa raya? Tidak cukup bukti? Tidak cukup pengalaman? Kalau difikirkan, perkara begini sebenarnya boleh menjejaskan kredibiliti pihak polis dan pejabat peguam negara. Kecewa..malas nak komen panjang.


Thursday, September 23, 2010

Lim Guan Eng mahu rakyat basuh kereta guna air laut?

Kerajaan Lim Guan Eng telah luluskan surcaj air. Kononnya atas tujuan pemuliharaan air. Walhal, kita tahu itu hanya retorik politik semata-mata.

Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Lim Guan Eng kerana berjaya merealisasikan slogan kerajaan kebajikan. Tak rugi rakyat undi Pakatan Rakyat dalam PRU lalu. Akan datang, boleh lah rakyat undi calon Pakatan lagi.

Selepas ini, rakyat Pulau Pinang kena kurangkan penggunaan air.. jangan membazir. Mandi 10 gayung sahaja dalam sehari. Kalau boleh, tadah air dan guna semula.

Macam mana pula nak cuci kereta? Kalau ada surcaj, mungkin bayaran cuci kereta di kedai akan naik. Tak gitu?

Ahhh..apa Lim Guan Eng kisah. Kalau rakyat tak sanggup nak tanggung kos surcaj air, pegi lah basuh kereta guna air laut. Percuma. Free of charge.