Wednesday, May 19, 2010

Facebook : Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia



Ini adalah akaun facebook Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia. Kalau korang support PDRM, dialu-alukan untuk jadi sahabat. Klik SINI.

Facebook kelab ini juga turut dimuatkan dalam berita Mstar online. Klik sini.

Monday, May 17, 2010

PRK Sibu : Itulah hakikatnya..


BN telah kalah di Sibu dan itulah hakikatnya..

''Kekalahan tidak akan membuatkan anda berkembang, tapi anda juga harus sedar betapa sukarnya mempertahankan apa yang telah anda kecapi sehinggalah kekalahan ini, dan inilah yang anda perlukan kadang-kala.

Kadang kala, anda memerlukan kekalahan bagi memberi nilai kepada setiap kemenangan yang telah anda perolehi. Kekalahan ini bukan suatu pengakhiran, tapi ia adalah satu pengajaran. Anda tidak boleh selalu menang, anda perlu juga kalah supaya proses muhasabah diri berlaku. Ia adalah proses evolusi kematangan yang normal.


Kepada teman-teman, teruskanlah perjuangan kalian semua dan jangan sesekali mudah putus asa...

Sunday, May 16, 2010

PRK Sibu : Muslimah DAP?


Memang dah molek bila pakai purdah. Tapi kenapa purdah ada lambang roket?





PRK Sibu : Peratusan mengundi hingga jam 12 tgh hari



Masa Jumlah Pengundi Peratus Pengundi (%)

9:00 pagi 3310

6.33%


10:00 pagi 11,270 20.21%

11:00 pagi

15,767

28.83%


12:00 tgh hari

20,241

37%

PRK Sibu : Peratusan mengundi hingga jam 11 pagi


Masa Jumlah Pengundi Peratus Pengundi (%)

9:00 pagi 3310

6.33%


10:00 pagi 11,270 20.21%

11:00 pagi

15,767

28.83%

PRK Sibu : Peratusan mengundi hingga jam 10 pagi


Masa Jumlah Pengundi Peratus Pengundi (%)

9:00 pagi 3310

6.33%


10:00 pagi 11,270 20.21%




Friday, May 14, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas : Malaysia vs Denmark - Langsung!



Saksikan pertarungan antara Malaysia dan Denmark secara live.
Klik sini !

Piala Thomas : Malaysia vs Denmark LIVE!


Saksikan pertarungan antara Malaysia dan Denmark secara live.
Klik
sini !

Tuesday, May 11, 2010

Ayam pun 'pakai baju' di Sibu..


Peniaga-peniaga ayam, itik dan angsa di Sibu mempunyai cara unik memasarkan ternakan tersebut.

Jika selama ini kita melihat haiwan itu diletakkan dalam sangkar plastik di pasar-pasar, di Sibu haiwan itu dibungkus dengan kertas surat khabar seekor-seekor dan diikat.

Keunikan ini dapat dilihat di Pasar Awam bandar Sibu setiap hari apabila lebih 20 penjual ternakan itu memasarkan ayam, itik atau angsa dengan cara itu.

Selepas dibungkus dengan surat khabar, ternakan itu disusun rapi di atas meja jualan di pasar berkenaan.

Ada juga memanggilnya sebagai ‘ayam berbaju’.

Seandainya tidak biasa, pengunjung luar tidak perasan ternakan itu dijual di pasar tersebut kerana tidak dengar bunyi kokokan haiwan tersebut.

Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri turut tertarik dengan keunikan cara peniaga-peniaga memasarkan haiwan itu.

Seorang peniaga memberitahu, mereka berbuat demikian bagi memudahkan pembeli terutama pemilik restoran sekitar Sibu. -sumber Agenda Daily

Monday, May 10, 2010

Saturday, May 8, 2010

Chelsea or Manchester United?


Ancelotti : Winning is everything !


Ferguson : "I have confidence that Wigan will do their best and they will try"

And who will be the champions ?



or



Friday, May 7, 2010

Saifuddin buat lawak..memang terbaik!!



Seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) telah berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR semalam bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.

Bukan 200 atau 2,000 atau 20,000 orang. Cuma 20 orang sahaja. Jadi tak perlulah rasa takut. Lagipun bukankah PKR telah lama mendidik dan mengajar rakyat untuk berdemo dan berhimpun secara haram. Tahniah kepada anda kerana berjaya membentuk budaya ini. Jadi bila rakyat buat demo di jalanan bagi meluahkan perasaan, jangan pulak marah. Nanti orang kata ludah ke langit, terkena pada muka sendiri. Padan muka!

Terima kasih pada Saifuddin Nasution selaku setiausaha agung PKR kerana menghormati hak rakyat bersuara dan berhimpun secara aman. Bagaimanapun, beliau berkata tindakan kumpulan tersebut adalah biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat dan beraksi lucah, bukan sahaja bersifat provokatif tetapi tidak termasuk dalam lunas prinsip bersuara dan berhimpun secara aman. Malah, Saifuddin berkata, ia boleh mencetuskan kacau bilau ketenteraman awam. (klik sini)

kah kah kah kah kah...gelak sampai putus urat geli

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah…provokatif? Beraksi lucah? Kah kah kah kah …Kacau bilau? Kah kah kah..ketenteraman awam? Kah kah kah kah kah kah kah. Biadap? Kah kah kah kah…jom layan gambar kat bawah ni.....lu pikirlah sendiriiiiii
















Adakah abang yang mengangkat gambar Anwar ini telah bertaubat dan insaf?

Thursday, May 6, 2010

Kenyataan media oleh saksi utama jadi mainan !


Apabila ada pihak sudah berani untuk membandingkan kenyataan saksi dalam sidang media dengan kenyataan polis, bukankah itu provokasi namanya? Dan secara tidak langsung juga, bukankah ia seperti merendah-rendahkan keupayaan dan reputasi pasukan polis? Lebih teruk lagi, kenyataan saksi dalam sidang media dimanipulasikan sebaik-baiknya oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti polis.


Come on lah…boleh percaya ke sidang media yang dibuat oleh saksi sesuatu kes? Biasanya orang yang terdesak saja yang panggil wartawan untuk membersihkan diri. Kononya mereka lebih betul. Walhal mereka sudah mendahului kerja polis.


Strategi buat sidang media ni sebijik macam Anwar Ibrahim. Dia suka sangat panggil wartawan dan buat sidang media. Buat cerita gempak sampai terlopong semua orang mendengarnya.


Dan sekarang, saksi utama kes kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah iaitu Azamudin Omar pula sudah buat kenyataan dalam sidang media. Malaysiakini pun apa lagi…ambil kesempatan untuk membandingkan kenyataan media beliau dengan kenyataan polis. Sekarang timbul pertikaian, mana satu kenyataan yang betul dan mana satu yang salah.



Aku minta saksi utama iaitu Azamudin berhenti daripada membuat kenyataan dalam sidang media. Biar polis buat kerja. Jangan peningkan kepala rakyat. Aku tahu puak pakatan memang suka mainkan isu ini. Kononnya, kenyataan dalam sidang media lebih ‘benar dan maksum’. Mereka akan terus mainkan sentimen fikiran rakyat. Ajak rakyat agar lebih percaya kepada kenyataan sidang media berbanding kenyataan polis.


Tuan tuan, stigma sebegini bukanlah kali pertama berlaku. Masakan kita boleh lupa, dulu mereka menganggap kenyataan bersumpah LEBIH SAHIH daripada sumpah muhabalah di dalam masjid.


Wednesday, May 5, 2010

Sekarang siapa yang politikkan siapa?

Tengok sajalah gambar di bawah ni. Malas nak tulis panjang-panjang. Biar gambar sahaja yang berbicara. Sebenarnya hati aku masih keliru. Keliru dengan statement "tolong jangan politikkan kematian Aminulrasyid". Tapi sekarang...ahhh macam 'dijemput' pula. Maaflah tuan tuan dan puan puan...dulu aku rasa simpati...sekarang dah timbul rasa meluat pulak.